Monday, June 27, 2016

Multi-Monster

Multi-Monster
Watak BoBoiBoy
Char multimonster.jpg
Penampilan
sulung
"Episod 5"
Pelakon
suara
Muhammad Anas Abdul Aziz
Multi-Monster ialah antagonis kecil di dalam Musim 1, Episod 5 & 6. Ia sejenis raksasa berpecah ganda yang dicipta oleh Adu Du untuk menyerang BoBoiBoy supaya memudahkan kegiatan menyerang Bumi demi koko. Akan tetapi, setelah ditewaskan sekali oleh BoBoiBoy, ia telah bertukar ke seorang protagonis dan berjanji untuk menolong BoBoiBoy dan kawan-kawannya apabila dalam kesusahan, sekaligus mengkhianati pencipta sendiri.

Sejarah

Multi-Monster merupakan antagonis kecil dalam Musim 1, Episod 5 & 6 setelah diciptakan lalu ditempatkan tasik toksik yang diumpan oleh Probe yang menembak bola milik BoBoiBoy kemudian pergi ke tasik tersebut untuk mengambil bolanya, Dia menggunakan kayu untuk mengetuk bola tersebut dan muncul benda misteri, Kemudian Multi Monster pun muncul dengan serba marah kerana kepalanya mengalami benjol yang dasyat.Selepas mengugut BoBoiBoy, Multi Monster diserang dengan mengejut oleh BoBoiBoy Angin dan kalah,akan tetapi kuasa yang boleh berpecah menjadi dua setelah kalah meningkatkan keyakinan Adu Du yang melihat pertarungan itu,lantas setelah beberapa aksi pertarungan akhirnya Multi-Monster berpecah menjadi banyak mengakibatkan dia kecil,yang membolehkan BoBoiBoy menyiasat rancangan Adu Du,kemudian melepaskannya.

Seterusnya, pada Musim 1, Episod 7 & 8 Multi-Monster muncul dalam keadaan yang kecil mula membantu BoBoiBoy yang dalam kesusahan memakan dinding coklat di kapal angkasa Adu Du untuk mencari jalan keluar dan digunakan oleh Ying untuk mengaktifkan kuasa Gopal untuk melarikan diri.Kemudian, selang musim pertama dia muncul sebagai watak kecil yang diceritakan oleh Probe yang sedang membalas surat peminat tentang keberadaan Multi-Monster yang sedang membina perkampungan sendiri pada Musim 1, Episod 19 & 20
Setelah itu, kemunculannya kini sebagai watak tambahan Musim 2, Episod 6 pada sebagai latar dalam lagu "Incik Bos dan Probe"lalu ditolak oleh Adu Du kerana telah mengkhianatinya.

Rupa

Multi-Monster ialah raksasa yang boleh bercakap dan berdiri dengan dua kaki seperti manusia. Badannya kuning kehijauan dan bersisik, dengan dada yang buncit tetap lengan dan tungkainya kurus dan berkuku. Peranggu giginya terdiri daripada gigi yang rata di rahang atas dan gigi yang tajam dan menjongang di rahang bawahnya. Matanya hitam beriris putih.
Setiap kali kalah teruk kepada musuh, ia akan pulih dengan berpecah menjadi dua, tetapi dalam proses ini, saiznya akan berkurangan. Setelah berpecah menjadi terlalu banyak, ia akan menjadi terlalu kecil untuk berlawan dengan manusia.

Perwatakan

Multi-Monster pada asalnya bengis seperti mana-mana raksasa penjahat, tetapi setelah dikalahkan oleh BoBoiBoy, ia menjadi mesra dan sedia membantu BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Video

BoBoiBoy Episode 03 (Deleted scene)01:53
BoBoiBoy Episode 03 (Deleted scene)
Pertempuran antara BoBoiBoy dan Multi-Monster

No comments:

Post a Comment