Tuesday, June 28, 2016

Robot Pemusnah Mukalakus


Robot Pemusnah Mukalakus
Watak BoBoiBoy
Robot Mukalakus.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 23 & 24"
Robot Pemusnah Mukalakus adalah sebuah mecha pemusnah yang diberi secar percuma oleh Bago Go sebagai hadiah kepada Probe yang telah menggadaikan kapal angkasa Adu Du demi membeli sudip elektrik dalam musim pertama episod 12, dengan alasan Bago Go memberikan Robot Pemusnah ini kerana tiada tenaga yang mampu menghidupkannya, menjelang kemuncak musim pertama siri BoBoiBoy.

Kemunculan

Mukalakus merupakan objek paling kuat yang digunakan oleh pihak musuh dalam musim pertama siri ini. Ia mampu menewaskan lawan dengan mengatasi kuasa-kuasa super lawan itu, seperti lebih pantas daripada Ying dan lebih kuat daripada Yaya. Akan tetapi, ia akhirnya dikalahkan oleh BoBoiBoy yang berpecah menjadi tiga dan masing-masing menggunakan kuasa tertingkat, iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa, khususnya Gempa yang menghasilkan makhluk tanah yang sama kuat dengan Mukalakus.
Adu Du telah membaiki Robot Pemusnah Mukalakus ke versi yang lebih kuat dan menggunakan Robot itu bersatu dengan BoBoiBoy untuk mengalahkan Ejo Jo sekali gus membalas dendam atas kematian Probe yang dikalahkan oleh Robot Ejo Jo.

Kuasa

Walaupun Robot Pemusnah Mukalakus tidak mempunyai kuasa tetapi ia dilengkapi senjata yang cukup berbahaya dan mampu untuk mengalahkan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan dengan sekali gus.
Robot Pemusnah Mukalakus mendapat kuasa dan potensi sebenar apabila mendapat bantuan kuas daripada Bola Kuasa dan menukarkan matanya kepada merah daripada warna asalnya biru.
  • Larian Laju : Roket Booster yang terletak dibelakang Mukalakus membolehkannya untuk bergerak lebih pantas daripada apa pun.
  • Terbang: Roket Booster yang dimilikinya memberi kemampuan untuk ia terbang
  • Tumbukan kerasMukalakus mengenakan serangan tumbukan padu untuk menyerang musuhnya.
  • Tembakan Laser Pemusnah: Mukalakus menyerang musuhnya dengan laser yang kuat yang terletak di dahinya ,impaknya boleh memusnahkan sesuatu kawasan dengan mudah.
  • Pedang Laser Merah: Versi yang besar bagi Pedang Halilintar untuk menahan serangan jarak jauh mahupun menyerang musuh dengan lebih efektif.
  • Kuasa Laser Maksima: Menyerang musuh dengan laser yang dihasilkan oleh tangan Mukalakus dari jarak yang selamat.
  • Tiga Laser Maksima: Kuasa terkuat untuk Robot Pemusnah Mukalakus milik Adu Du yang menggabungkan Tembakan Laser Pemusnah daripada dahinya dan Kuasa Laser Maksima daripada tangan untuk menghasilkan tembakan laser yang kuat.

No comments:

Post a Comment