Friday, June 24, 2016

Ochobot

Ochobot merupakan sebuah robot Sfera Kuasa yang memberikan kuasa kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan melalui pemakaian jam tangan.

Latar Belakang

Ochobot telah diaktifkan oleh Adu Du dengan menggunakan serbuk koko. Tetapi Ochobot telah tersalah anggap yang BoBoiBoy adalah pengaktifnya, lalu memberikan kuasa kepadanya ketika di rumah BoBoiBoy. Ketika Ochobot berada diTok Aba's Kokotiam, Tok Aba mendapati bahawa koko Ochobot diaktifkan dengan kokonya. Lalu dia menjadikan Ochobot sebagai pembantu gerai Tok Aba's Kokotiam secara percuma.
Pada musim ke-2, Ochobot telah memberikan kuasa kepada Fang(Prebet Pang) secara tidak sengaja untuk mengelakkan Adu Du dan Probe menangkapnya.

Kuasa & Kebolehan

Ochobot merupakan sejenis Sfera Kuasa yang mempunyai tenaga yang banyak untuk memberikan kuasa kepada seseorang dan juga mempunyai teknik-teknik yang lain.
  • Pemberian Kuasa: Ochobot memberikan kuasa kepada orang yang mengaktifkannya dengan pemakaian jam kuasa.
  • Penyamaran: Ochobot boleh menukarkan struktur warna badannya kepada struktur warna yang lain dan berbentuk sfera. Oleh itu, Ochobot mampu berubah warna seperti bola untuk menyamar daripada dikesan musuh.
  • Terbang: Ochobot mempunyai sepasang kepak mekanikal di atas tangannya yang digunakan untuk menerapung tubuhnya di atas udara.
  • Kuasa Teleportasi: Kuasa ini merupakan kuasa istimewa Ochobot, tetapi dia tidak dapat menggunakannya sehingga dia upgrade sepenuhnya. Ochobot, BoBoiBoy dan kawan-kawan telah merancang satu rancangan untuk melarikan diri dengan kuasa ini. Tetapi ianya gagal apabila Kiki Tamenembak Ochobot. Kemunculan kuasa ini hanya di BoBoiBoy: The Movie.

Rupa

Ochobot berwarna kuning dan berbentuk sfera ketika dalam keadaan menguncup. Ochobot mempunyai lima kompartmen bertudung yang menyimpan tangan dan rodanya yang boleh dikeluarkan apabila Ochobot hendak menggunakannya. Ochobot juga boleh menyamar seperti bola untuk mengelakkan dia dikesan oleh orang lain.

Perwatakan

Ochobot merupakan sebuah robot yang sentiasa ceria apabila dia bersama dengan BoBoiBoy atau kawan-kawannya. Dia suka meluangkan masanya dengan BoBoiBoy seperti berkhemah di pondok bas. Tetapi, Ochobot akan berasa sedih dan kecewa apabila BoBoiBoy tidak menepati janjinya untuk berkhemah.

Kemunculan Ochobot

Musim 1

  • Musim 1, Episod 1
  • Musim 1, Episod 2
  • Musim 1, Episod 3
  • Musim 1, Episod 4
  • Musim 1, Episod 7
  • Musim 1, Episod 9
  • Musim 1, Episod 10
  • Musim 1, Episod 11
  • Musim 1, Episod 12
  • Musim 1, Episod 13

Musim 2

Musim 3

Trivia

  • Ochobot sendiri tidak sedar akan potensi sebenar daripada jam-jam kuasa yang digunakan oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan. Kemungkinan ini juga berpunca daripada insiden yang sama di mana ketika Ochobot lupa jenis kuasa Gopal kerana ditendang oleh BoBoiBoy untuk menyelamatkannya daripada digenggam oleh Super Probe.
  • Ochobot telah di-upgrade-kan di dalam BoBoiBoy: The Movie dan mempunyai satu sahaja kuasa yang hebat, iaitu Kuasa Teleportasi. Dari satu tempat, Ochobot dapat pergi ke tempat yang lebih jauh.
Ochobot
Watak BoBoiBoy
FB IMG 1454760517333.jpg
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 1 & 2"
Pelakon
suara
Muhammad Fathi Diaz (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment