Friday, June 24, 2016

Boboiboy Halilintar

BoBoiBoy Halilintar ialah tingkatan kuasa bagi BoBoiBoy Petir. Dia boleh memanipulasi elemen Halilintar.

Kuasa
  • Gerakan Kilat: Menumpukan kuasa kilat di kaki yang membolehkan BoBoiBoy Halilintar bergerak dengan pantas dalam masa yang singkat, malah lebih pantas daripada Ying.
  • Pedang Halilintar: Senjata utama bagi BoBoiBoy Halilintar. Dia menggunakannya untuk mempersembahkan teknik kombo yang hebat untuk menyerang musuh dari jarak yang dekat. Selain itu, dia mampu melontarnya untuk menyerang musuh dari jauh.
  • Bola Kilat: Gumpalan tenaga petir kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh. Ia juga boleh digunakan untuk membutakan sementara.
  • Tetakan Halilintar Serangan terkuat BoBoiBoy Halilintar yang menghasilkan dua Pedang Halilintar lalu terus menetak ke musuhnya dari atas.
  • Kilauan Kilat: BoBoiBoy melepaskan tenaga petir yang kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek (Hanya digunakan pada musim 1).
  • Tusukan Pedang Halilintar: Serangan yang digunakan untuk menusuk lawannya secara menghulurkan Pedang Halilintar kehadapan dan menusuk lawannya.
  • Tendangan Halilintar: Menumpukan kuasa halilintar di kakinya yang menambahkan kuasa tendangannya. Pertama kali digunakan sewaktu menendang bola.
  • Pelindung Halilintar: Pelindung yang digunakan untuk melindungi diri sekali gus merenjat musuh yang cuba memecahkannya.
  • Hujan Halilintar: Sebilah Pedang Halilintar dicampakkan ke langit dan kemudiannya menjatuhkan beratus-ratus Pedang Halilintar ke muka Bumi.
  • Halilintar Slash: Serangan terkuat BoBoiBoy Halilintar dengan menghasilkan dua bilah Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.
  • Tetakan Dual Halilintar: Kuasa tingkatan BoBoiBoy Halilintar daripada Tetakan Halilintar yang memerlukannya menghasilkan dua Pedang Halilintar dan bergerak Gerakan Halilintar untuk menyerang musuh dengan kuasa terkuatnya.
  • Tombak Halilintar: BoBoiBoy menghasilkan tombak daripada kuasanya yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh dari dekat mahu pun jauh. Kemunculan teknik ini hanya di BoBoiBoy: The Movie.
  • Pusaran Halilintar: Dengan mengunakan Tombak Halilintar, BoBoiBoy Halilintar perlu memusingkannya untuk menghasilkan kelompok kilat untuk menyerang musuhnya dari atas. Kemunculan teknik ini hanya di BoBoiBoy: The Movie.
BoBoiBoy Halilintar
Watak BoBoiBoy
FB IMG 1454760423269.jpg
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 12"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment