Friday, June 24, 2016

BoBoiBoy Ais

BoBoiBoy Ais ialah tingkatan kuasa bagi BoBoiBoy Air. Dia boleh memanipulasi elemen Ais.

Latar Belakang

BoBoiBoy Ais membuat kemunculan pertamanya dalam filem BoBoiBoy: The Movie apabila Ochobot memberi tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoytermasuk FangGopalYaya, dan Ying. BoBoiBoy bertukar selepas menjadi BoBoiBoy Blaze dan menyerang Bora Ra denganTembakan Pembeku sehinggakan Bora Ra menjadi beku.

Kuasa

  • Meriam Pembeku: Senjata utama bagi BoBoiBoy Ais iaitu meriam mini kecil yang berbentuk ais.
    • Tembakan Pembeku: BoBoiBoy Ais menembak peluru ais daripada meriam pembeku yang akan meninggalkan musuh dalam keadaan beku apabila terkenanya.
  • Tolakan Bongkah Ais: Dengan meletakan tangan di tanah, BoBoiBoy Ais dapat menjelmakan Bongkah Ais gergasi yang akan melancarkan musuhnya ke langit.

Serangan Kombo

Bersama BoBoiBoy Blaze

  • Serangan Berkembar Blaze dan Ais: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Blaze dengan menghasilkan Tolakan Bongkah Ais yang diiringi dengan Meteor Berapi untuk menyerang Borara.

Perwatakan

BoBoiBoy Ais tidak banyak berubah daripada perwatakan BoBoiBoy Air iaitu tenang dan rileks.

Rupa

BoBoiBoy Ais mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Air tetapi warna jaketnya berubah menjadi kelabu yang dicampuri dengan corak air dan garisan yang berwarna biru muda. Topinya berwarna biru muda dan bercampur dengan corak air yang berwarna biru muda serta menunjukkan lambang air. BoBoiBoy Ais mengenakan seluar berwarna biru muda yang dihiasi dengan corak air yang berwarna biru muda dan berkasut biru muda. Iris matanya tetap sama dengan BoBoiBoy Air.

Kemunculan BoBoiBoy Blaze

  • BoBoiBoy: The Movie
BoBoiBoy Ais
Watak BoBoiBoy
BBB Ice 01 small.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment