Raksasa Perisai Watak BoBoiBoy | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musim 3, Episod 21" | ||||||||
Penampilan terakhir | "Musim 3, Episod 23" | ||||||||
Pelakon suara | Safwan Karim (Bahasa Melayu) | ||||||||
|
Raksasa Perisai merupakan watak antagonis dalam trilogi Jagalah Bumi.
Cerita
Musim 3, Episod 21
Raksasa perisai datang ke Bumi dalam bentuk asteroid. Dia mendarat di hadapan Sekolah Rendah Pulau Rintis. Kemudian, dia bertembung dengan BoBoiBoy dan rakan-rakannya. BoBoiBoy bertanya apa yang dia mahukan. Dia dengan selamba menjawab dia ingin belasah mereka semua. Kemudian, dia bergabung dengan perisai besinya untuk dijadikan robot dan menyerang mereka.
Musim 3, Episod 22
Dia menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya, segala-galanya kelihatan baik untuk raksasa perisai sehingga perisai logam telah ditukar kepada makanan oleh Gopal. Kemudian, beliau membuat perisai baru dengan menarik sampah berdekatan dan barang yang tidak digunakan dan menggabungkannya sebagai perisai. Melihat perkara tersebut, Yaya, Ying dan Gopal dengan bantuan penduduk yang lain membersihkan kawasan sekitar untuk mengelakkan raksasa tersebut bagi membentuk perisai baru manakala BoBoiBoy dan Fang bertarung sehabis mungkin dengan Raksasa Perisai. Adu Du dan Probe datang sebagai SuperJahatJero Jero dan membantu raksasa perisai itu. Tetapi, apabila sekitarnya bersih dan sampah semua telah dibersihkan dan dibuang, raksasa perisai tidak mampu lagi membentuk perisai baru dan tewas kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya.
Musim 3, Episod 23
Raksasa perisai dijadualkan muncul sebagai tarikan utama karnival dalam Karnival Hari Bumi di Sekolah Rendah Pulau Rintis pada pukul 10 pagi. Tetapi, Adu Du dan Probe datang di belakang pentas untuk mencari raksasa itu dan membebaskannya. Kemudian, mereka bersembunyi di dalam maskot Bumi, tetapi Iwan menggunakan pembesar suara memberi amaran kepada BoBoiBoy atas kehadiran Adu Du ke Karnival tersebut. Adu Du dan Probe menyamar sebagai maskot bumi terdedah dengan suara lantang Iwan bersama-sama Raksasa Perisai. Kemudian, pengunjung terkejut melihat mereka dan mereka mula berasa takut. Adu Du mengarahkan raksasa untuk menyerang BoBoiBoy, tetapi dia berkata bahawa kontraknya dengan bos telah tamat pada hari sebelumnya, jadi dia tidak perlu untuk menyerang BoBoiBoy lagi. Adu Du dan Probe kemudian menyerang Replika Bumi 3R bagi menimbulkan sausana huru-hara dan berlari bersama-sama.
Di hadapan Markas Kotak, Adu Du telah membina sebuah roket untuk membantu raksasa untuk kembali ke tempat asalnya. raksasa itu berkata terima kasih dan mendedahkan bahawa tugasnya hanya untuk mengumpul maklumat mengenai BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Probe menanya siapa bosnya, maka raksasa memberitahu bahawa Ejo Jo adalah bosnya dan segera berangkat menaiki roket tersebut dan terus meninggalkan bumi. Adu Du dan Probe sangat terkejut dan mereka berkata 'Ejo Jo akan datang!'
Kuasa
- Badan Perisai: Raksasa Perisai mempunyai Kuasa Magnetik untuk membuat perisai memberinya kebolehan untuk bertarung dengan musuh.
- Serangan Penyepit Kepit: Raksasa Perisai menggunakan Badan Perisainya dan menggunakan serangan penyepit pada tangan perisainya.
- Putaran Perisai: Raksasa Perisai mengarahkan Perisai Tempurnya untuk berubah menjadi bola, kemudian berputar bagi menangkis serangan musuh mahupun menyerang musuhnya.
- Penyepit 30 Tan: Raksasa Perisai menangkap musuhnya dan menyeksa musuhnya dengan mencengkam musuhnya dengan kekuatan 30 tan.
- Tembakan Pemejal: Raksasa Perisai menggunakan Perisai sampah terbarunya dan menyerang musuhnya dengan serangan bahan pepejal seperti tong dan tayar ke arah musuhnya.
- Tembakan Sampah: Raksasa Perisai menggunakan tangannya seakan-akan meriam dan mula menembak sampah secara rambang.
- Sedutan Perisai: Raksasa Perisai menyedut sampah di sekelilingnya apabila Perisai Sampahnya kekurangan pertahanan.
- Serangan Penyepit Pemecah: Raksasa Perisai menyerang musuhnya dengan tangannya seakan-akan penyepit dari arah yang jauh.
- Lemparan Perisai: Raksasa Perisai melontarkan Sebahagian Perisai jika mempunyai kerosakan teruk dan menggantikan dengan Perisai yang baru.
Trivia
- Dia dihantar oleh Ejo Jo, seperti yang didedahkan dalam Musim 3, Episod 22.
- Dia menggunakan 'bro' dalam setiap ayat yang dia cakap.
- Adu Du dan Probe menolong raksasa perisai untuk menolong kejahatan, tetapi mereka tidak tahu Ejo Jomerupakan boss Raksasa Perisai.
- Dia mempunyai gaya ketawa yang pelik.
- Dia ingin menyerang BoBoiBoy hanya apabila dalam kontrak.
- Tujuan utama dia menyerang BoBoiBoy adalah untuk pengumpulan data kekuatan terkini BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment