Friday, June 24, 2016

BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Solar merupakan evolusi baru yang BoBoiBoy miliki setelah Ochobot memberikan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy. Dia muncul buat pertama kalinya di dalam BoBoiBoy: The Movie dan akan muncul di dalam BoBoiBoy Galaxy.

Latar Belakang

BoBoiBoy Solar membuat kemunculan pertamanya sebagai watak kecil di dalam filem BoBoiBoy: The Movie apabila Ochobotmemberikan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy, dan termasuk juga FangGopalYaya dan Ying. BoBoiBoy Solar muncul apabila BoBoiBoy menggunakan kuasa terkuatnya yang terbaru, iaitu berpecah menjadi tujuh. BoBoiBoy Solar menggunakanTembakan Solar untuk menembak Lohong Hitam Gergantuankepunyaan Bora Ra.

Kuasa

  • Tembakan Solar: BoBoiBoy Solar melancarkan sinaran putih daripada cermin matanya yang menerangi cermin matanya dan menyerang dari jarak yang jauh. Kemunculan teknik ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
    Tembakan Solar.png
                       Tembakan Solar
  • Pedang Solar: Pedang BoBoiBoy Solar terdapat di dalam konsep BoBoiBoy Solar, tetapi ianya tidak digunakan di dalam BoBoiBoy: The Movie. Mungkin ianya akan digunakan di dalam BoBoiBoy Galaxy nanti.
BoBoiBoy Solar
Watak BoBoiBoy
BoBoiBoy Solar.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment