Friday, June 24, 2016

BoBoiBoy Blaze

BoBoiBoy Blaze ialah tingkatan kuasa bagi BoBoiBoy Api. Dia boleh memanipulasi elemen Blaze.

Latar Belakang

BoBoiBoy Blaze membuat kemunculan pertamanya dalam filemBoBoiBoy: The Movie apabila Ochobot memberi tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy termasuk FangGopalYaya, danYing. BoBoiBoy bertukar dalam keadaan yang sangat marah apabila melihat keadaan Ochobot yang teruk dimusnahkan olehBora Ra dan terus menjelmakan Cakera Api dan terus bertarung dengan Bora Ra sebelum bertukar menjadi BoBoiBoy Ais.

Kuasa

  • Cakera Berapi: Senjata utama bagi BoBoiBoy Blaze yang menghasilkan Cakera Berapi lalu menyerang musuhnya dari jarak yang dekat atau jauh.
  • Tumbukan Tinju Berapi: BoBoiBoy Blaze menukarkan tangannya menjadi api dan kemudian membentuk tumbukan api bagi menyerang musuhnya dari jarak yang jauh.
  • Meteor Berapi: BoBoiBoy Blaze mengumpulkan sepenuh tenaganya yang kemudian menjelmakan meteor gergasi di langit daripada kuasa apinya yang kemudian menghancurkan musuhnya di tempat pendaratan.
  • Sedutan Berapi: BoBoiBoy Blaze menghembuskan nafas daripada mulutnya yang boleh mengeluarkan api bagi menyerang musuhnya.

Serangan Kombo

Bersama BoBoiBoy Ais

  • Serangan Berkembar Blaze dan Ais: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Ais dengan menghasilkan Tolakan Bongkah Ais yang diiringi dengan Meteor Berapi untuk menyerang Bora Ra.

Perwatakan

BoBoiBoy Blaze tidak banyak berubah daripada perwatakan BoBoiBoy Api iaitu sifat panas barannya.

Rupa

BoBoiBoy Blaze mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Api tetapi warna jaketnya berubah menjadi merah terang yang dicampuri dengak corak api dan garisan yang berwarna jingga. Topinya berwarna hitam dan bercampur dengan corak api yang berwarna merah terang dan putih serta menunjukkan lambang api. BoBoiBoy Blaze mengenakan seluar berwarna hitam yang dihiasi dengan corak api yang berwarna merah, putih dan jingga dan berkasut hitam dengan campuran sedikit warna merah. Iris matanya tetap sama dengan BoBoiBoy Api.

Kemunculan BoBoiBoy Blaze

  • BoBoiBoy: The Movie
BoBoiBoy Blaze
Watak BoBoiBoy
BBB Blaze 05 FX.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment