Tuesday, June 28, 2016

Makcik Kantin


Makcik Kantin
Watak BoBoiBoy
Vlcsnap-2012-07-15-16h54m17s64.png
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 3"
Pelakon
suara
Ezdiani Ahmad Fawzi
Makcik Kantin adalah salah seorang penduduk yang menetap di Pulau Rintis. Dia bekerja sebagai pekerja kantin di kantin Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis

Sejarah

Makcik Kantin adalah watak sampingan dalam siri BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya pada Musim 2, Episod 3 sebagai watak kecil dalam babak imbas kembali Fang yang marah akan BoBoiBoy yang mengambil Donut kegemarannya iaitu Donut Lobak Merah di kantin sekolah sebelum Fang menanyakan dia kembali namun habis malah menunjuk Donut Lobak Putih yang membuat Fang marah dan pada Musim 2, Episod 6 sekali lagi muncul dalam dicerita oleh Gopal yang menyatakan misteri biskut Yaya di kantin sekolah dalam babak itu Gopal menceritakan yang Yaya meminta untuk menjual biskutnya sebelum Makcik Kantin dengan selamba menolak jualan biskut Yaya sebelum diugut untuk untuk melaporkan tentang status kebersihan kantinnya sebelum dia gelaba tentang perkara itu dan menerimanya dengan berat hati.Selain itu, apabila Adu Du menggunakan Mikrofon untuk memanggil keluar BoBoiBoy dan rakan-rakanny dia kelihatan terkejut dan menggores mukanya dengan gincu pada Musim 2, Episod 7.
Pada Musim Ke-3 Makcik kantin tetap menjadi watak sampingan yang muncul pada Musim 3, Episod 4 yang tengah kesusahan sebelum Team BuBaDiBaKo membantunya dengan menolong dia dengan menangkap ayamnya tetapi pertengkaran mereka dengan Fang membuat ayamnya dan dia takut lalu masuk kedalam kandang ayam tersebut bersama ayamnya sebelum membayar mereka.Kemudian, Makcik kantin menjadi watak pertama bersama BoBoiBoy muncul pada Musim 3, Episod 7 yang kelihatan meminta tolong dengan BoBoiBoy untuk membina semula reban ayamnya setelah hangus di jilat api yang misteri,Seterusnya, pada Musim 3, Episod 8 sebagai watak kecil apabila kelihatan peluru berpandu yang dilepaskan oleh 5 Panglima Scammer terkena rebannya dan musnah sebelum kelihatan dia pengsan dan BoBoiBoy mengeluh kerana dia perlu membina semula reban itu .Sekali lagi, dia kelihatan menjadi suspek dan mangsa tentang kes kebakaran yang berlaku pada reban ayamnya lalu disiasat oleh Gopal secara melebih-lebih sebelum dihentikan oleh BoBoiBoy ,pada episod Misteri Penjenayah Api.

Rupa

Makcik Kantin adalah seorang wanita yang berbadan gempal dan riak mukanya yang serba putih dan bergincu kerana sering memakai alat solek untuk kelihatan cantik serta memakai penutup kepala seperti Bandana dan kelihatan rambutnya terkeluar dan bergumpal. Dia muncul dengan berpakaian yang sama pada setiap episod dengan baju berwarna merah muda sama warna dengan Bandananya dan biasanya kelihatan memakai apron untuk keselamatan.

Perwatakan

Makcik Kantin selalunya akan bersolek pada setiap hari persekolahan.Dia seorang yang kurang tegas kerana takut akan ugutan Yaya yang ingin melapor tentang status kebersihan kantin sekolah dan seorang yang tidak suka berusaha kerana sering memanggil BoBoiBoy untuk membina reban ayamnya.

No comments:

Post a Comment