Kapten Kaizo Watak BoBoiBoy | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musuh Baru & Lama" | ||||||||||||||||||
Pelakon suara | Harris Alif (Bahasa Malaysia) | ||||||||||||||||||
|
Kapten Kaizo merupakan watak baru dalam siri BoBoiBoy yang muncul buat pertama kalinya dalam musim ke-3. Dia merupakan Pemberontak Angkasa Lagenda yang amat terkenal dan merupakan salah satu mahluk asing paling berbahaya di seluruh galaksi.
Kisah
Pada Musim 3, Episod 20, Kapten Kaizo muncul sebagai watak misteri dan watak sampingan yang bertemu dengan Bago Go untuk membeli senjata di kapal angkasa.
Kapten Kaizo membuat kemunculan pertamanya di dalam Musim 3, Episod 24 sebagai watak baharu yang muncul bersama-sama dengan kapal angkasanya dan Leftenan Lahap. Dia dapat mengalahkan Ejo Jo dan bala tenteranya dengan mudah. Kemudian, Leftenan Lahap menyuruh BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk menyerahkan jam kuasa mereka. Tetapi, disebabkan oleh keengganan mereka untuk menyerahkan jam kuasa, Kapten Kaizo mengarahkan Fang untuk mengalahkan BoBoiBoy.
Pada Musim 3, Episod 25 pula, Kapten Kaizo telah bertarung dengan Fang kerana dia ingkar atas arahannya dan ingin menghukumnya. Tetapi, sempat dihalang oleh BoBoiBoy yang menambahkan kemarahannya, lalu BoBoiBoy bertarung dengan Kapten Kaizo. Pertarungan antara kedua-dua individu tampak sengit dengan kedua-duanya mempamerkan kemahiran bertarung dengan pedang. Dan akhirnya, Kapten Kaizo memenangi pertarungan tersebut dan menyuruh BoBoiBoy menyerahkan kuasanya, namun keenggannya menaikkan kemarahan Kapten Kaizo lalu mengarahkan Leftenan Lahap untuk menghapuskan mereka semua. Lantas, Fang bertindak segera dengan menggunakan Jari Jemari Bayanguntuk mengambil jam kuasa mereka lalu dia menyerahkannya kepada Kapten Kaizo. Setelah itu, mereka bertiga menaiki kapal angkasanya lalu berlepas ke angkasa. Di angkasa lepas, kapal angkasa mereka diserang secara tiba-tiba oleh kapal angkasa lain. Mereka terkejut apabila melihat dia ialah Adu Du yang berkerjasama dengan BoBoiBoy bagi membebaskan Fang dan merampas kembali kuasa mereka.
Pada epsiod terakhir, Kapten Kaizo tampak tertarik akan keazaman BoBoiBoy ingin merampas balik kuasanya. Oleh itu Kapten Kaizo mencabar pasukan BoBoiBoy untuk bertarung dengan pasukannya yang terdiri daripada Lahap dan dirinya sendiri. BoBoiBoy berganding bahu dengan Fang bagi mengalahkan dirinya. Pada akhirnya, beliau telah dikalahkan dengan teruk oleh serangan Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang, dengan kekalahan itu beliau mengesahkan bahawa BoBoiBoy adalah pengguna yang layak bagi jam kuasa tersebut dan mengajak BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya dan memberi masa kepadanya untuk berfikir, di samping membenarkan Fang untuk tinggal di bumi sebelum pulang ke galaksi asalnya.
Kuasa & Kebolehan
Kapten Kaizo merupakan mahluk asing yang tidak mempunyai sebarang kuasa apabila dia tidak mengaktifkan topengnya. Namun, dia mempunyai beberapa kemahiran bagi bertarung dengan musuhnya, iaitu:
- Kemahiran Berpedang: Kapten Kaizo mempunyai sebilah Pedang Tenaga yang menunjukkan dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang berpedang.
- Ketangkasan: Kapten Kaizo mempunyai naluri yang tinggi apabila dia berlawan. Oleh itu, Kapten Kaizo mampu mengelak dengan pantas ataupun meramal serangan yang akan datang daripada musuhnya.
Selain itu, Kapten Kaizo mempunyai Topeng Tenaga yang berkuasa tinggi. Topeng tersebut merupakan medium bagi membolehkannya untuk menggunakan kuasa kelebihannya iaitu Memanipulasi Tenaga:
- Tumbukan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga yang tinggi pada tangannya, lalu menumbuk musuhnya dengan tumbukan yang padu dengan kelajuan yang pantas.
- Gari Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan kuasa Manipulasi Tenaganya, lalu memerangkap musuhnya dengan Gari Tenaga yang menghalang musuhnya untuk bergerak. Selain menggari musuhnya, Kapten Kaizo juga menggunakan teknik ini sebagai medium untuk menyeksa musuhnya.
- Tendangan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga pada kakinya, lalu menendang musuhnya dengan sekuat hati.
- Tolakan Tenaga: Kapten Kaizo membentuk tenaga yang berbentuk hemisfera di hadapannya lalu menolak ke arah musuhnya bagi menjauhkan diri daripada musuhnya.
- Pedang Tenaga: Merupakan senjata khas Kapten Kaizo yang menggabungkan kuasanya dengan pedangnya yang boleh menghasilkan pedang bercahaya dan menggunakannya bagi menghukum musuhnya. Selain itu, Kapten Kaizo boleh menambahkan kuantiti tenaganya kepada pedangnya bagi menambahkan kekuatan pedang tersebut.
- Cengkaman Tenaga: Teknik yang hampir sama dengan Gari Tenaga, tetapi digunakan untuk menghalang musuhnya untuk bangkit.
- Dinding Tenaga: Kapten Kaizo menghasilkan dinding lut sinar yang tidak boleh ditembusi ataupun dipecahkan. Teknik ini membolehkan Kapten Kaizo untuk mencipta halangan daripada diganggu orang lain mahupun memerangkap musuhnya di dalam dinding tersebut.
- Tumbukan Tenaga Padu: Tingkatan kuasa daripada Tumbukan Tenaga yang mengumpulkan tenaga ke tangannya dan melepaskan tenaga tersebut melalui tumbukan ke arah objek dalam kelajuan yang pantas.
- Gerakan Pedang Tenaga : Teknik menyerang balas bagi Kapten Kaizo dengan menjelmakan Pedang Tenaga lalu melibaskan pedang tersebut ke arah musuh mahupun objek.
Kelemahan teknik Kapten Kaizo terletak pada pedangnya. Apabila dia mengaktifkan Pedang Tenaganya, teknik dan kuasanya yang lain akan terbatal sepenuhnya kerana semua kuasanya tertumpu pada pedangnya.
Rupa
Kapten Kaizo berambut pacak kebelakang yang berwarna biru gelap serta memakai sebuah helmet yang berteknologi tinggi dan berfungsi sebagai topeng bagi menyembunyikan identiti sebenarnya. Dia memakai baju yang berwarna hitam serta jaket yang berwarna biru dan hitam. Di lengan jaketnya, terdapat logo pasukannya.Iris matanya berwarna merah.
Perwatakan
Kapten Kaizo mempunyai personaliti yang agak serius. Jika ahli pasukannya mengingkar arahannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka dengan kuasanya. Kapten Kaizo juga adalah seorang makhluk asing yang ala-ala berlagak dan sombong kerana kehebatan kuasanya.
Kemunculan Kapten Kaizo
Trivia
- Kapten Kaizo akhirnya diakui oleh Fang bahawa dia ialah abangnya.
No comments:
Post a Comment