Taktik.
Walau pun Tok Aba tidak mempunyai kuasa tetapi dia mempunyai teknik dan gaya yang berbeza untuk menghukum musuhnya termasuklah cucunya yang sering bergaduh dengan dirinya sendiri. Dia juga menunjukkan skil dan teknik yang menarik ketika dia melawan Raksasa Tidur dalam permainan dam haji dan kebolehannya menggunakan jam Ying semasa ingin melawan Ejo Jo.
- Kuasa Pulasan Telinga : Teknik khusus Tok Aba dalam ketegasan, dia memarahi BoBoiBoy Angin dan Tanah kerana bergaduh dan memulas telinga mereka untuk meleraikan pergaduhan mereka.
- Gerakan Ayam Tambatan : Teknik khusus Tok Aba dalam permainan dam haji, dia menggerakkan salah satu buah dam.
- Gerakan Ayam Tiga Rasa : Teknik khusus Tok Aba dalam permainan dam haji, dia menggerakkan BoBoiBoy untuk makan tiga buah dam sekaligus dengan tiga jenis kuasanya iaitu petir, angin dan tanah.
- Hikmat Ayam Susar : Teknik khusus Tok Aba dalam permainan dam haji, dia menggerakkan Gopal untuk makan dua Super Probe.
- Hikmat Ayam Penyet : Teknik khusus Tok Aba dalam permainan dam haji, dia menggerakkan Ying untuk menghancurkan salah satu buah dam dengan 1000 loncatan sehingga penyet.
- Hikmat Cakar Ayam : Teknik khusus Tok Aba dalam permainan dam haji, dia menggerakkan Ying dan Yaya setelah Adu Du memasuki perangkapnya. Kemudian, menggunakan Cakaran Laju untuk menghabiskan Adu Du.
- Tendangan Basikal Tua : Teknik khusus Tok Aba dalam permainan bola sepak, dia melakukan tendangan basikal tua untuk menjaringkan bola ke dalam gol.
- Kuasa Manipulasi Masa : Tok Aba menggunakan kuasa Ying yang membolehkannya melambatkan atau mempercepatkan masa di sekelilingnya dalam lingkungan diameter 50 meter.
- Larian Laju : Pengguna menggunakan jam kuasa Manipulasi Masa untuk melambatkan masa di sekelilingnya dan memerlukan dia bergerak secara normal.
- Kelajuan Normal : Membatalkan kuasa Manipulasi Masanya dalam keadaan normal.
- Kuasa Slow Mo : Kuasa yang digunakan untuk memperlahankan masa.
Rupa.
Tok Aba dikenali dengan bentuk kepalanya yang agak bujur, jika dibandingkan dengan wajah BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang serba kebulatan serta dia memakai cermin mata yang lebih kecil daripada matanya. Dia sering memakai kopiah dan baju biru bercorak petak-petak serta memakai seluar yang berwarna biru tua dan berkasut putih.
Perwatakan.
Tok Aba seorang yang periang sebagai penjaga kedai, tetapi sedikit tegas dengan kanak-kanak di sekitarnya tetapi tetap mesra dan kadang-kadang berjenaka. Dia menginginkan yang terbaik daripada cucunya, BoBoiBoy dan sebab itulah dia mahu BoBoiBoy menjaga kedainya sekali. Dengan cara itu, Tok Aba's Kokotiam boleh terus maju.
Mengikut konsep asal, Tok Aba digambarkan sebagai pendisiplin tegar yang mempunyai rotan untuk mengajar cucunya jika dia degil.
Tetapi, seperti yang dipaparkan Tok Aba adalah seorang yang penyayang, mesra, kelakar dan baik hati. Tetapi, dia masih lagi tegas jikalau cucu atau mana-mana kanak-kanak melakukan kesilapan. Jika berlaku, Tok Aba mesti akan menasihati mereka.
Trivia.
- Ada koko yang dijual di beberapa kedai berjenama Koko BoBoiBoy. Mungkin ia berdasarkan Koko Tok Aba.
- Tok Aba sangat mahir dalam Dam Haji dan menunjukkan kebolehan untuk memakan tiga buah dam dalam satu pergerakan.
- Tok Aba juga mahir bermain bola sepak semasa muda sama seperti cucunya yang membolehkan mereka membuat gabungan penyerang bola sepak yang mantap.
- Dalan konsep pertama, Tok Aba seorang yang amat garang.
- BoBoiBoy adalah satu-satunya cucu Tok Aba.
- Tok Aba sentiasa mengingati hutang-hutang pelanggannya kerana ditulis di dalam 'buku rahsia' yang disangkakan oleh Adu Du ialah buku resepi rahsia tetapi telah didedahkan ianya bukan buku resepi.
- Gopal ialah orang yang tidak pernah membayar setiap kali minum di kedai Tok Aba. Sebab itulah, Gopal mempunyai banyak hutang dengan Tok Aba.
- Pelakon suara Tok Aba ialah Anas Abdul Aziz.
Tok Aba Watak BoBoiBoy | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Musim 1, Episod 1" | ||||||||
Pelakon suara | Anas Abdul Aziz (Bahasa Melayu) | ||||||||
|
No comments:
Post a Comment