Wednesday, June 29, 2016

Raksasa Gonohom

Raksasa Gonohom
Watak BoBoiBoy
0310 raksasa gonohom.png
Raksasa Gonohom dari kanan di dalam game Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.
Penampilan
sulung
"Papa Zola & Mama Zila"
Pelakon
suara
Mohammad Muiz Rahimi
Raksasa Gonohom adalah watak antagonis dari episode Papa Zola & Mama Zila dan juga bos dari Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.

Sejarah

Papa Zola & Mama Zila

Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal menghampiri hujung stage pertama, tetapi ketika BoBoiBoy pergi mendekati bendera, dia ditimpa oleh batu bergolek dan hilang satu nyawa. Kemudian mereka bertiga bertembung dengan seekor raksasa gergasi berupa udang karang. Papa Zola menyergah kepada raksasa itu supaya memulangkan "bini kebenaran", maka raksasa itu membalas bahawa mereka harus mengalahkannya sebelum dapat mendapat pulang Mama Zila, iaitu nama buah hati Papa Zola.
Setelah puas bertukar kata cacian dan celaan, Papa Zola mengingatkan raksasa itu bahawa dia pernah sampai ke stage terakhir. Hal itu menyedarkan raksasa itu akan "budak hingusan" (iaitu Kumar) yang berjaya sampai ke tahap itu hingga cemas. Apapun raksasa udang tetap mencabar Papa Zola dan teman-temannya untuk bertarung di ambang stage terakhir, lalu ia melarikan diri.

Munculnya Mama Zila

Kumar, Adu Du dan Ochobot menghabiskan satu siang dengan bermain permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang, masing-masing memandu Papa Zola, Gopal dan BoBoiBoy meredah pelbagai rintangan sambil memungut tingkatan kuasa dan isian nyawa baru hinggalah mereka mencapai stage terakhir iaitu Mahligai Syahdu. Di depan pintu istana itu mereka bertembung semula dengan makhluk udang karang dari awal permainan yang bergelar Raksasa Gonohom. Untuk itu Kumar menukar alat kawalan kepada pistol mainan.
Permainan Kumar rancak sekali, sentiasa melepaskan tembakan yang mengena musuh. Akan tetapi Raksasa Gonohom melepaskan hembusan api yang kencang hingga menyebabkan ketiga-tiga watak permainan banyak kehilangan nyawa. Maka Kumar menggunakan dua pucuk pistol mainan untuk memperhebat serangan hinggalah Gonohom dijatuhkan

No comments:

Post a Comment