Monday, June 27, 2016

Lahap

Lahap
Watak BoBoiBoy
FB IMG 1460195032194.jpg
Penampilan
sulung
"Musuh Baru & Lama"
Pelakon
suara
Mohamad Shamir Supaat(Bahasa Malaysia)
Leftenan Lahap atau Lahap merupakan watak baru dalam siriBoBoiBoy yang muncul buat pertama kalinya dalam musim ke-3.

Kisah

Lahap merupakan orang kanan bagi Kapten Kaizo yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 24apabila dia diseru oleh Kapten Kaizo daripada kapal angkasanya untuk mempertahankan Kapten Kaizo daripada serangan laser kelima-lima robot P.E.T.A.I. dengan menelan serangan tersebut dan menyerang semula dengan serangan yang ditelannya. Lalu kelima-lima robot P.E.T.A.I. milik Ejo Jo hancur dengan kapal angkasanya sekali.
Pada Musim 3, Episod 25 pula, Lahap memberitahu kuasa sebenarnya di samping terpaksa bertarung dengan YingYayadan Gopal bagi menghalang mereka mengganggu Kapten Kaizo. Kemuncaknya, Kapten Kaizo mengarahkan Lahap untuk menghapuskan kawan-kawan BoBoiBoy. Dia menurut perintah kaptennya lalu mengambil bekas silinder yang penuh dengan cecair bertoksik dari belakangnya, namun sempat dihalang oleh Fang yang menggunakan Jari Jemari Bayang untuk mengambil jam-jam kuasa mereka dan akhirnya mereka bertiga menaiki kapal angkasanya lalu berlepas meninggalkan Bumi dengan membawa bersama jam kuasa milik BoBoiBoy dan kawan-kawannya.
Pada Musim 3, Episod 26 Lahap bersama- sama dengan Kapten Kaizo bertarung dengan Kumpulan BoBoiBoy yang harus berdepan dengan Gopal, Ying dan Yaya. Walaupun, beliau mendapat peluang untuk melawan mereka dengan kuasa tingkatannya, namun tetap dikalahkan oleh mereka. Akhirnya, Kapten Kaizo mengajak BoBoiBoy untuk mengikuti kumpulannya walaupun mendapat tentangan olehnya, namun akhirnya Kapten Kaizo memberi masa kepada BoBoiBoy dan meninggalkan mereka kembali ke galaksinya bersama-sama dengan Kapten Kaizo

Kuasa & Kebolehan

Lahap mempunyai kebolehan yang istimewa, iaitu meminum air yang bertoksik, kemudian menukarkannya kepada Tenaga Plasma.
  • Tembakan Plasma: Dengan menelan serangan musuh ataupun cecair bertoksik, Lahap mampu menembak sejenis sinaran pemusnah daripada mulutnya.
  • Tembakan Toksik Berplasma: Lahap meminum cecair-cecair bertoksik lalu menembak musuhnya dengan menghasilkan projektil berbentuk sfera dalam kuantiti yang banyak serta meletup apabila menyentuh objek pegun.
  • Kuasa Serapan: Merupakan kuasa tingkatan kedua bagi Lahap yang membolehkannya menukarkan struktur badannya menjadi objek yang di makannya.

Rupa

Lahap merupakan mahluk asing yang keseluruhan badannya berwarna ungu. Mempunyai lengan yang panjang dengan memakai seluar berwarna hitam dan menyandang beg berwarna hitam bagi menyimpan stok simpanan cecair bertoksik.

Perwatakan

Lahap berperwatakan amat tegas dan patuh kepada arahan kaptennya. Di atas sikapnya yang begitu, Lahap akan melakukan apa sahaja demi mengembirakan kaptennya.

Kemunculan

No comments:

Post a Comment