Tiga Rob Watak BoBoiBoy | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Adakah perompak merayu untuk merompak bank? | |||||||||||
Penampilan sulung | "Rompakan Rob, Robert & Roberto" | ||||||||||
Pelakon suara | Muhammad Anas Abdul Aziz | ||||||||||
|
Tiga Rob, iaitu Rob, Robert dan Roberto adalah sekumpulan perompak yang terkenal di Pulau Rintis. Mereka sering merompak dan belanja duit itu selepas 2 bulan.
Rupa
Rob
Rob merupakan ahli yang ketiga dalam kumpulan Tiga Rob. DIa seorang yang gemuk, besar. Dia memakai topeng ala-ala topeng ski yang hanya menutupi hidung dan seluruh kepala ( tidak termasuk mata dan mulutnya ). Dia memakai baju berwarna biru tua dan berseluar berwarna hitam serta memakai sarung tangan berwarna hitam.
Robert
Robert merupakan ahli yang kedua dan satu-satunya yang tinggi lampai dalam kumpulan Tiga Rob dan dia memakai topi yang seperti pencuri dan menutupi matanya dengan penutup mata yang ala-ala penutup mata superhero serta berpakaian berbaju kuning kecerahan dan berlengan panjang, berseluar perang dan memakai sarung tangan berwarna perang.
Roberto Santana
Roberto Santana merupakan ketua di pasukan 3 Rob. Dia memakai dalam baju berwarna merah dan vest dan topi berwarna coklat. Dia memakai sarung tangan dan seluar berwarna kelabu tua. Dia memakai topeng muka yang pendek. Dia juga memakai kasut berwarna coklat.
Sejarah
Kemunculan pertama mereka adalah dalam episod "Rompakan Rob, Robert & Roberto" di musim ketiga apabila mereka merancang untuk mencuri meter letak kereta, tetapi disebabkan gangguan polis mereka beralih kepada merompak bank. Mereka tewas kepada kelicikan BoBoiBoy lalu tertangkap oleh polis.
Kemudian di episod "Robot Pango & Raksasa Bawang", mereka dibantu untuk keluar dari penjara oleh Adu Duyang kembali jahat lalu dikurnyai dengan senjata Robot Pango untuk menentang BoBoiBoy dan kawan-kawan dengan berpakat dengan Raksasa Bawang untuk menjadi "Kumpulan Gerombolan Kejahatan".Sementara itu mereka sekali lagi muncul sebagai watak kecil dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai Geng Pencuri Dobi yang menyebabkan berlakunya aksi kejar mengejar antara polis dan perompak namun niat mereka gagal apabila diberkas oleh BoBoiBoy dan pihak polis yang lain.
Perwatakan
Rob
Rob seorang yang lembab membuat kerjanya. Dia seorang yang berada di tahap terakhir di dalam kumpulan 3 Rob. Dia susah menjalankan tugasnya dan sering ketakutan. Dan memang sudah jelas dan terang dia juga suka makan. Walapun bosan dengan makanan itu tetapi asalkan ianya sedap.
Robert
Seorang yang senang menjalankan tugas. Dia sentiasa menumpu perhatian dan mengikut arahan dengan cekap. Tetapi, walaupun bergitu, dia seorang yang sedikit lurus bendul. Dia juga seorang yang selalu tidak ada idea.
Roberto Santana
Ketua di dalam kumpulan 3 Rob. Seorang yang selalu menyangkakan ideanya sahaja yang hebat. Dia juga seorang yang garang dan selalu memarahi orang yang tidak menumpu perhatian, berbuat silap atau membantah ideanya. Dia juga dikenali sebagai sumber idea di kumpulan 3 Rob
Trivia
- 3 Rob adalah kumpulan perompak terkenal di Pulau Rintis.
- 3 Rob mempunyai tempat persembunyian mereka sendiri.
- Tagline Robert :" Alamak boss".
- 3 Rob melarikan diri daripada penjara di atas pertolongan Adudu.
- 3 Rob dikhianati Adudu di dalam Episod 18 Musim 3
- Rob dan Robert bukan nama sebenar tetapi sebenarnya nama code yang diberi oleh Roberto Santana.
- Roberto Santana adalah nama sebenar dia.
No comments:
Post a Comment