Monday, June 27, 2016

Mama Zila

Mama Zila
Watak BoBoiBoy
0311 mama zila terima kasih.png
Penampilan
sulung
"Musim 3, Episod 11"
Pelakon
suara
Ezdiani Ahmad Fawzi (Versi Bahasa Melayu)
Mama Zila adalah isteri kepada Papa Zola. Dia telah dilarikan oleh Raksasa Gonohom dalam permainan video "Papa Zola : Kekasih Terang-Benderang", tetapi setelah 15 tahun kemudian, dia telah diselamatkan dan kembali ke dunia nyata BoBoiBoy.

Sejarah

Dalam episod Papa Zola & Mama Zila, Mama Zila tidak membuat penampilan di episod ini, namun namanya sering disebut dalam episod ini. Dalam Musim 3, Episod 11, dia membuat penampilan dalam dunia permainan dan apabila Gopal, BoBoiBoy dan Papa Zola mengalahkan Raksasa Gonohom mereka berjaya memasuki Istana Mahligai Syahdu dan keadaan dalam istana tersebut amat bersih mengakibatkan Gopal dan BoBoiBoy terpesona Papa Zola, iaitu suaminya,bertemu dengannya kembali setelah 15 tahun berpisah dan kemudian membawanya beliau ke dalam dunia sebenar,dalam keadaan matanya tertutup. Papa Zola memberitahu Mama Zila untuk tidak membuka matanya lagi, tetapi Probe tidak sabar dan mengabaikan Pesanan Papa Zola. Probe kemudian terus membuka penutup mata Mama Zila itu. Setelah membuka matanya, dia melihat bahawa persekitaran di sekelilingnya (Rumah Gopal) dalam keadaan kucar-kacir. Oleh kerana penderitaan penyakit OCD-nya, (Obsessive Compulsive Disorder) dia bertukar menjadi raksasa besar dan pergi ke bandar kerana OCD beliau.

Raksasa iaitu Mama Zila pergi ke bandar untuk bagi menyusun semua dalam keadaan teratur dan semetri, bermula dengan kereta-kereta yang dicampurkan sekitar. (Merah dan biru kereta di letakkan dalam satu kawasan tempat letak kereta) Beliau kemudian menyusun kereta tersebut mengikut warna. Mama Zila juga melemparkan sebuah lorimasuk ke gaung kerana berang salah meletakkan lori tersebut. Seterusnya, dia pergi ke kawasan Pasar dan melihat keadaan kereta tersebut meletakkan kereta dalam keadaan tidak teratur menyebabkan Mama Zila berasa marah dan terus menyusun kereta tersebut mengikut warna. Terdapat satu lagi ruang di kawasan kereta putih, jadi Mama Zila berusaha mencari kereta putih yang lain dan menjumpainya namun mempunyai seorang pemandu di dalamnya. Nasib baik, BoBoiBoy Halilintar berjaya menyelamatkan pemandu itu. BoBoiBoy Taufan cuba menyerang Mama Zila, Tetapi usahanya tidak berhasil. Mama Zila kemudian menyedari Boboiboy Taufandalam keadaan yang selekeh dan Mama Zila memperbetulkan kedudukan topi dan zip jaket beliau. Tetapi dia kemudian melihat bahawa bangunan bandar tidak mempunyai ketinggian yang sama, jadi dia pergi ke arah bandar dalam keadaan marah dan sama ada ditolak bangunan untuk kelihatan rendah, atau akan membuat bangunan itu kelihatan lebih tinggi. Boboiboy Gempa berjaya menahan Mama Zila menggunakan golem tanah tetapi Papa Zola merayu Boboiboy mencari cara lain untuk mengalahkan Mama Zila. Boboiboy kemudian mempunyai idea untuk menarik beliau kembali ke dunia permainan dan mengalahkan beliau di dalam sana. Selepas mengumpan Mama Zila ,Adu Du mengaktifkan mesin tersebut dan menyedut BoBoBoy,Gopal,Papa Zola dan Mama Zila kembali ke mahligai syadu dan mula untuk mengalahkannya dalam permainan tersebut.
Selepas kekalahan Mama Zila, dia berjaya kembali kepada normal. Dia kemudian mengucapkan terima kasih kepada Boboiboy dan kawan-kawannya dan Papa Zola mengupah mereka dengan Wang Ringgit RM 1 tetapi mereka semua mengeluh kerana nilainya amat kecil berbanding dengan usaha mereka, tetapi Probe yang tidak diberi apa, tidak mengeluh dan merampas wang milik Gopal, mereka berebut sehingga duit tersebut koyak menyebabkan Mama Zila berang kerana membazirnya,namun aman tidak berubah menjadi Raksasa. Kemudian,dalam Episod Bahagia Bersama BoBoiBot,Mama Zila menjadi watak kecil apabila Papa Zola yang menghoskan pertandingan PPPR, teruja depan kamera dan memberitahu isterinya di rumah bahawa di masuk TV dan Mama Zila amat bangga dengan Papa Zola. Oleh itu, Mama Zila menjadi seorang guru kebersihan di Sekolah Rendah Pulau Rintis dalam episod Musim 3, Episod 20 dan  menggalakan murid murid untuk menjayakan program 3R.

