Tuesday, June 28, 2016

Golem Tanah


Golem Tanah/ Giga
Watak BoBoiBoy
180px-Vlcsnap-2012-06-16-21h42m42s151.png
Penampilan
sulung
"Episod 25 & 26"
Golem Tanah (Giga) adalah Kuasa istimewa BoBoiBoy Gempa berupa gergasi batu yang berperanan membantu Gempa melawan musuh.
Pergerakan Giga dikawal dengan gerak-geri badan BoBoiBoy Gempa. Ini adalah Robot yang diperbuat dari tanah dan lebih pantas dari Robot Pemusnah Mukalakus. Robot ini boleh menahan semua tembakan dengan tangannya.

Sejarah

Golem Tanah (Giga) membuat kemunculan sulungnya pada Musim 1, Episod 25 & 26 setelah diseru oleh BoBoiBoy Gempa untukmembantunya dalam pertarungan diantaranya dengan Mukalakus yang dipandu oleh Adu Du dan berjaya untuk mengalahkannya dengan bantuan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan .
Images (32).jpg
boboiboy gempa menciptakan Golem Tanah
Pada Musim 2, Episod 13 dirinya sekali lagi diseru oleh BoBoiBoy Gempa untuk berlawan dengan PETAI dengan bantuan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan namun gagal. Tetapi Pada Musim 3, Episod 1 dirinya sekali lagi diseru untuk berlawan dengan Ejo Jo namun diseksa olehnya dengan jam Kuasa Yaya dan Ying sebelum ditukar menjadi kaca dengan jam kuasa milik Gopal dan dimusnahkan oleh Ejo Jo.
Tetapi kemunculannya pada Musim 3, Episod 11 hanya sementara untuk menghalang kemarahan Mama Zila dan dinyahaktifkan oleh BoBoiBoy Gempa atas permintaan Papa Zola. Dan pada Episod Robot Pango & Raksasa Bawang Golem diseru untuk berlawan dengan Robot Pango dan berjaya mengalahkannya.

Kuasa

Giga merupakan golem tanah yang berupaya untuk menyerang musuh dengan tumbukan tanahnya yang keras mengikut setiap pergerakan yang dilakukan oleh BoBoiBoy Gempa.
  • Tumbukan Giga: Tumbukan padu dan keras daripada tanah dan granit yang dilancarkan olehnya yang berupaya untuk mengakibatkan kemusnahan yang dasyat terhadap musuhnya megikut pergerakan BoBoiBoy Gempa.
  • Tumbukan Gegar: Tumbukan yang padu dan mengakibatkan musuh yang sama saiz mengalami kegegaran kecil disebabkan kekerasan tangannya.
  • Tumbukan Pemenyet: Tumbukan BoBoiBoy Gempa untuk menyerang BoBoiBot Halilintar menggunakan Golem Tanah tetapi gagal kerana BoBoiBot Halilintar menghindar menggunakan gerakan kilat.
  • Badan Batu: Badannya seperti batu memberikannya kekebalan daripada serangan yang berunsurkan lapisan laser tetapi rapuh daripada serangan fizikal yang kuat.

Trivia

  • Tingkatan Golem Tanah adalah Golem Naga Tanah yang dijelmakan oleh BoBoiBoy Gempa.
  • Teknik ini serta gerak geri golem yang dikawal oleh BoBoiBoy Gempa sama dengan teknik Bankai milik Sajin Komamura dalam siri Anime Jepun "Bleach''''yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Galeri

No comments:

Post a Comment