MegaBot ScamBot Watak BoBoiBoy | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Pertarungan di Bulan" | ||||||||||
|
MegaBot ScamBot ialah watak dan mecha dari BoBoiBoy. Ini adalah robot yang asalnya 5 buah jentera terbang sebelum bergabung menjadi robot gergasi yang dipandu oleh 5 Panglima Scammer.
Sejarah
Asalnya kemunculan mecha ini hanyalah sebagai beberapa jentera terbang yang muncul pada Musim 3, Episod 8. Tujuan jentera ini digunakan oleh 5 Panglima Scammer untuk membalas dendam kepada Adu Du dan Probe yang telah menipu adik-beradik tersebut lalu, mendapat arahan daripada Tom dan lima beradik itu mula menyerang bumi kerana kengganan Adu Du meminta maaf sehinggakan berlakunya situasi kejar-mengejar antara 5 Panglima Scammer dengan Kapal Angkasa Adu Du yang dibantu oleh BoBoiBoy dan rakan-rakannya sehingga berakhir di bulan.
Pada episod Pertarungan di Bulan, 5 Panglima Scammer bersatu lalu menghasilkan MegaBot ScamBot dan bermulalh pertarungan diantaranya bersama dengan SampahBot milik Adu Du tetapi perbezaan taraf Kapal Angkasa mereka membuatkan MegaBot Scambot lebih utuh dan memudahkan dia mengalahkan robot Adu Du,tetapi pengunaan kuasa BoBoiBoy dan rakan-rakannya menjadikan pertarungan mereka sengit namun, akhirnya kerana ketamakan adik-beradik tersebut menyebabkan mereka kalah dengan kelicikan BoBoiBoy dan 5 beradik tersebut penyek dipijak oleh robot mereka sendiri yang dikawal oleh Adu Du serta mengakhiri kemunculannya dengan kerosakan yang teruk sehingga mereka terdampar di bulan.
Kuasa dan Senjata
Walaupun, tidak mempunyai kuasa tetapi MegaBot Scambot banyak mempuyai banyak senjata dan beberapa pelancar roket untuk menyerang musuh daripada jauh.
- Peluru Berpandu Laser Kebabooooom: Menyerang lawan dalam mod jentera terbang dengan peluru berpandu secara bertalu-talu oleh kelima-lima jentera.
- Mod Hyperspeed :Kelima-lima jentera terbang dalam kelajuan yang sungguh pantas.
- Serangan Peluru Berpandu Bersepadu: Kelima-lima jentera menyerang lawannya dengan peluru berpandu secara serentak dan bertalu-talu
Mod MegaBot Scambot:
- Tumbukan Apungan/Uppercut: Menyerang lawannya dengan penumbuk yang kuat dan padu sehinggakan melayang ke angkasa lepas.
- Tembakan XYZ3000: Menghasilkan tembakan laser yang kuat daripada tangganya untuk menyerang lawannya.
- Tongkat Teknoajaib: Senjata khusus baginya yang boleh menyebabkan letupan kuat terhadap musuhnya jika terkena,
- Serangan/Gerakan Bertongkat: Teknik serangan MegaBot yang menggunakan Tongkat Teknoajaib untuk menyerang musuhnya.
- Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung: Dengan mengarahkan kedua-dua tangganya kearah musuh,Megabot mampu menghasilkan tembakan meriam laser yang kuat.
No comments:
Post a Comment