Monday, June 27, 2016

Bora Ra


Bora Ra
Watak BoBoiBoy
Bora Ra.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Azman Zulkiply (Bahasa Melayu)
Bora Ra merupakan alien yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga. Beliau merupakan Pemburu Sfera Kuasa yang terhebat dan juga ketua kepada pasukan Tengkotak. Beliau telah membuat kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie.

Latar Belakang

Pada mulanya, Bora Ra hanya memburu sebuah Sfera Kuasa Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang berada di galaksi yang jauh. Namun, hasratnya gagal apabila Klamkabot menggunakan sisa tenaganya yang ada iaitu Kuasa Teleportasi lalu melarikan diri ke Bumi. Oleh itu, bersama dengan pasukan Tengkotak, mereka bergegas bertolak ke Bumi dan telah mendapat isyarat Sfera Kuasa yang lain, iaitu Ochobot yang disangkakan isyarat Klamkabot. Oleh itu, Bora Ra mengarahkan supaya kapal angkasanya bertolak ke Bumi dengan cepat. Beliau telah bersua muka dengan BoBoiBoy buat pertama kalinya dan beliau telah berjaya menangkap Ochobot lalu meninggalkan BoBoiBoy yang berasa serba salah dan terus menjejaki Klamkabot untuk mendapatkan Kuasa Teleportasi. Walaupun telah berjaya menangkap Klamkabot, namun Kuasa Teleportasinya tidak ada padanya dan mengetahui yang kuasa tersebut sudah ada pada Ochobot lalu mengugut BoBoiBoy untuk menyerahkan Ochobot atau mereka akan cederakan Adu DuProbe dan Papa Zola yang dijadikan tawanan. Dan akhirnya, BoBoiBoy akur dan menyerahkan Ochobot seperti yang dirancang, namun rancangan tersebut gagal dan Bora Ra mendapat Kuasa Teleportasi lantas terus berlawan dengan BoBoiBoy. Dan akhirnya, pertembungan BoBoiBoy dengannya menjadi perlawanan yang sengit setelah BoBoiBoy telah mendapat tenaga terakhir daripada Ochobot. Akhirnya, BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan berjaya mengalahkannya.

Kuasa

Bora Ra mempunyai jam kuasa dan kuasanya yang amat unik, iaitu Kuasa Lohong Hitam yang memberikan kuasa kepada pemakai untuk menjelmakan Lohong Hitam untuk menyedut tenaga musuh.
  • Kuasa Lohong Hitam: Menghasilkan tenaga magnetik di tangannya lalu melontarkan tenaga itu di atas tanah yang kemudiannya membesar sebagai kuasa sedutan. Bercampur dengan kuasa magnetik tersebut membolehkan Lohong Hitam ini menyedut seseorang terus ke pusatnya. Kemunculan teknik ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Sedutan Lohong Hitam: Teknik pertahanan yang dimulakan dengan menghasilkan Penyedut Lohong Hitam di tangan si pemakai lalu menyedut musuhnya ke dalam Lohong Hitam atau mempertahankan diri daripada serangan musuh dengan menyedut tenaga mereka. Kemunculan teknik ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Mampatan Lohong Hitam: Menghasilkan tenaga Lohong Hitam di tangan si pemakai, kemudian dilontar ke arah musuh dan memampat serta menghancurkan badan musuhnya. Kemunculan teknik ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Lohong Hitam Gargantuan: Menghasilkan sebuah Lohong Hitam di langit lalu menghantar tenaga kepadanya dan membesar menjadi Lohong Hitam Gergasi yang digunakan untuk menyedut musuhnya. Kemunculan teknik ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
Selain mempunyai Kuasa Lohong Hitam, Bora Ra juga mempunyai Kuasa Teleportasi yang diambil daripada Ochobot sebagai kuasa keduanya yang membolehkannya untuk pergi ke suatu tempat dalam jangka masa yang singkat.
  • Kuasa Teleportasi: Bora Ra menggunakan jam kuasanya untuk pergi ke tempat yang lebih jauh dalam masa yang singkat, namun beliau memerlukan koordinat yang betul jika menginginkan Kuasa Teleportasinya berjaya. Selain itu, beliau juga boleh menggunakannya untuk bergerak dalam sekelip mata dalam jarak yang dekat bagi menyerang musuhnya mahupun mengelak serangan musuhnya.

Rupa

Bora Ra tidak seperti alien berkepala kotak yang lain, kulitnya berwarna merah dan mempunyai sesungut di atas kepalanya di mana salah satunya telah hilang. Beliau merupakan alien yang sangat tinggi, malah lebih tinggi daripada Ejo Jo. Beliau memakai sut berwarna hitam keunguan. Apabila dalam mod bertempur, Bora Ra akan menyeru baju perisainya yang berwarna hitam keunguan dan dilengkapi tongkat bagi menyeru Kuasa Lohong Hitam tanpa menjelmakan daripada tangannya.

Perwatakan

Walaupun dengan penampilan asingnya, Bora Ra sebenarnya adalah amat peramah, malahan suka menunjukkan koleksi Sfera Kuasa yang dijumpainya kepada tetamu dia. Walaupun begitu, beliau amatlah tamak dan mementingkan diri sendiri dan tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan jika tidak mendapat apa yang dia mahukan.

Trivia

  • Bora Ra tidak seperti alien lain, kulitnya berwarna merah.
  • Beliau merupakan ketua pasukan Tengkotak.

No comments:

Post a Comment