Komputer Watak BoBoiBoy | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "Episod 1" | ||||||||||||
Pelakon suara | Yvonne Chong Shin Vun | ||||||||||||
|
Komputer ialah komputer yang selalu menolong Adu Du mencari idea untuk menghapuskan BoBoiBoy. Komputer merupakan komputer makhlumat bagi Adudu.
Rupa
Rupa Komputer sama seperti komputer yang kita kenali, dengan monitor tetapi dalam paparannya ada muka yang bermata dan mulut kuning dan boleh bersuara. Dia berwarna serba biru, kelabu dan putih. Dia mempunyai tiang yang bercantum [ada bahagian atas Kapal Angkasa Sampah Adudu pada Musim 1, dan bercantum pada Markas Kotak pada Musim 2 dan 3.
Perwatakan
Selalunya idea yang diberikan oleh komputer adalah bagus tetapi selalu gagal kerana pelaksanaannya amat teruk. Tugasan dia termasuklah memaparkan video BoBoiBoy secara langsung dan memberikan maklumat kepada Adu Du. Dia mendapat setiap maklumat tetang Boboiboy seperti data, lokasi dan perbuatan. Kadang-kala, komputer mendapat makhlumat lebih tetapi dia tahu Adudu hanya mahu dengan apa yang dia tanya sahaja. Selain daripada Probe, Komputer juga pernah dibaling cawan oleh Adu Du. Walau begitu, dia masih lagi setia bersama tuannya. Walaupun Komputer adalah sebuah komputer, tetapi dia masih lagi ada perasaan seperti gembira, marah, sedih, takut dan sakit.
Trivia
- Tidak diketahui bagaimana Komputer masih boleh berada di markas bawah tanah bersama Adu Du dengan Probe walaupun diketahui bahagian atasnya pernah dilihat bercantum dengan bahagian siling kapal angkasa Adu Du (yang telah dijual).
- Komputer jarang kelihatan pada Musim 3.
- Komputer adalah sebuah komputer yang diperbuat daripada XY2000, M8000, SIY234, komponen daripada komputer-komputer yang lain dan sabut kelapa.
- Komputer juga diperbuat daripada sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti.
- Komputer berjantina perempuan.
- Komputer merupakan sumber idea bagi Adudu dan Probe.
No comments:
Post a Comment