Kurita Watak BoBoiBoy | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "BoBoiBoy: The Movie" | ||||||||||
Penampilan terakhir | "BoBoiBoy: The Movie" | ||||||||||
|
Kurita atau Sotong Gergasi merupakan mahluk hibrid robotik yang dicipta oleh Yoyo Oo. Ia membuat kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie
Sejarah
Kurita merupakan mahluk ciptaan Yoyo Oo yang diperbuat daripada barangan robotik dan dihibridkan dengan seekor sotong. Ia membuat kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai mahluk suruhan Pasukan Tengkotak.
Pada awalnya, Kurita merupakan Sotong Kurita yang kecil namun membesar apabila Adu Du dan Probe diarahkan oleh Bora Ra untuk memberinya makan dan menasihaitnya agar tidak mengenakannya dengan air. Namun sebaliknya yang berlaku, apabila Adu Du dan Probe dicampak keluar daripada kapal angkasa Tengkotak yang mengakibatkan mereka jatuh ke laut.
Kemudian, Kurita membesar dan akhirnya menjadi Sotong Gergasi lalu mengejar Adu Du dan Probe. Semasa mereka melarikan diri, Adu Du perasan dengan kedatangan BoBoiBoy di tengah laut, BoBoiBoy juga yang perasan terus mengejar mereka dan bertanya tentang keberadaan Ochobot. Tetapi tiba-tiba Kurita muncul di tepi bot kepunyaan Papa Zola lalu mengejar mereka semua. Oleh itu, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Airlalu cuba bertempur dengan Kurita namun gagal. Oleh itu, dia menyuruh Yaya untuk mengangkat bot ke atas udara. Namun, ianya tetap gagal apabila Kurita terbang ke arah mereka.
Akhirnya, Papa Zola menyuruh Gopal menutup matanya lalu mencampakkannya ke arah Kurita dan menyuruh dia menukarkan Kurita menjadi makanan. Ketakutan Gopal menjadi 100 peratus lalu terus menukar Kurita menjadi Sotong Goreng Tepung. Sambil mereka semua mencari Ochobot di Pulau Terapung manakala Gopal dan Papa Zola memakan sotong goreng itu.
Kuasa & Kebolehan
- Pembesaran Saiz: Apabila badannya menyentuh air, badannya menyerah semua cecair tersebut dan terjadinya pembesaran saiz.
- Berenang: Menggunakan sesunggutnya sebagai pendayung untuk membantunya berenang.
- Terbang: Kurita menggunakan keenam-enam sesunggutnya lalu menggerakkanya sebagai kepak yang membolehkannya terbang ke udara.
Rupa
Pada awalnya, Kurita hanyalah seekor sotong kurita yang kecil namun dia akan menjadi gergasi apabila terkena air. Kepala dan badannya yang berwarna ungu terang dilengkapi dengan kepingan logam sebagai gigi, paruh dan perisainya yang diperbuat daripada alat mekanikal dan mempunyai enam sesungut yang berfungsi sebagai pendayung untuk membantunya berenang dan kepak untuk membantunya terbang,
Kemunculan Kurita
- BoBoiBoy: The Movie
No comments:
Post a Comment