A.R. P.R.O.B.E PEMUSNAH Watak BoBoiBoy | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||||||||
Penampilan sulung | "Musim 1, Episod 1" | ||||||||||||||||
Pelakon suara | Anas Abdul Aziz | ||||||||||||||||
|
Probe ialah salah seorang pembantu utama Adu Du, di sampingKomputer. Tugasnya ialah mencari bekalan koko di bumi dan mengintip gerak-geri BoBoiBoy dan kawan-kawannya.
Sejarah
Menurut pengisahan komputer milik Ejo Jo dalam Musim 2, Episod 10, Probe yang menjadi konco Adu Du ini merupakan robot prototaip berjenama AR. P.R.O.B.E. yang dibangunkan di sebuah kilang pertahanan di Ata Ta Tiga, tetapi terpaksa dibuang setelah kecuaian seorang kakitangan telah menyebabkan Probe tidak berfungsi dengan betul.
Probe dilupuskan di Sektor 42, sebuah tanah pembuangan bahan mineral di mana Adu Du pernah bekerja sebelum meneroka angkasa lepas, lalu ditemui dan dibaiki oleh Adu Du sendiri. Walaupun dibaiki, namun Probe masih mengekalkan kecacatannya yang menyebabkan dirinya dilupuskan, iaitu sifat suka membuat lawak.
Kematian
Di Musim 2, Episod 12, Ejo Jo dengan konco-konconya tiba di bumi. Setelah mereka tiba, Ejo Jo berniat untuk membunuh Adu Du. Tetapi dihalang Probe. Kemudian Probe terus menjadi Super Probe. Akhirnya Ejo Jo memanggil Robot Perisai Tempur Angkasa I untuk berlawan mati-matian dengan Probe. Ternyata Probe si robot "kutip" tiada tandingan untuk P.E.T.A.I. Setelah lama bertahan, dia melindungi Adu Du daripada serangan maut P.E.T.A.I.. Akhirnya, badan Super Probe terlerai kepada bahagian lebih kecil kerana badan itulah yang menjadi khidmat terakhir untuk Adu Du. Setelah Probe melayang, Adu Du berlari ke arahnya untuk menyambut Probe yang kelihatan seperti akan tiba masanya. Dalam larian itu, Adu Du teringatkan kenangan manis bersama Probe. Probe yang separuh badan meminta maaf kepada Adu Du atas kesalahannya yang menyebabkan Ejo Jo datang sementara kor nyawa Probe masih bertahan. BoBoiBoy yang berdekatan mengalirkan air mata. Probe juga berterima kasih kepada tuannya kerana menjaga dia sementara Adu Du merayu supaya Probe tidak meninggalkannya namun ia sudah terlambat. Kata-kata terakhir dia ialah, "Probe: robot tempur. Misi terakhir, TAMAT". Adu Du cuma boleh berduka cita atas kematian sahabat dia. BoBoiBoy dan kawan-kawan cuma boleh mengalirkan air mata. Selepas kemusnahan Sekolah Rendah Pulau Rintis, bangkai robot Probe dibawa kembali ke Markas Kotak oleh BoBoiBoy.
Hidup Semula
Dalam usaha untuk menghidupkan semula Probe, Adu Du cuba memperbaiki Probe tetapi gagal untuk mengaktifkan semula apabila menggunakan kor tenaga P.E.T.A.I. Kambing S8000 menghubungi Bago Go supaya dapat menolong Adu Du memperbaiki Probe. Jelas Bago Go, teras tenaga yang digunakan tidak sesuai dan Adu Du perlu menyalurkan tenaga daripada teras tenaga PETAI ke teras tenaga Probe, tetapi Adu Du perlu membeli mesin konverter yang diperlukan untuk menyalurkan tenaga tersebut.
Adu Du datang ke kedai Tok Aba untuk merampas koko tetapi gagal apabila Koko Jumbo dipermainkan oleh BoBoiBoy dan Ochobot. Tetapi apabila mengetahui niat sebenar Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal bekerjasama untuk membantunya mengumpul dana supaya cukup duit untuk membeli lima tong koko untuk dijual kepada Bago Go, dengan syarat Adu Du menjadi orang baik.
Seminggu kemudian, sudah cukup koko telah dikumpul untuk diberikan kepada Bago Go supaya dapat membeli konverter tersebut. Akhirnya, pemindahan tenaga berjaya dilaksanakan dan Probe akhirnya telah dapat diaktifkan semula.
Rupa
Probe merupakan sebuah robot berapung yang berbentuk piring terbang ungu dengan mata yang merah dan "giginya" yang panjang lebar, dilengkapi dengan sepasang sepit dan banyak lagi kelengkapan dalam badannya.
Bentuk lainan
Probe boleh juga dinaik taraf menjadi bentuk lainan yang lebih lengkap dan diperkuat mengikut keadaan semasa.
- Super Probe (julung kali digunakan di Musim 1, episod 1)
- Super Makcik Probe (episod 10)
- Super Duper Probe (episod 14)
- Robolabolabolabolabot Super King (Musim 2, Episod 4)
- Mega Probe ( Musim 3, Episode 5, episode 15-17)
Bentuk lainan sia-sia
- Mesin Basuh
- Vacuum
- Ketuhar
- Kuali
- Tong Gas
Kuasa
- Roket Laser Pemusnah
- Tangan Mau Beg Tangan Maut
- Serangan Cermin Silau
- Tembakan Pisau Dapur
- Penghalang Sudip Penghalang
- Roti Menari Pengadun Roti
- Tembakan Peluru Bius
- Pelancar Roket
- Pistol Pengecil
Komik
- Hantu Lilin Cari Mancis
- Zombie Biskut Makan Biskut
- Hantu Askar Roti Prancis
- Jembalang Air Kehausan
- Pontianak Pokok Strawberry
- Hantu Raya Tertinggal Bas
- Tangisan Tampar Angkasa
- Papa Zola Suci Dalam Kebenaran
- Kisah Sedih Lagi Menyedihkan...
- 1001 Gagal Termuduga 1001
- Misteri Toyol Kepala Kotak Di Markas Kotak
Game
- Game Papa Zola Kebenaran di Lorong Kegelapan
- Game Papa Zola Misteri Kekasih Terang Benderang
- Game Papa Zola Kebenaran di Langit Mendung
- Game Papa Zola Kebenaran di Tepi Highway
- Game Papa Zola Gencatan Kebenaran
- Game Papa Zola jari jari Kejahatan
- Game Papa Zola Menggaruk Kejahatan
Perwatakan
Walaupun tahan dengan perangai Adu Du, namun dia cenderung memerli dan mengumpat apabila dimarahi atau diberikan tugas yang susah oleh ketuanya. Walaupun dianggap pendek akal oleh ketuanya, namun dia tetap mampu menunjukkan kelicikan. Dia juga berasa kagum dengan kehebatan BoBoiBoy dan kawan-kawan, terutamanya apabila menyorok untuk mengintai gerak-geri mereka.
Trivia
- Inilah watak pertama dalam BoBoiBoy yang berkemungkinan sudah mati dibunuh. Namun, Probe akhirnya telah dihidupkan semula.
- Satu-satunya robot yang boleh bercakap dan berjenaka setakat ini.
- Probe mempunyai persamaan dengan watak Crouch dari Get Ed kerana kedua-duanya berwarna ungu dan juga mempunyai kecacatan iaitu suka membuat lawak.
- Probe suka memakan kertas pasir.
- Probe tidak pernah membuka mulut ketika berbicara, kecuali ketika terkejut melihat robot PETAI milik Ejo Jo.
No comments:
Post a Comment