Monday, June 27, 2016

Yoyo Oo


Yoyo Oo
Watak BoBoiBoy
Yoyo Oo.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Anas Abdul Aziz (Bahasa Melayu)
Yoyo Oo merupakan alien yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga. Dia merupakan seorang yang pakar robotik dan teknologi Sfera Kuasa dalam pasukan Tengkotak. Dia telah membuat kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie.

Latar Belakang

Yoyo Oo merupakan seorang yang pakar robotik dan teknologi Sfera Kuasa dalam pasukan Tengkotak. Dia juga merupakan salah satu anggota yang terpandai, pakar dalam pencarian maklumat di antara galaksi dan pengendali terhebat peranti-peranti yang berteknologi tinggi. Kelebihan pangkalan data Yoyo Oo yang merangkumi maklumat-maklumat semua Sfera Kuasa yang pernah wujud dan terbukti berguna kepada pasukan Tengkotak. walau bagaimanapun, dia sering dimarahi oleh Bora Ra kapten pasukan Tengkotak oleh kerana kecuaiannya apabila dia membuat tugas. Dan akhirnya, dia kalah bersama Kiki Taapabila dia telah diikat oleh Adu Du, Probe dan Papa Zola di kapal angkasa mereka.

Kuasa & Kebolehan

Yoyo Oo tidak mempunyai kuasanya tersendiri, namun dia mempunyai kebijaksanaan yang tinggi sehingga dia mampu mencipta berbagai jenis senjata bagi membantu pasukan Tengkotak.
  • Penggari Sfera Kuasa: Gegelung mekanikal yang berbentuk oktagin yang berfungsi sebagai penggari bagi menangkap Sfera Kuasa yang bersaiz kecil. Renjatan elektrik sebagai tambahan bagi menghalang Sfera Kuasa yang ditangkap bergerak untuk melepaskan diri.
  • Kurita: Sotong hibrid mekanikal yang asalnya seekor sotong kurita kecil, namun mampu membesar apabila ia kena air. Dia menggunakannya sebagai menghalang musuhnya di laut dari terus mengejar mereka.
  • J-Rex: Jerung robot mekanikal ciptaan Yoyo Oo yang mempunyai tangan dan kaki. Ia seakan-akan seekor dinosaur yang dilengkapi dengan alatan logam sebagai perisai dan rahang mekanikal yang besar bagi menerkam musuhnya. Beliau menggunakannya sebagai pemburu bagi memburu musuhnya yang berada di daratan.
  • Gerbang Sedutan Kuasa: Gerbang penyedutan kuasa yang berfungsi sebagai gari gergasi bagi menahan Sfera Kuasa besar seperti Klamkabot dan mengaktifkannya bagi mencuri tenaga dan kuasanya.

Rupa

Yoyo Oo memakai sebuah alat dikepalanya yang mempunyai empat bola berwarna kuning di dalamnya. Dia mempunyai sepasang kaki robot, tetapi tangan dan badannya adalah alien dan dia memakai baju yang berwarna biru gelap ala-ala pakaian seorang profesor.

Perwatakan

Yoyo Oo mempunyai personaliti yang agak ceria, tetapi cerianya ala-ala kejahatan. Jika Bora Ra memarahinya atas kecuaiannya dalam melakukan tugas, sudah tentu dia akan berasa ketakutan kerana takut dikeluarkan daripada ahli pasukan Tengkotak dan dari kapal angkasa pasukan Tengkotak.

Trivia

  • Kemungkinan Yoyo Oo adalah robot kerana dia mempunyai robot kaki. Namun, tangan dan badannya adalah alien.
  • Dia tidak mempunyai antena seperti alien berkepala kotak yang lain, sebaliknya dia memakai sebuah alat di kepalanya yang bertujuan untuk menggandakan kebolehan kawalan otaknya.
  • Kuasanya adalah membuat dan mengawal robot mengikut kehendak hatinya.

No comments:

Post a Comment