Kuasa & Kebolehan

  • Metamorfosis: Mama Zila boleh bertukar menjadi seekor raksasa berwarna jambu apabila terasa amat marah yang besar dan mempunyai kekuatan sehingga ditakuti oleh semua mahluk dalam Dunia Game
  • Ketahanan: Dalam mod raksasa, Mama Zila mempunyai kulit reptilia yang keras dan mampu untuk menahan jenis serangan yang berbentuk tenaga. Sebagaimana Pedang Halilintar milik BoBoiBoy Halilintar tidak dapat mencederakannya.
  • Kekuatan: Dalam mod raksasa, Mama Zila mempunyai kekuatan fizikal yang banyak sehingga mampu untuk melontar objek yang besar dengan amat jauh.

Rupa.

Mama Zila mempunyai badan yang kurus dan tinggi dengan wajah bermata besar yang sangat anggun. Dia memakai selendang merah dan berbaju kurung biru serta memakai baju dalam berlengan panjang berwarna hitam serta rantai emas dengan batu merah berbentuk hati.
Akan tetapi apabila Mama Zila bertukar menjadi Raksasa OCD, badannya berwarna merah jambu. Dia masih memakai selendang dan rantainya. Mama Zila mempunyai susuk-susuk di belakangnya. Di bawah matanya berwarna hitam seperti pucat. Mama Zila berkuku tajam dan berjari tiga seperti raksasa-raksasa lain. Dia mempunyai mata berwarna merah jambu. Mama Zila juga mempunyai tanduk kecil pada atas hidungnya.

Perwatakan.

Menurut Papa Zola, Mama Zila akan bertukar menjadi raksasa apabila dia nampak benda tak tersusun kerana dia mengalami sumpahan OCD. Sebab itulah, sewaktu Mama Zila dikurung dalam mahligai syahdu, biliknya kemas dan tersusun rapi. Semuanya mesti diletakkan dalam kategori yang tersendiri, dan yang penting adalah simetri.
Dalam permainan yang sebenar, Mama Zila dikenakan suatu sumpahan yang mana setiap kali OCD nya tercetus, dia boleh bertukar menjadi seekor raksasa dengan kakinya berupa dinosaur yang berwarna merah jambu, tetapi penyakitnya pulih kembali setelah dia bertarung dengan BoBoiBoy.

Kemunculan Mama Zila.

  • Musim 3, Episod 11
  • Musim 3, Episod 18

Trivia.

  • Mama Zila adalah seorang yang mempunyai penyakit OCD, ianya bermaksud Obsessive Compalsive Disorder.
  • Mama Zila adalah seorang yang cantik tetapi agak garang.
  • Apabila dia bertukar menjadi Raksasa OCD, Mama Zila tidak akan mengingati Papa Zola atau apa-apa selain daripada mengemas dan menyusun.
  • Mama Zila berada di dalam dunia game selama 15 tahun, dan sebenarnya Mama Zila adalah raksasa bos dalam game itu.
  • Sebenarnya Raksasa Gonohom adalah raksasa yang baik, dia cuma ingin melindungi Mama Zila daripada menghancurkan dunia game.

No comments:

Post a Comment