Friday, June 24, 2016

BoBoiBoy Api

BoBoiBoy Api adalah salah satu daripada lima BoBoiBoy apabila berpecah dan yang lainnya adalah BoBoiBoy TanahBoBoiBoy AnginBoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Air kemudian berkembang menjadi BoBoiBoy Blaze.

Latar Belakang

BoBoiBoy telah menemui kuasanya menurut pendapat Gopal yang mengatakan BoBoiBoy mendapat kuasa api daripada perasaannya yang kuat tertekan, oleh itu BoBoiBoy Api muncul sebagai kuasa BoBoiBoy yang baru kerana ingin melepaskan tekanan, pada awalnya BoBoiBoy Api hanya muncul pada waktu tengah malam dan tidak dapat dikawal sepenuhnya.
Namun, apabila kawan-kawannya bertemu dengannya, sikapnya berbeza seperti apa yang diceritakan oleh Adu Du dan Probe yang mengatakan ia kejam. Yaya juga menanyakan mengapakah dia memulakan semua kebakaran di Pulau Rintis, tetapi BoBoiBoy Api menjawab bahawa semua perkara tersebut terjadi secara tidak sengaja. Oleh kerana sikapnya, beliau sering dinasihatkan untuk mengawal kuasanya, namun dia berang atas nasihat tersebut dan terus mengamuk yang tidak dapat bezakannya kawan mahupun lawan. Pada akhirnya, dia dapat ditenangkan dengan mengembirakannya dan kuasa apinya mula reda. Akan tetapi, tindakan Adu Du yang menyerang kawan-kawannya menambahkan kemarahannya lalu menyerang Adu Du dan Probe lalu kuasanya mula reda.
Namun, pada Musim 3, Episod 24 BoBoiBoy menunjukkan bahawa dia mampu mengawal kuasa apinya sebelum berubah kepada BoBoiBoy Api. Hal ini menunjukkan, BoBoiBoy mampu mengawal kuasanya apabila tidak terlalu tertekan.
BoBoiBoy Api
Watak BoBoiBoy
FB IMG 1454760416166.jpg
Penampilan
sulung
"Misteri Penjenayah Api"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment