Monday, June 27, 2016

Bago Go

Bago Go
Watak BoBoiBoy
Bagogo.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 24"
Pelakon
suara
Nizam Razak (Bahasa Malaysia)
Bago Go adalah watak antagonis siri BoBoiBoy, dan juga musuh ketat BoBoiBoy dan kawan-kawannya pada musim ketiga.

Latar Belakang

Bago Go adalah penjual senjata haram yang cukup terkenal di Planet Ata Ta Tiga. Bago Go terkenal kerana kelicikannya sehingga dia mendapat gelaran 'Pisau Cukur Berbilah Dua'.

Walau pun dia adalah penjual senjata dan barangan harian yang berjaya, cara-cara dia memperoleh keuntungannya sangat meragukan kerana teknik jualannya penuh dengan tipu daya licik dan pujukan manis tapi penuh dengan racun berbisa.
Sungguh pun begitu, dia tidak mendiskriminasi pelanggan dia, baik dari kelas atas atau bawah Planet Ata Ta Tiga. Bagi Bago Go, asalkan duit masuk dan boleh memperoleh keuntungan, dia akan melayan pelanggannya sehingga mendapatkan keuntungan maksimum.

Rupa

Bago Go memiliki tampilan yang hampir sama dengan saudaranya tetapi ton warna kulitnya agak gelap dibandingkan dengan saudaranya. Dia memiliki kumis kumis yang sangat tebal. Dia juga memakai jaket merah berkolar kuning dengan dasi bergaris merah putih.

Personaliti

Sebagai penjual, Bago Go selalu memujuk habis-habisan sehingga pelanggan diyakinkan untuk membeli apa yang ditawarkannya. Dengan harga-harga barang jualannya yang mahal, diskaun yang sedikit dan pendekatannya yang licik, memang tidak salah menggelarnya "Pisau Cukur Berbilah Dua". Dia tidak peduli pelanggan atau sebenarnya mangsa tipu dayanya mahu pun abang-abangnya sendiri, dia juga menggelar mereka dengan panggilan "bang".

Trivia

  • Bago Go mempunyai misai yang amat tebal.
  • Berdasarkan buku katalog Bago Go, kapal Adu Du dinamakannya sebagai "Kapal Sampah A80".

No comments:

Post a Comment