Robot Perisai Tempur Angkasa I Watak BoBoiBoy | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musim 2, Episod 12" | ||||||||||
Penampilan terakhir | "Musim 3, Episod 6 (imbas kembali)" | ||||||||||
|
Robot Perisai Tempur Angkasa I, juga dikenali dengan singkatan Robot P.E.T.A.I. atau Robot Tempur, merupakan robot tempur milik Ejo Jo. Walaupun sejenis dengan Probe, namun ia jauh lebih kuat dan berkebolehan jika dibandingkan dengan Super Probe sekalipun.
Sejarah
Robot Perisai Tempur Angkasa I ataupun PETAI membuat kemunculan sulung pada Musim 2, Episod 12 setelah di minta oleh Ejo Jo untuk menurunkan Robot Tempur ini untuk menyerang BoBoiBoy dan rakan-rakannya di Sekolah Rendah Pulau Rintis, seterusnya merampas bola kuasa milik mereka dan menguasai koko.Sebelum melaksanakan impian Ejo Jo, Robot Tempurnya mesti berlawan dengan Probe sehinggakan megakibatkan kematiannya. Kemudian menyerang Adu Du tetapi di bantu oleh BoBoiBoy sehinggakan PETAI menggunakan Serangan Laser Pemusnah untuk menyerang balas. Setelah mengetahui keberadaan Ochobot didedahkan, Ejo Jo menyuruh PETAI untuk menangkap Ochobot yang ada di kedai Tok Aba, Dia menggunakan gerudi untuk menangkap Ochobot tetapi diselamatkan oleh Fang. PETAI kemudiannya menyerang kawasan sekolah dengan menghasilkan beberapa terowong untuk menjadikan struktur sekolah tidak selamat dan akhirnya PETAI dapat menangkap rakan-rakan BoBoiBoy untuk dijadikan tawanan.
Pada Musim 2, Episod 13 Robot PETAI sekali lagi digunakan oleh Ejo Jo setelah mengetahui keberadaan sebenar BoBoiBoy dan berusaha untuk mengalahkannya, Namun semasa Robot PETAI dilepaskan ke bumi, dia telah di kurung dengan teknik BoBoiBoy iaitu Bukaan Tanah untuk mengurungnya.Tetapi dia dapat melepaskan diri dan harus berlawan dengan Giga milik BoBoiBoy Gempa dan jurus Gerudi Taufan milik BoBoiBoy Taufan serta Hujan Halilintar milik BoBoiBoy Halilintar namun tidak berkesan. Perisai PETAI sekali lagi diuji dengan Serangan Kombo diantara BoBoiBoy Halilintar, Gempa dan Taufan namun perisainya tampak lebih kuat dan mampu membaiki dengan sendiri.Walaubagaimanapun, Perisai PETAI tampak tidak setanding dengan gigitan Naga Bayang yang mnyebabkannya musnah serta tampak terlihat kor milik PETAI fi atas tanah yang mengakhiri kemunculannya.
Akan tetapi kemunculannya pada episod Khidmat Wak Baga Ga hanya sebahagian mimpi buruk Probe.
Kemudian, Robot PETAI sekali lagi muncul dalam Musim 3, Episod 24 yang menyaksikan kebangkitan Ejo Jo dengan lima Robot PerisaiTempur namun semuanya sekali gus dihancurkan oleh Lahap yang menyerang balik serangan laser milik PETAI.
Rupa
Badan robot P.E.T.A.I. yang serba biru tua dan kelabu dilengkapi dengan puluhan laras senjata yang menembakkan pelbagai jenis objek pemusnah, baik peluru mahupun pancaran laser. Wajahnya mirip Probe dengan mata merah dan gigi menonjol, cuma jauh lebih menggerunkan.
Berbeza dengan Probe, P.E.T.A.I. tidak boleh bercakap dan tidak mempunyai akal dan perasaan, maka ia patuh pada arahan tuannya tanpa sebarang rasa ragu-ragu. P.E.T.A.I telah berjaya dikalahkan oleh naga bayang milik Fang.
Senjata
Robot Perisai Tempur Angkasa I (P.E.T.A.I.) mempunyai beberapa laras meriam di belakangnya untuk menyerang musuh daripada jauh dan mempunyai berpuluh-puluh roket dalam badannya.
- Serangan Laser Pemusnah: P.E.T.A.I. menggunakan keempat-empat muncung meriam untuk menyerang musuh daripad jauh menggunakan laser pemusnahnya.
- Perisai: Perisai yang berwarna ungu kecerahan dan berbentuk sfera yang melindugi P.E.T.A.I. daripada serangan musuh.Perisai P.E.T.A.I. mampu membaik pulih dengan sendiri pada jangka masa yang pendek.
- Gerudi: P.E.T.A.I. menukarkan tangannya menjadi gerudi lalu menghasilkan terowong di tanah yang bertujuan untuk melarikan diri ataupun menyerang hendap daripada bawah.
- Pelancar Roket: P.E.T.A.I. melancarkan beberapa siri roket pemusnah yang dilancarkan daripada pelancar yang terletak pada bahunya kearah musuhnya.
- Terbang: P.E.T.A.I. mampu terbang dengan laju.
No comments:
Post a Comment