Monday, June 27, 2016

Adu Du

Adu Du
Watak BoBoiBoy
Adudu.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 1"
Pelakon
suara
Anas Abdul Aziz (Bahasa Melayu)
Adu Du ialah watak antagonis utama siri BoBoiBoy, dan juga musuh ketat BoBoiBoy dan kawan-kawannya pada musim pertama dan kedua. Akan tetapi, pada musim ketiga, dia beransur-ansur menjadi watak baik dan sekutu dengan BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebelum dipujuk semula ke kancah kejahatan di akhir musim tersebut.

Latar Belakang

Adu Du adalah makhluk asing yang datang ke bumi dari Planet Ata Ta Tiga untuk mencari sumber tenaga yang berharga iaitu koko. Malangnya, kerana penggunaan koko begitu kerap dan digunakan untuk hampir kesemua industri dan pengangkutan, koko menjadi jarang dijumpai dan amat ternilai harganya.
Adu Du cepat meradang dan suka menjerit-jerit untuk memberikan arahan kepada pengikut-pengikutnya, dan apabila membuat silap dia tidak pernah mengaku kesilapannya. Walau pun begitu, dia tetap menjaga menjaga kewajipan pekerja dia dan tidak pernah mengasari mereka. Kalau ada pun, kadang-kadang sahaja.
Tetapi, walau pun berkepala kotak dia juga amat bijak. Sebab itulah dia pandai mencipta alat-alat untuk menghapuskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, tetapi selalu disilap pakai oleh Probe.

Rupa

Adu Du dikenali dengan badan hijau dan kepala berbentuk kubus yang mempunyai sepasang sesungut yang berfungsi sebagai telinga dan jauh lebih besar daripada badannya dengan memakai baju jingga berkolar hitam dan berseluar hitam serta berkasut jingga yang menjelaskan taraf pemakaian Adu Du di planet sebagai pengutip bahan sisa mineral.

Personaliti

Musim 1 dan 2

Selaku penjahat utama, Adu Du sememangnya garang, angkuh dan degil. Apabila dihampakan atau pun diumpat oleh konco-konconya, dia tidak ragu-ragu untuk memarahi dan menghukum mereka. Selalunya dia berasa bahawa ideanya lebih bagus daripada yang dicadangkan oleh Probe dan Komputer. Dia juga selalu memukul Probe.
Mengikut perancangan asal, Adu Du merupakan kawan kepada BoBoiBoy dan yang lain, lebih-lebih lagi dengan perwatakan yang mesra.

Musim 3

Dalam peperangan melawan Ejo Jo, Adu Du kekal dengan pendirian mementingkan diri dengan hanya menjanjikan ikatan sementara dengan BoBoiBoy. Akan tetapi setelah perang berakhir, Adu Du dalam pencarian mengumpul dana untuk membeli koko yang cukup untuk menghidupkan semula Probe, dia belajar berbudi bahasa dan bermesra dengan sekutu-sekutu barunya iaitu BoBoiBoy dan kawan-kawannya.
Akan tetapi di hujung musim ini, dia dipujuk oleh Ibu Bu supaya kembali melakukan kejahatan setelah Ibu Bu dicederakan oleh BoBoiBoy ketika pertempuran.Setelah itu dia menjadi Kokomander KoKo dan bergabung dengan Raksasa Bawang dan Robot Pango sebagai bos mereka bagi mendapatkan sampel daripada BoBoiBoy untuk melengkapkan kuasa pada BoBoiBot.Namun sebelum sempat siap dia bertemu dengan BoBoiBoy Api yang jahat dan menyerang mereka. Adu Du mendapat idea baru untuk mendapatkan kuasa api bagi melengkapkan lagi kuasa BoBoiBot dan membongkarkan niat sebenarnya telah kembali ke kancah kejahatan. Walaupun hampir rentung diserang BoBoiBoy Api  namun dia berjaya mendapatkan sampel kuasa Api dan lengkaplah BoBoiBot
Kemudian, Adu Du dan BoBoiBot telah menjadi SuperHero tempatan mengantikan BoBoiBoy apabila setelah mededahkannya dia adalah Penjenayah Api. Oleh itu, Adu Du dan BoBoiBot menyediakan khidmat bantuan SuperHero dengan ikhlas. Namun, ada udang di sebalik batu Adu Du pun membongkar rancangan sebenarnya yang menyediakan khidmat SuperHero dengan bayaran yang beribu.Tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Air yang menyebabkan rancangannya gagal. Lalu mereka pun menjadi SuperJahat Jero Jero bagi melindungi semua penjahat di dunia ini.

Trivia

  • Kapal Angkasa Adu Du merupakan kapal angkasa lama yang amat popular dikalangan peminat kapal angkasa antik. Bagaimana Adu Du mendapatkannya adalah masih misteri.

No comments:

Post a Comment