Friday, June 24, 2016

Yaya

Yaya ialah salah seorang daripada kawan BoBoiBoy yang juga mendapat kuasa daripada Ochobot. Dia boleh memanipulasi graviti. Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.

Latar Belakang

Yaya adalah orang pertama yang BoBoiBoy jumpa di Pulau Rintis.
Yaya seorang yang sangat peramah dan kelihatan lemah-lembut dari luaran, tetapi sebenarnya dia sangat garang dan cepat naik marah.
Yaya memiliki kuasa super kuat dari am kuasa; dia boleh mengangkat benda-benda berat termasuk gajah! Yaya juga boleh terbang.
Dengan kuasa-kuasa yang dia ada ni, tiada siapa yang boleh kalahkan Yaya!
Tetapi sebenarnya, Yaya mempunyai satu lagi kuasa yang paling bahaya... biskut Yaya!

Kuasa

Yaya mempunyai Jam Kuasa yang mampu untuk memanipulasi graviti yang diberikan oleh Ochobot. Yaya mampu untuk memanipulasi dan mengawal graviti sesuatu objek dalam lingkungan diameter 50 meter.
  • Kuasa Terbang dan Super Kuat: Yaya mengurangkan daya tarikan graviti dengan kuasa manipulasi graviti untuk membuatkannya terbang dan menjadi super kuat.
  • Kelajuan Super Sonic: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju. (Digunakan apabila terbang sahaja).
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskan kuasa gravitinya dengan menumbuk musuhnya.
  • Tumbukan Super Padu: Kuasa Tumbukan Padu yang dua kali ganda lebih kuat dan lebih laju. (Lebih padu jika digunakan semasa geram atau marah).
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang objek dengan lebih kuat dan laju.
  • Cakaran Laju: Yaya menumpukan kuasa graviti pada setiap jarinya untuk menyerang musuh dengan cakaran yang lebih berkesan.
  • Kuasa Manipulasi Graviti: Menumpukan kuasa graviti pada satu tempat dengan menambahkan kuasa graviti untuk membuatnya berat atau mengurangkan kuasa graviti untuk menjadikannya ringan pada diameter 50 meter.
  • Kuasa Pemberat Graviti: Yaya menggunakan kuasa graviti untuk menjadikan objek lebih berat dengan kuasa Manipulasi Graviti.
  • Bola Graviti : Yaya menghasilkan sfera graviti yang membolehkannya mengurung musuhnya dalam sfera tersebut dan memanipulasikannya samada meringankannya mahupun memberatkannya bagi menyeksa musuh.Teknik ini tak akan batal selagi Yaya tidak membatalkannya.
  • Tumbukan SuperSonik: Yaya menyerang musuh dengan kekuatan graviti yang melebihi kuasa serangan tumbukan padu.
  • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya membelengu badan musuhnya dengan kuasa graviti dan menggunakannya untuk mengangkat musuh yang lebih berat daripadanya.
  • Tumbukan Bertubi-Tubi:Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangan lalu di tumbuk musuhnya secara bertubi-tubi:Teknik ini membuat kemunculannya dalam BoBoiBoy The Movie.
  • Mampatan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot.Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu diangkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan Maksimun ke arah tanah.Teknik ini membuat kemunculannya dalam BoBoiBoy The Movie.

Serangan Kombo

Bersama dengan Ying:

  • Gerakan Kombo Y & Y:Gerakan kombo bersama Ying yang dimulakan oleh Yaya menggunakan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu dan diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
  • Gerakan Kombo Y & Y (#2): Gerakan kombo bersama Ying yang dimulakan oleh Ying memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju. Muncul dalam Musim 3, Episod 22 bagi mengalahkan Raksasa Perisai.

Rupa

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.
Pada musim kedua, gayanya masih sama namun kini dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak menyebabkan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.
Pada musim ketiga, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim kedua.
Mengikut konsep asal watak ini, Yaya kelihatan tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah pekat (maroon) dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya pada musim pertama.

Personaliti

Yaya adalah seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap di makan. Walau pun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.
Sebagai ketua darjah di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, walau pun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Trivia

  • Yaya suka eksperimen dengan macam-macam resepi biskut, tapi dia tak pernah merasa biskutnya sendiri.
  • Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Yaya merupakan ketua darjah 5 Jujur.
  • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube (bukan Disney Channel), nama Yaya ditukar kepada "Hanna".
Yaya
Watak BoBoiBoy
Yayayah.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 1"
Pelakon
suara
Sarah Alisya Zainal Rashid(Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment