Tuesday, June 28, 2016

Pakcik Kumar

Pakcik Kumar
Watak BoBoiBoy
Kumar.png
Penampilan
sulung
"Episod 9"
Pelakon
suara
Nizam Razak

Pakcik Kumar ialah seorang penduduk Taman Pulau Rintis yang berketurunan India dan juga bapa kepada Gopal.

Sejarah

Kumar memainkan watak sebagai watak sampingan.Kemunculan sulungnya adalah pada Musim 1, Episod 9 & 10 apabila dia memesan sekotak tin Koko Tok Aba yang dihantar oleh BoBoiBoy Tanah, akan tetapi penghantarannya lambat sehingga 20 minit kemudian kerana dia hilang ingatan disebabkan berpecah terlalu lama dan kemudiannya pada Musim 1, Episod 13 & 14 yang muncul pada imbas kembali oleh Yaya yang merasa biskutnya sehinggakan harus dikerjakan ke hospital.Pada Musim 1, Episod 21 & 22 dia tampak kelihatan amat sedih kerana untung jualannya dan Gopal pun datang untuk menceriakannya disebabkan Biskut Yaya yang mengandungi Cecair Emosi X.
Kemunculannya diteruskan sebagai watak sampingan pada Musim Ke-2 yang dapat dilihat, Kumar sedang singgah di Kedai KoKoTiam Tok Aba lalu apabila BoBoiBoy menanyakan tentang rumah usang di hujung jalan lalu dia mencelah dan menceritakan tentang rumah tersebut yang tampak itu semua cerita Gopal dan menjadi penonton MKHIPI yang disiarkan oleh Adu Du (yang sebenarnya dia tertidur dengan television masih dipasang) pada Musim 2, Episod 9.
Pada musim ke-3, dalam Musim 3, Episod 3 Kumar nampaknya sekali lagi muncul di kedai KoKoTiam Tok Aba yang tujuannya memarahi anaknya yang mendapat markah yang rendah dalam ujian matematiknya iaitu -17% yang sebenarnya di ganggu oleh Adu Du dan muncul dalam lagu Team BuBaDiBaKo yang Adu Du,BoBoiBoy dan Gopal sedang mengecat motorsikal miliknya sehingga cantik dan dibayar olehnya pada Musim 3, Episod 4.Dan Pada pertama kalinya dalam dua Episod iaitu Musim 3, Episod 10 dan Musim 3, Episod 11 dia menjadi watak utama yang membantu Papa Zola memenangi Game Papa Zola untuk menyelamatkan isterinya dan berjaya.

Rupa

Kumar nyata berbadan kurus yang agak berbeza daripada anaknya yang gemuk itu,berkulit hitam dan berambut agak kemas dan menyikat rambutnya ke kiri.Mempunya dua misai yang panjang ke pipi dan agak tebal serta mempunyai hidung yang besar dan iris matanya tampak berwarna perang. Dia selalu memakai pakaian kemeja-T berwarna putih dan memakai vest berwarna jingga serta memakai seluar panjang berwarna biru muda dan berkasut perang

Perwatakan

Uncle Kumar ataupun Kumar berperwatakan sangat gembira dan mesra dengan orang di sekeliling. Keramahannya disebabkan kegemarannya bercerita sehinggakan orang disekeliling kampungnya suka apabila dia bercerita.Walaubagaimanapun, Dia seorang yang sangat serious dan fokus setiap masa apabila bermainGame sama dengan Gopal apabila dia muda.
Walhal, dia juga seorang yang pemarah dan sangat garang kepada anaknya yang sering bermain Gamesepanjang masa dan sering membuang masa membuak-buakan lagi perasaan marahnya sehingga memegang rotan untuk memarahi anaknya.

Penampilan

  • Episod 9
  • Episod 22
  • Musim 2, Episod 2
  • Musim 2, Episod 3
  • Musim 3, Episod 3

No comments:

Post a Comment