Harimau Kitar Watak BoBoiBoy | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musim 2, Episod 8" | ||||||||
Penampilan terakhir | "Musim 2, Episod 9" | ||||||||
|
Harimau Kitar adalah robot gergasi berbentuk harimau yang diperbuat daripada bahan kitar yang terbuat dan dikawal daripada jauh yang dicipta oleh Adu Du dan Probe bertujuan untuk mengalahkan BoBoiBoy.
Sejarah
Harimau Kitar muncul pada Musim 2, Episod 8 setelah diarahkan oleh Adu Du untuk mengalahkan BoBoiBoy dan Rakan-rakanny serta menghalang mereka daripada mendapatkan antidot bagi penawar Cecair Emosi Y yang mencelarukan emosi BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
Pada Episod seterusnya, tampak sedia untuk bertarung dan mula membaham BoBoiBoy yang nampak lemah,tetapi sempat di halang oleh Gopal yang gagah berani dan dengan arahan Ochobot, Fang mula menyerang Harimau tersebut dengan Harimau Bayang tetapi hasilnya kecil dan mudah ditewaskan. Akhirnya, dengan kuasa Gopal, Harimau kitar telah ditewaskan dengan menukarkan menjadi makanan.
Rupa
Harimau Kitar sangat serupa dengan harimau biasa tetapi, bezanya diperbuat daripada bahan yang terbuang iaitu besi-besi lama yang menghiasi kepalanya, Silinder Gas di bahagian dadanya dan beberapa perkakas rumah untuk membuat badanya.
No comments:
Post a Comment