Monday, June 27, 2016

Klamkabot

Klamkabot
Watak BoBoiBoy
Klamkabot.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Usamah Widiatmoko (Bahasa Malaysia)
Klamkabot merupakan Sfera Kuasa Generasi Pertama, manakalaOchobot merupakan Sfera Kuasa Generasi ke-9. Dia telah melakukan kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie.

Kuasa & Kebolehan

Klamkabot merupakan robot Sfera Kuasa yang mempunyai kuasa dan kebolehan yang unik.
  • Kuasa Teleportasi: Klamkabot mampu membawa dirinya dan objek yang besar seperti Pulau Terapung ke mana sahaja dan merentasi ke hujung galaksi tanpa sebarang masalah. Namun, kuasa ini telah dicuri oleh Bora Ra yang menyebabkan Klamkabot hilang kebolehan tersebut. Kemunculan kuasa ini hanya di BoBoiBoy: The Movie.
  • Pemberian Tenaga: Klamkabot mampu memberikan separuh tenaganya dengan objek ataupun Sfera Kuasa yang lain. Tenaga ini telah membantu Ochobot untuk hidup kembali tetapi mungkin akan menyebabkan Klamkabot sudah tidak mempunyai tenaga terus. Kemunculan teknik ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.

Rupa

Pada awalnya, Klamkabot hanyalah sebuah Sfera Kuasa biasa yang berwarna merah. Tetapi, apabila dia berubah, dia hampir menyamai dengan seekor labah-labah yang berwarna merah dengan mempunyai enam kaki dengan iris matanya yang berwarna kuning terang.

Perwatakan

Klamkabot merupakan sebuah robot Sfera Kuasa yang agak serius dan tidak pernah ceria dengan sesiapa pun. Dia tidak pernah tersenyum mahupun tersengih, dia sentiasa serius apatah lagi jika bercakap tentang Pasukan Tengkotak dan Kuasa Teleportasi. Oleh itu, dia sentiasa berhati-hati agar kuasa ini tidak jatuh ke tangan orang jahat.

Kemunculan Klamkabot

  • BoBoiBoy: The Movie

Trivia

  • Nama "Klamkabot" mungkin diambil daripada perkataan "kelam-kabut", sesuai dengan perangainya yang sentiasa kelam-kabut.
  • Pada Majalah Komik BoBoiBoy isu yang ke-14, kulitnya menampilkan gambar Klamkabot dengan BoBoiBoy yang memegang kuasa api. Juga terdapat A3 Poster Sfera Kuasa percuma dari dalam komik ini.

No comments:

Post a Comment