Tuesday, June 28, 2016

Ibu Bu

Ibu Bu
Watak BoBoiBoy
Ibu Bu.png
Ibu Bu dalam Ketibaan Ibu Adu Du
Penampilan
sulung
"Ketibaan Ibu Adu Du"
Pelakon
suara
Nadia Nazir
Ibu Bu adalah watak antagonis di episod Ketibaan Ibu Adu Du. Yang cuba membalas dendam terhadap BoBoiBoy yang merubah sifat jahat anaknya iaitu Adu Du menjadi baik.

Sejarah

Ibu Bu melakukan kemunculan sulungnya pada episod Ketibaan Ibu Adu Du yang dimulakan dengan beliau sedang melawat anaknya Adu Du dan mula mencarut dan mengutuk tentang tempat tinggal Adu Du yang kotor lagi semak sehinggakan membandingkan dia dengan anak pertamanya yang kaya dan membela dinosaur,zirafah dan gorila sedangkan Adu Du membela kambing dia juga teruja dengan rancangan Adu Du untuk mencuri koko namun racangannya gagal mengakibatkan Ibu BU sensitif dan marah apabila dia sudah menjadi baik angkara BoBoiBoy lalu pergi ke Tok Aba KoKotiam untuk memarahinya,sesudah kedatangan BoBoiBoy dan rakan-rakannya lalu dia dengan semangat berkobar-kobar berlawan dengan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dan berjaya akhirnya dia megeluarkan bom tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Gempa yang mengakibatkan Ibu Bu cedera namun hanya sandiwaranya semata-mata.
Ibu Bu sekali lagi muncul pada episod Adu Du Kembali Jahat kelihatan berpura-pura dalam keadaan yang kesakitan sehinggakan dia berkata tak lama lagi tetapi ungkapan itu dia gunakan untuk di balik serta meninggalkan dua buah hadiah iaitu Jajabear.Selepas itu dia muncul dalam prosese imbas kembali Adu Du yang memberikan hadiah keduanya iaitu Kad Kredit Kejahatan bertaraf Plutonium untuk kemudahannya.Dan akhirnya memujuk Bago Go yang marah dengan Adu Du untuk bersetuju membeli senjata sebelum balik.

Senjata

Ibu Bu mempunyai banyak siri senjata yang digunakan daripada barang kosmetik:
  • Pistol Gincu Laser: Ibu Bu menukarkan gincu miliknya menjadi pistol mini yang menembak peluru laser memberinya kebolehan menyerang musuh dari jarak yang jauh.
  • Serangan Gincu Laser: Ibu Bu menukarkan gincu miliknya menjadi pedang cahaya yang kuat setanding Pedang Halilintar dan apabila terkena musuh akan meninggalkan kesan coretan yang merenjat musuhnya dengan renjatan elektrik.
  • Kasut Roket: Ibu Bu menukarkan kasut tumit tinggi miliknya menjadi booster roket yang membolehkannya mengejar musuh di atas langit.
  • Rantai Emas 18 Karat: Ibu Bu menggunakan rantai emas miliknya yang bertindak sebagai cemeti untuk menyerang musuh.
  • Gelang Perangkap: Ibu Bu melancarkan gelang miliknya ke arah musuh yang akan memerangkap mereka di bahagian badan sehinggakan musuhnya tidak mampu untuk bergerak lagi.
  • Cold Pad-Powder Pemening: Ibu Bu menggunakan Cold-Pad Powder miliknya dan mula untuk membebaskan debunya yang mengakibatkan musuhnya berasa pening apabila menghidunya.
  • Perfume Pembusuk: Ibu Bu menggunakan Perfume miliknya dan mula menyembur musuhnya dengan bauan tersebut sehingga musuhnya dikerumuni mahluk perosak seperti Tikus dan Lipas.
  • Kit Solekan Bom: Ibu bu menggunakan alat solek miliknya dan menukarkannya kepada Bom Jangka yang akan meletup dalam masa 10 saat apabila diaktifkan.

Rupa

Ibu Bu merupakan makhluk Ata Tatiga yang sama dengan Adu Du dengan kepala yang berbentuk kubus dan mempunyai sesunggut yang mempunyai kubus kecil di hujungnya yang berfungsi sebagai telinga.Dia memakai cermin mata yang berbingkai ungu dan berambut kerinting berwarna merah serta memakai gincu yang nipis dan bertahi lalat yang terletak di bawah mulutnya.Cara pemakaiannya dengan mengenakan baju blaus berwarna ungu muda lengkap perhiasan rantai emas dan bertali pinggang dan memakai seluar berwarna kuning serta memaki kasut tumit tinggi.

No comments:

Post a Comment