Latar Belakang
Ying ialah kawan baik Yaya. Ying seorang yang pemalu, tapi apabila dia bersin dia akan menjadi sangat ceria.
Di sekolah, Ying merupakan saingan kuat Yaya. Bila tiba masa ujian je, mereka akan bersaing macam musuh! Tetapi, walau bagaimana pun mereka tetap saling menghormati satu sama lain dan masih mengekalkan persahabatan erat mereka.
Setelah Ochobot berikan dia jam kuasa; Ying mendapat kuasa Larian Laju. Dengan kuasa ini, Ying boleh berlari ke serata dunia dalam sekelip mata tanpa merasa penat!
Sebab itulah musuh-musuh jahat susah nak tangkap Ying!
Kuasa
Ying mempunyai Jam Kuasa yang memberikan dia kebolehan untuk memanipulasi masa yang diberikan oleh Ochobot.Ying mampu untuk memanipulasikan masa pada satu kawasan samada untuk melajukannya mahupun melambatkan masa dalam lingkungan diameter 50 meter.
- Kuasa Larian Kilat : Ying berlari dalam keadaan yang laju seperti kilat.
- Larian Laju : Ying menggunakan Kuasa Manipulasi Masa yang membolehkan Ying berlari dalam kelajuan normal sambil memperlahankan masa di persekitarannya.
- Seribu Tendangan Laju : Ying menyerang musuhnya dengan melompat di atasnya sebanyak 1000 kali secara berulang-ulang dan bertubi-tubi.
- Seribu Cakaran Laju : Ying mencakar musuhnya dengan lebih pantas sebanyak 1000 kali.
- Cakaran Laju : Penggunaan Kuasa Manipulasi Masa Ying mampu menyerang musuhnya dengan cakaran yang bertubi-tubi.
- Tendangan Laju : Ying menendang musuhnya dengan padu dengan bantuan kuasa Manipulasi Masanya.
- Tulisan Laju : Tulisan laju yang digunakan untuk menjawab ujian.Sehinggakan kelajuan menulisnya menyebabkan kertas milinya boleh terbakar
- Kuasa Manipulasi Masa : Kebolehan yang membolehkan pegguna untuk memanipulasikan masa, pengguna boleh memanipulasikan masa untuk menjadikannya lambat atau lebih cepat pada linkungan diameter 50 meter.
- Kuasa Kelajuan Masa : Kuasa yang digunakan untuk melajukan pergerakan.
- Perlahankan Masa : Kuasa yang digunakan untuk memperlahankan masa.
- Pusingan Laju-Laju: Ying memusingkan kawan dengan kelajuan yang sangat laju bagi memberi momentum untuk menyerang musuh.
- Kuasa Perlahankan Masa : Kuasa yang digunakan untuk memperlahankan masa.
- Kelajuan Maksima : Kuasa yang digunakan untuk mengemas kelas.
- Kayuhan Laju: Menggunakan kekuatan dan kelajuan kakinya memebolehkan dia untuk mengayuh sampan dengan laju. Teknik ini digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Kuasa Ulangan Masa: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot. Ying mampu mengundurkan masa ke belakang dan apabila musuh di serang dan Ying menggunakan kebolehannya. Musuh akan berulang-ulang kali terkena serangan tersebut dan kesakitannya akan bertambah dan bukannya di set semula. Kuasa Ying juga mempengaruhi masa dunia sebenar walaupun dia mengunakan kebolehannya berulang-ulang kali tetap tidak akan mengubah masa sebenar.Teknik ini membuat kemunculannya dalam BoBoiBoy The Movie.
Serangan Kombo
Bersama dengan Yaya:
- Gerakan Kombo Y & Y:Gerakan kombo bersama Ying yang dimulakan oleh Yaya menggunakan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu dan diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
- Gerakan Kombo Y & Y (#2): Gerakan kombo bersama Ying yang dimulakan oleh Ying memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju. Muncul dalam Musim 3, Episod 22 bagi mengalahkan Raksasa Perisai.
Kuasa ini mempunyai kelemahan apabila Ying bersin kuasanya akan hilang bagi mendapatkan kuasa tersebut, dia perlu bersin kembali.Namun kelemahan ini tidak pernah digunakan kerana Ying mahir mengatasi kelemahan tersebut.
Akan Tetapi pada Musim 3, Episod 16, Apabila Ying ingin menyelamatkan Yaya dan Gopal dari serangan BoBoiboy Api , jam kuasa miliknya menunjukkan jangka masa bagi dia menggunakan kelebihan beliau, Ini bermaksud Ying tidak boleh menggunakan kuasanya pada jangka masa yang lama.
Rupa
Ying memakai cermin mata yang berkanta bulat dan berbingkai biru. Dia memakai topi bulu berwarna kuning yang dihiasi dengan sebiji lencana bulat yang bergambar watak raksasa hijau dan Yaya di atas kepalanya dan latar belakang merah jambu. Dia memakai baju berlengan panjang yang berjalur biru, kuning dan putih, beralas anak baju yang separuh kuning dan separuh jingga di bawah dan tepi berbiru tua.
Dia memakai seluar biru yang menutupi lututnya, dan kasut sukan berwarna kuning. Apabila bersin dan hilang kuasa, cermin mata Ying jatuh pada matanya, tetapi apabila bersin semula dan pulih kuasa, cermin mata itu balik kepada topi. (Musim 1 sahaja).
Pada musim kedua, rambut Ying mula memanjang. Dia juga memakai dua pin pada topinya.
Pada musim ketiga, rambut Ying dipanjangkan lagi, poligon Ying bertambah dan ada sedikit perubahan pada seluar Ying.
Personaliti
Ying adalah seorang yang pemalu tetapi setelah mendapat kuasa, dia menjadi berani. Dia seorang yang sangat pandai sehinggakan dia dapat melompat kelas. Sepatutnya, Ying berumur 9 tahun (setahun lebih muda dari yang lain). Jadi, dia berada di kelas 5 Jujur, iaitu kelas murid berumur 11 tahun. Tetapi, dia juga seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perlawanan dan peperiksaan, terutama sekali dengan pesaing peperiksaannya iaitu kawan baiknya Yaya.
Pada musim pertama, dia suka membuat usikan membuat panggilan telefon lalu muncul di depan penerima panggilan, walau pun sebelum menerima kuasanya (dengan menggunakan telefon bimbit). Ini makin mudah setelah Ying menerima kuasanya, kerana dia tidak perlu dekat dengan penerima panggilan untuk memulakan usikan.
Biar pun personalitinya berubah-rubah, tetapi dia tetap akan fokus dalam perlawanan. Dia akan berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang dalam kesusahan. Dan kalau ada serangan yang laju, Ying adalah orang pertama yang akan cuba membantu kawan-kawannya yang tidak sempat mengelak.
Trivia
- Ying seorang yang pantang tentang hal peperiksaan. Dia akan bersaing dengan kawan baiknya, iaitu Yaya. Hari peperiksaan adalah hari di mana mereka bermusuhan.
- Ying mempunyai kawan penguin yang bernama Popo yang berasal dari Kutub Selatan.
- Sebelum Ying mendapat kuasanya, dia seorang yang pemalu hinggakan dia malu untuk memesan minuman pada Tok Aba secara sosial.
- Diantara kesemua kawan-kawan BoBoiBoy, Ying merupakan seorang yang paling muda.
Ying Watak BoBoiBoy | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musim 1, Episod 1" | ||||||||||||||
Pelakon suara | Yap Ee Jean (Bahasa Malaysia) | ||||||||||||||
|
No comments:
Post a Comment