Lima Panglima Scammer Watak BoBoiBoy | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "5 Panglima Scammer (bersama)" | ||||||||||
Pelakon suara | Nizam Razak | ||||||||||
|
Lima Panglima Scammer merupakan sekumpulan watak jahat yang muncul dalam siri BoBoiBoy musim ketiga. Mereka adalah lima bersaudara yang terdiri daripada Tom (sulung), Wak Baga Ga, Bagi Gi, Bagu Gu dan Bago Go (bongsu).
Mereka berlima memandu kapal angkasa masing-masing yang boleh bercantum menjadi sebuah mecha gergasi iaituMegabot Scambot.
Ahli-ahli
Tom
Tom adalah abang sulung dan ketua geng Lima Panglima Scammer yang memperkenalkan dirinya sebagai "penipu nama". Memakai cermin mata berbingkai merah yang sama besar dengan matanya, dan bermisai serabut ala misai kucing. Memakai jaket hijau dengan lencana bersimbol dolar. Sebagai ketua, pembawaannya adalah yang paling garang dalam kalangan mereka berlima. Dia sering menggunakan kata ganti nama kedua "mu".
Memandangkan corak namanya tidak sama dengan adik-adiknya biarpun mengaku diberi nama Tom oleh ibunya, ditambah pula dengan reputasi mereka berlima sebagai penipu, maka adalah diragui sama ada Tom adalah nama sebenarnya. Sebagai ketua dia memandu kapal angkasa berbentuk burung yang menjadi kepala Scambot. Mula-mula muncul pada Musim 3, Episod 8.
Wak Baga Ga
Wak Baga Ga adalah "bomoh penipu seantero dunia" yang memperdaya mangsa dengan ubat-ubatan dan rawatan-rawatan palsu yang diuar-uarkannya sebagai mujarab dan diperoleh daripada ramuan-ramuan yang melampau luar biasa asal-usulnya. Berpelat Jawa, memakai baju putih dengan bandana kuning dan gelang leher manik. Bentuk misainya sama dengan Bago Go kecuali hujungnya yang serabut. Mula-mula muncul pada Musim 3, Episod 6, di mana dia disalah sangka oleh Adu Du dan Probe sebagai samaran Bago Go, tetapi tidak dilupa juga ton kulit hijaunya lebih malap daripada Bago Go.
Bagi Gi
Bagi Gi adalah "penipu sindiket Internet" yang memperdaya mangsa dengan iklan-iklan kemenangan hadiah di ruang maya. Tidak bermisai. Ton kulitnya adalah yang paling cerah antara mereka berlima. Berjaket biru dan memakai cermin mata yang kecil berbanding matanya. Mula-mula muncul pada Musim 3, Episod 8.
Bagu Gu
Bagu Gu adalah "mahaguru I Love You", atau maksudnya penipu jodoh cinta. Berambut jambul, bermisai halus, memakai jaket ungu dan sentiasa dilihat memegang sekuntum bunga ros. Pembawaannya adalah yang paling lemah lembut daripada mereka berlima. Mula-mula muncul pada Musim 3, Episod 8.
Bago Go
Bago Go adalah "penjual senjata haram terhebat". Dia adalah adik yang bongsu sekali, dan juga ahli yang paling terkenal bagi penonton BoBoiBoy (sampai ada rencana sendiri). Dia merupakan jurujual pelbagai barang termasuklah kapal angkasa, senjata haram, hartanah mahupun polisi insurans yang sering mengenakan harga yang melampau mahal. Banyak sekali perniagaan yang dikendalikannya, termasuk hospital. Mula-mula muncul pada musim pertama.
No comments:
Post a Comment