Wednesday, June 29, 2016

Raksasa Tidur

Raksasa Tidur
Watak BoBoiBoy
Char raksasa tidur.jpg
Penampilan
sulung
"Episod 13"
Pelakon
suara
Muhammad Anas Abdul Aziz

Raksasa Tidur a.k.a. Raksasa T. ialah seekor makhluk jahat yang boleh menyebabkan musuhnya tidur dengan pelbagai jurus. Ia merupakan salah satu musuh Papa Zola di alam cereka dan juga alam nyata.
Setelah diheret ke alam nyata, ia menjadi makhluk suruhan Adu Du untuk menewaskan BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi akhirnya kalah dalam pertarungan antara ia dan BoBoiBoy.

Sejarah

Raksasa merupakan watak dalam Tv siri Papa Zola yang berasal daripada angkasa lepas.Dia menjadi watak sampingan pada Musim 1, Episod 13 & 14 dalam sebuah rancangan TV yang dia sedang berlawan dengan musuh ketatnya di tengah kota Kuala Lumpur sebelum ditutup oleh BoBoiBoy.
Pada Musim 1, Episod 15 & 16 dia membuat kemunculan sulungnya di dalam kapal angkasa Adu Du setelah diserap keluar oleh Komputer. Kemudian Raksasa Tidur menjadi geng Adu Du setelah mensahihkan keperkasaan Adu Du yang sebenarnya ditipu oleh Probe . Dia bersama Adu Du dan Probe menyerang hendap BoBoiBoy dan rakan-rakannya di kediaman Tok Aba sebelum Raksasa Tidur membawa mereka ke dunia mimpi.Di Dunia mimpi, dirinya dan Papa Zola menjadi besar dan di cabar oleh geng BoBoiBoy untuk berlawan dalam permainan dam haji, Raksasa Tidur terima dengan rela hati.
Pada Musim 1, Episod 17 & 18 dia kelihatan sedang bermain dam haji bersama dengan Papa Zola akan tetapi dia terkilan dengan gaya Papa Zola yang tidak pandai bermain dam haji sehingga mendapat kemenangan yang pertama. Seterusnya, Papa Zola yang tidak pandai bemain dam haji mendapat kebenaran untuk menukar pemain dan diganti dengan Tok Aba dan kalah dalam pusingan seterusnya. Pada Pusingan akhir, Raksasa Tidur bermain dalam keadaan yang tertekan sehingga dunia mimpi mula hancur apabila dia kalah, keputusan itu dibantah dan mula menggamuk sehingga dikalahkan oleh serangan kombo BoBoiBoy sehingga tawanannya kembali kedunia nyata dan mengakhiri kemunculannya.

Rupa

Tubuh badan Raksasa Tidur lebih kurang sama bentuknya dengan Tyrannosaurus, iaitu berdiri dengan dua kaki, bermuncung panjang, bergigi tajam dan sebagainya, ditambah dengan sepasang tanduk bermata bebola merah di kepala dan sepasang lagi tanduk berbebola merah di tengkuknya. Sisiknya berwarna merah tua dengan dada putih.

Perwatakan

Raksasa Tidur ini jauh lebih serius pembawaannya berbanding Papa Zola apabila bertarung. Apabila bertenang, ia boleh membuat percaturan dengan teliti, tetapi apabila naik darah, ia menjadi tidak keruan dan kuat mengamuk. Ia tidak suka disuruh-suruh tetapi sanggup bersekongkol dengan penjahat lain demi kepentingan diri. Raksasa Tidur juga amat pantang jika diberi gelaran lain seperti 'Cicak' oleh Ying dan 'Biawak Komodo' oleh Papa Zola.

Kuasa

Keupayaan luar biasa raksasa tidur yang berasal daripada angkasa lepas memberikannya kuasa dalaman yang mampu menyerang lawannya dari jauh yang mengunakan gelombang ajaib menyebabkan musuhnya mengantuk.
  • Gelombang Tidur :Pancaran sinaran dari mulut yang berwarna merah dan boleh menidurkan musuhnya daripada jauh.
  • Pelindung Mengantuk: Medan daya pertahanan yang membuat musuh menjadi mengantuk dan tidur apabila memasukinya
  • Buih-Buih Mimpi: Memerangkap musuh dalam buih kebal yang membuat mereka mengigau
  • Hikmat Tik Tok Tik Tok: Memukau musuh dengan jam gantungnya menyebabkan musuh terasa mengantuk.

No comments:

Post a Comment