Koko Jumbo Watak BoBoiBoy | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musim 3, Episod 3" | ||||||||||||||||
Penampilan terakhir | "Musim 3, Episod 6" | ||||||||||||||||
Pelakon suara | Nizam Razak | ||||||||||||||||
|
Koko Jumbo merupakan makhluk raksasa ciptaan Adu Du.
Sejarah
Pada asalnya, ia dicipta untuk membantu tuannya merompak kedai koko Tok Aba demi koko pada Musim 3, Episod 3, tetapi rompakan tidak menjadi dan akhirnya Koko Jumbo disisihkan setelah Adu Du akur untuk membeli sahaja koko itu.
Setelah itu, Koko Jumbo menanggung derita dengan merempat sambil menyimpan dendam yang meruap-ruap terhadap penciptanya hingga belajar menjadi tabah, berdikari dan berikhtiar hidup dengan memburu makanan sendiri. Akhirnya dalam Musim 3, Episod 5, ia menjadi besar gergasi lalu mengancam kilang coklat Pulau Rintis.
Adu Du berganding bahu dengan BoBoiBoy dan Gopal untuk menghadapi ciptaan sendiri yang kini menjadi musuh. Maka Koko Jumbo bersaing sengit dengan mereka bertiga hingga hampir menang, tetapi akhirnya dipatahkan oleh Probe.
Kuasa & Kebolehan
- Pertambahan Saiz: Koko jumbo mulanya sebiji Koko yang bersaiz kecil dan memerlukannya memakan Koko untuk menjadi besar sehingga krtinggian sebuah bangunan.
- Ketahanan: Koko Jumbo mempunyai badan koko yang keras dan berfungsi sebagai perisai serta dapat menahan serangan fizikal mahupun serangan yang berasaskan tenaga.
- Kekuatan: Koko Jumbo mempunyai kekuatan fizikal yang banyak sehingga mampu melontar batu gergasi sehingga berbatu-batu jauhnya.
Rupa
Rupa bentuk Koko Jumbo pada asasnya merupakan sebiji buah koko dengan muka, lengan dan kaki. Ketika mula-mula dicipta, Koko Jumbo sekecil tikus dan oleh itu mustahil dapat menggerunkan sesiapa, hinggakan ia diberi jolokan "Koko Jambu" oleh BoBoiBoy. Akan tetapi dalam masa ia merempat, ia membesar dengan memakan benda sembarangan (termasuk haiwan) hinggalah ia menjadi besar gergasi dan cukup menggerunkan seluruh bandar, tetapi selain itu mengekalkan bentuk badan asalnya. Pada saiz paling besar yang diperlihatkan di Musim 3, Episod 5, Koko Jumbo turut ketumbuhan urat-urat merah pada badannya.
Perwatakan
Sejak mula dicipta lagi, bengis merupakan perwatakan utama Koko Jumbo, cuma kebengisan itu hanya menjadi apabila ia menjadi besar gergasi. Malah, ia tidak menyayangi nyawa makhluk lain, baik memakan haiwan lain mahupun mengancam manusia di bandar. Tambahan lagi, setelah dibuang oleh Adu Du, ia menaruh dendam yang kian hari kian bertambah terhadap penciptanya, maka ia berhasrat untuk menghapuskan Adu Du dan sekutu-sekutunya sekali.
Akan tetapi, Koko Jumbo ada satu kelemahan iaitu mudah terpedaya, apabila Adu Du menyamar sebagai pelancong asing untuk melengahkannya sementara BoBoiBoy dan Gopal menyelamatkan anak kilang, malah disuruh undur berulang-kali hingga ia terjatuh dalam gaung. Namun, ia cepat belajar dari kesilapan dan tangkas membaca langkah musuh setelah membesar semula ke peringkat akhirnya.
No comments:
Post a Comment