Monday, June 27, 2016

Cici Ko


Cici Ko
Watak BoBoiBoy
Ciciko.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Anas Abdul Aziz (Bahasa Malaysia)
Cici Ko atau Koko Ci (nama sebenar) merupakan alien yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga. Dia merupakan seorang pencuci kapal angkasa Tengkotak. Dia telah melakukan kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie.

Latar Belakang

Cici Ko adalah ahli pasukan Tengkotak yang sering dipandang rendah oleh makhluk lain, tetapi kehadirannya di dalam kapal angkasa Tengkotak amatlah penting bagi memastikan semua kemudahan yang ada di dalam kapal sentiasa berada dalam keadaan yang elok, bersih dan bagus. Walaupun dia hanya seorang pencuci kapal angkasa Tengkotak, dia tetap melakukan segala tugasnya dengan penuh tekun dan dedikasi. Tiada siapa tahu tentang asal-usulnya sebelum dia menjadi ahli pasukan Tengkotak.
Di dalam BoBoiBoy: The Movie, Cici Ko telah melepaskan J-Rex untuk menolong BoBoiBoy dan yang lain. Dia juga telah menghalang Kiki Ta daripada menembak Adu Du dengan menolak pintu kepadanya. Dan dia telah mensabotaj Yoyo Oo dengan membuat dia mengantuk semasa mempergunakan Ochobot untuk mengesan Sfera Kuasa Generasi Pertama, Klamkabot. Sebelum BoBoiBoy: The Movie tamat, Cici Ko telah memberitahu namanya yang sebenar, iaitu Koko Ci atau Komander Koko Ci, iaitu seorang komander gencatan aktiviti dalam penentangan. Setelah itu, Cici Ko menghukum Yoyo Oo, Gaga Naz dan Kiki Ta dengan membelasah mereka. Lalu Cici Ko berterima kasih kepada BoBoiBoy dan terus berlepas ke angkasa.

Trivia

  • Cici Ko telah mendedahkan namanya yang sebenar, iaituKoko Ci atau Komander Koko Ci.
  • Cici Ko telah menyamar menjadi budak suruhan Pasukan Tengkotak untuk mengintip pergerakan Pasukan Tengkotak.

No comments:

Post a Comment