Monday, June 27, 2016

BoBoiBot

BoBoiBot
Watak BoBoiBoy
BoBoiBot 2.0.png
Penampilan
sulung
"Robot Pango & Raksasa Bawang"
Penampilan
terakhir
"Bangkit BoBoiBoy Air"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz & Anas Abdul Aziz (Bahasa Malaysia)
BoBoiBot merupakan sebuah robot yang dicipta oleh Adu Du dan mirip dengan BoBoiBoy. Dia muncul buat pertama kalinya padaMusim 3, Episod 14 dan berlawan dengan BoBoiBoy pada Musim 3, Episod 17 serta rosak pada Musim 3, Episod 20.

Latar Belakang

BoBoiBot adalah sebuah robot yang dicipta oleh Adu Du untuk membuktikan yang BoBoiBoy tidak lagi relevan. BoBoiBot dapat membantu orang lain dengan lebih cepat, tangkas dan hebat berbanding BoBoiBoy.

Pada Musim 3, Episod 14, Probe telah mengambil serpihan Pedang Halilintar, cebisan hoverboard dan sampel tanah gempa. Kemudian, Adu Du pula mendapatkan cap jari BoBoiBoy, rambut BoBoiBoy dan air mata BoBoiBoy untuk memasukkan ke dalam BoBoiBot.

Dengan kehebatan BoBoiBot ini, Adu Du amat berharap supaya warga Pulau Rintis menyokong BoBoiBot dan menjatuhkan BoBoiBoy untuk menjadi seorang superhero yang sejati.
Tetapi, BoBoiBot telah menyalahgunakan kuasanya yang hebat. Dia telah memeras ugut semua penduduk di Pulau Rintis untuk membayar khidmat superheronya.
Akhirnya, BoBoiBot telah rosak dan kalah pada episod Musim 3, Episod 20 apabila BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Air pada Musim 3, Episod 19 dan berlawan dengannya.

Kuasa

BoBoiBot dapat mengawal lima elemen dan berpecah menjadi tiga setelah Adu Du memasukkan sampel-sampel kuasa BoBoiBoy. Apabila dilihat pada Musim 3, Episod 17, kuasanya memang lebih hebat berbanding dengan kuasa BoBoiBoy.

Kelemahan

Kelemahan BoBoiBot adalah kelemahan asas sebuah robot iaitu air. Air adalah satu elemen yang boleh merosakkan bahan elektrik atau pun minyak seperti bahan robotik yang sama seperti BoBoiBot. Oleh itu, Adu Du sentiasa berhati-hati agar BoBoiBot tidak terkena air dan menyebabkannya rosak kerana jika BoBoiBot rosak, rancangannya juga pasti akan rosak.

Rupa

BoBoiBot mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy, tetapi dia tidak memakai pakaian. Besi yang terletak pada badannya berwarna jingga kemerah-merahan. BoBoiBot mempunyai dua antena kecil di atas bulu keningnya untuk berinteraksi dengan Adu Du dan kesemua bahagian yang boleh bergerak mempunyai besi robotik. Mata BoBoiBot berbentuk bulat dan berwarna kelabu manakala hidungnya pula berwarna kuning. Mulutnya sama seperti mulut robot.

Kemunculan BoBoiBot

Musim 3

Trivia

  • Walaupun semua kuasa BoBoiBot sama dengan BoBoiBoy, tetapi kuasanya lebih kuat jika ingin dibandingkan dengan kuasa BoBoiBoy.
  • Setiap kali BoBoiBot ingin menyerang, dia akan menambah nombor "2.0". Ini membuktikan bahawa versi kuasanya lebih baru.
  • Kelemahan BoBoiBot adalah air seperti yang dinyatakan oleh Probe pada Musim 3, Episod 18.

No comments:

Post a Comment