Monday, June 27, 2016

Papa Zola

Papa Zola
Watak BoBoiBoy
Papazola.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 7"
Pelakon
suara
Nizam Razak (Versi Bahasa Melayu)
Anas Abdul Aziz (Versi Bahasa Inggeris)
Papa Zola adalah hero kepada Gopal dan juga Probe. Dia merupakan watak superhero yang terkenal yang mempunyai siri animasi dan permainan video sendiri. Dia dia bawa keluar dari permainan videonya apabila BoBoiBoy menang mengalahkan Probe dalam permainan video baru "Papa Zola 5 - Kebenaran di Lorong Kegelapan."
Setelah dikeluarkan dari dunia permainan videonya, Papa Zola mula mencari mencari kerja dan akhirnya mendapat tempat sebagai guru matematik dan pendidikan jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia amat digemari oleh pelajar-pelajarnya.

Kisah

Ketika dia masih kecil, dia mempunyai beberapa cita-cita, untuk menjadi seorang wira sejati, guru matematik, pengadil bola sepak dan seorang guru pendidikan jasmani yang semua berlaku dalam Musim 2, Apa Yaya Kata, ia telah mendedahkan bahawa dia juga mahu menjadi tukang masak.

Musim 1:

Dalam penampilan pertamanya, beliau pertama kali dilihat dalam filem Papa Zola, dia dalam keadaan marah kerana Raksasa Tidur, musuhnya datang ke bumi untuk memusnahkan itu keindahan bumi. Kemudian ia masuk ke rumah Tok Aba pada masa itu BoBoiBoy dan Gopal telah keluar dari dalam permainan selepas menang menentang Super Duper Probe dan Adu Du.Kemunculannya mengakibatkan Gopal terpegun sambil Gopal menyebut namanya, Kemudian dia mendapati bahawa Raksasa Tidur juga datang ke dunia nyata bersama-sama dengan Adu Du dan Probe dan serangan kawan-kawan BoBoiBoy dengan bantuan Adu Du dan Probe.
BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola memasuki Dunia mimpi Raksasa Tidur apabila Papa Zola dan Raksasa Tidur bersiap sedia untuk berlawan, tetapi dihentikan oleh Gopal dan Gopal mencabar mereka untuk bermain dam haji. Sebaik sahaja mereka bermain pada pusingan pertama, Papa Zola kalah dengan teruk kerana dia tidak tahu bagaimana untuk bermain. Dalam pusingan kedua beliau telah digantikan oleh Tok Aba, yang pandai bermain dam, maka dia menang. Dalam pusingan ketiga, Kedua-dua pesaing menggunakan gerakan dan kuasa mereka tersendiri menyebabkan Tok Aba menang. Raksasa Tidur berasa tidak puasa hati sambila marah sehinggakan Dunia Mimpia mula hancur. Apabila Papa Zola ingin mengalahkannya, tetapi beliau ditimpa musibah apabila puing bangunan mengenai kakinya menyebabkan beliau tidak bole bergerak. Papa Zola menghulurkan tali pinggangnya yang membolehkan seseorang itu besar. Gopa memakainya namun ditarik balik sebab takut lalu BoBoiBoy memakainya dan menjadi gergasi.Akhirnya, berjaya mengalahkan Raksasa Tidur dengan gerakan Kombo ketiga-tiga milik BoBoiBoy. Papa Zola kini kembali ke dunia nyata dan membawa diri untuk mencari perkerjaan.

Musim 2:

Dia gagal dalam beberapa temu bual untuk mendapatkan pekerjaan sehingga apabila hari dia mendapat pekerjaan sebagai Guru Matematik dan Guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis, yang mengakibatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya terkejut. Dia juga menjadi orang tengah dalam menyelesaiakan permusuhan antara BoBoiBoy dan Fang.

Musim 3:

Papa Zola menggunakan kuasa Yaya untuk menyerang Ejo Jo, beliau memilih kuasa tersebut kerana jam kuasa tersebut berwarna merah jambu. Beliau memasuki dunia permainan sekali lagi untuk menyelamatkan isterinya Mama Zila dari mahligai Syahdu. Kemudian, menjadi pelatih dan watak penting bagi BoBoiBoy mengawal kuasa air bagi mengalahkan BoBoiBot

Kuasa.

  • Tendangan Kematangan : Tendangan yang digunakan untuk menyerang musuh dengan serangan kematangan.
  • Kuasa Pembesaran : Membolehkan Papa Zola menjadi gergasi dengan mengikat pinggang kebenaran.
  • Rotan Keinsafan : Serangan rotan yang bertujuan untuk menginsafkan musuh.
  • Kuasa Tendangan Graviti : Tendangan yang diserang dengan menggunakan daya graviti.
  • Tendangan Kehenseman : Tendangan yang kuat untuk menyerang musuh.
  • Tingkatan Kuasa : Kuasa yang membolehkan Papa Zola meningkatkan kuasanya.
  • Pinggan Mangkuk Berapi : Mangkuk Berapi yang digunakan Papa Zola untuk mengalahkan musuh dalam dunia game.
  • Tendangan Kacak Berapi : Tendangan Papa Zola dalam dunia game untuk menyerang musuh.
  • Cahaya Kebenaran (Light of Justice): Teknik terkuat bagi Papa Zola dalam dunia game yang mengeluarkan pancaran laser daripada matanya untuk menyerang musuh. Kemunculan teknik ini hanya dalam Permainan video BoBoiBoy: Cinema Attack.

Rupa

Papa Zola memakai sut biru ala Superman, lengkap dengan topeng mata merah dan tali pinggang emas yang mempunyai lambang seakan pelekat kereta "P" pada kancingnya. Badannya sasa tetapi pinggangnya agak langsing hingga boleh menyebabkan tali pinggangnya terjatuh.

Perwatakan

Papa Zola terkenal dengan gaya adiwira "kebapaan". Tujuannya menjadi adiwira adalah untuk "menegakkan kebenaran". Dia juga menunjukkan kebijaksanaannya ketika melatih Gopal. Dia juga amat mementingkan kebenaran dan juga gemar sekali menggunakan perkataan "kebenaran" dalam apa jua keadaan.
Biar pun serius menjalankan tugas keperwiraan, perwatakannya tetap lawak di depan mata orang dan kelemahan utamanya ialah terlalu terburu-buru dan kurang membuat persediaan rapi untuk berdepan dengan musuh. Khususnya apabila mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam haji dalam.
Papa Zola nyata sekali menggemari matematik. Dalam Musim Pertama, dia menguji anak muridnya, Gopal dengan ujian matematik. Dalam Musim Kedua, setelah lama mencari pekerjaan, Papa Zola akhirnya menjadi guru Matematik yang gemar mengajukan soalan yang rumit di kelas 5 Jujur. Selain itu, Papa Zola turut menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Pengadil Bola Sepak.

Trivia

  • Papa Zola berjaya mengeluarkan buku motivasi yang berjudul "1001 Sebab Gagal Temuduga" yang amat laris di pasaran.
  • Buku motivasi Papa Zola membongkar sebab-sebab kenapa ramai calon baru sahaja tamat unversiti gagal dalam temuduga mereka.
  • Selain Gopal, Probe juga adalah penggemar Papa Zola. Topi tidurnya mempunyai kepala Papa Zola yang digantung dia atasnya.
  • Papa Zola memberitahu pada 25 Februari 2013 (Tarikh dalam Musim 2, Episod 11), umurnya adalah 37 tahun 8 bulan 18 hari. Maka hari lahirnya adalah pada 7 Jun 1975.

No comments:

Post a Comment