Monday, June 27, 2016

Ejo Jo

Ejo Jo
Watak BoBoiBoy
Ejojo.png
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 1"
Pelakon
suara
Noriman Saffian
Ejo Jo ialah watak baru dalam siri BoBoiBoy.
Ejo Jo telah datang ke Bumi kerana mendapat maklumat adanya koko di Bumi dari kapal angkasa Adu Du yang dibeli daripadaBago Go. Dia telah membuat kemunculan sulung di dalam Musim 2, Episod 1. Kemunculannya yang penuh ialah pada Musim 2, Episod 10. DIa merupakan antara watak jahat yang sukar untuk dikalahkan. 

Sejarah

Kemunculan Ejo Jo bermula sebagai watak tambahan dalamMusim 2, Episod 1. Kemunculan Sulungnya bermula didalam sebuah kapal angkasa yang terletak diluar angkasa lepas bersama Bago Go sedang menjalankan urusniaga untuk menjual kapal angkasa milik Adu Du kepada Ejo Jo.Walaupun Ejo Jo tidak mempunyai minat terhadap kapal tersebut namun dia tetap tidak berputus asa dan menipunya kapal tersebut adalah sebuah kapal antik. Kemudian dia bersetuju membeli kapal angkasa tersebut dan membayar Bago Go dengan sejumlah wang untuk mendiamkannya.Setelah Bago Go meninggalkan kapal tersebut, Ejo Jo terus masuk ke dalam kapal tersebut untuk mengujinya dan menyelidik kapal tersebut. Dia mula mencari informasi dalam kapal terserbut, Kemudian dia menjumpai fail yang mengandungi filem "Seguni Mawar Merah" milik Probe lalu dia memadamnya kerana tidak mempunyai minat tentang filem tersebut. Akan tetapi, perhatian terus di curi tentang fail yang memiliki informsi tentang BoBoiBoy dan keberadaan koko di bumi. Pada Musim 2, Episod 10 dia meneliti kemunculannya dan bersua sekali lagi dengan Adu Du yang dia telah membeli markas kotaknya dan bersiap sedia tentang keberangkatannya ke bumi serta mendapat informasi tentang superhero dan dibantu oleh rakan-rakannya di bumi yang telah menghalang semua rancangan Adu Du.Dia kemudian menyuruh komputernya untuk pergi ke bumi dengan secepat mungkin.

Pada Musim 2, Episod 11 kapal angkasanya muncul diatas Sekolah Rendah Pulau Rintis dan pada Musim 2, Episod 12 dia buat bersua untuk pertama kali dengan BoBoiBoy.Dia kemudian memberi isyarat kepada Komputer untuk melepaskan PETAI untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya serta merampas Ochobot daripada mereka sehinggakan tindakannya menyebabkan kematian Probe .Tetapi sifatnya tidak mempunyai belas kasihan dan lansung tiada perasaan lalu menculik semua kawan BoBoiBoy untuk dijadikan tawanan.
Pada Musim 2, Episod 13 Ejo Jo menyuruh komputernya untuk mencari BoBoiBoy, Fang, Ochobot dan termasuk Adu Du dan menyuruh kapal angkasanya untuk ke tempat tersebut. Dia juga menyuruh komputer untuk menjatuhkan PETAI. Ejo Jo melihat dalam keadaan gusar dalam kokpitnya perlawanan di antara BoBoiBoy dan PETAi apabila Halilintar melontar Pedang Halilintarnya untuk membuat Hujan Halilintar serta mengakibatkan Ejo Jo terkejut dan menyuruh PETAI menumpukan perisai diatas.Dia dilihat kemudian tertawa atas percubaan Gerakan Kombo untuk memusnahkan PETAI akan tetapi robotnya tetap kalah di tangan Fang yang mengeluarkan Naga Bayangnya untuk memakan PETAI. Akhirnya Ejo Jo dalam sut perisainya dilengkapi dengan Jam Kuasa milik Ying, Yaya dan Gopal berada di bekas yang terletak di dadanya lalu terjun ke bumi.
Musim 3, Episod 1 dapat dilihat Ejo Jo menjadi musuh utama BoBoiBoy lalu berlawan dengannya. Kemudian Ejo Jo menggunakan Jam Kuasa Ying yang yang mengakibatkan BoBoiBoy Gempa dan Golemnya lambat lalu memberatkannya menggunakan Jam Kuasa Yaya dan menukarkan Golem menjadi kaca dengan Jam Kuasa Gopal.Dia terus berlawan dengan Halilintar dan Taufan sehingga mereka lemah dan tidak mampu melawannya lagi. Ejo Jo berhasrat mengakhiri BoBoiBoy tetapi di halang oleh Mukalakus dan bersatu dengan BoBoiBoy untuk mengalahkannya. Gabungan mereka mengakibatkan dirinya hampir kalah akan tetapi dia bijak mengurung mereka dalam Kokun Bayang yang memerangkap BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam kuasa bayangnya.Dalam Musim 3, Episod 2 Ejo Jo memperolehi kuasa Fang dan berusaha untuk mengumpulkan kuasanya untuk menjelmakan Naga Bayang tetapi usahanya sering gagal kerana di ganggu oleh TrioKebenaran sehinggakan dia menghasilkan Bayangan Diri untuk mencuri masa dan berjaya mengeluarkan Naga Bayang untuk mengalahkan BoBoiBoy.Tetapi dalam keadaan terdesak BoBoiBoy Gempa menjelmakanGolem Naga Tanah untuk melawan Naga Bayang miliknya dan diakhiri oleh Gerakan Kombo milik ketiga-tiga BoBoiBoy sehinggakan dirinya dalam keadaan kritikal dan meminta komputer untuk lari dari bumi.
Pada Musim 3, Episod 8 dia muncul dalam cerita Bago Go yang Ejo Jo ingin menjual Kapal Angkasa Adu Du kepadanya sebagai cagaran untuk membayar kos di hospital milik Bago Go yang berjuta-juta.Kemudian setelah lama menghilang, Ejo Jo muncul kembali pada Musim 3, Episod 20 apabila orang Misteri dan Bago Go mengaktifkannya dan berkata "Aku Kembali BoBoiBoy". Seterusnya, pada Musim 3, Episod 22 apabila Komputer Ejo Jo melaporkan bahawa Raksasa Perisai sudahpun gagal dalam misinya, Kemudian Ejo Jo mengarahkan komputer untuk bergerak ke bumi.
Kemudian , dalam Musim 3, Episod 24 Ejo Jo muncul megah dengan kapal angkasa canggih nya dan dalam keadaan berbeza sehinggakan BoBoiBoy menanyakan soalan tersebut. Ejo Jo mengambil langkah pertamanya dan terjun kearah bumi dengan beberapa objek logam mengekorinya lalu kepingan logam tersebut bercantum dengan Ejo Jo dan menggelarkannya Suit Armour Mecha Blaster And Laser aka (S.A.M.B.A.L.) yang mengakibatkan BoBoiBoy, Gopal ,Ying, Yaya, Adu Du dan Probe tergelak menyebabkan dia terkilan lalu menunjukkan kuasa sebenar perisai tersebut dan mengeluarkan 5 Robot PETAI sebagai tambahan ,namun sebelum sempat menyerang BoBoiBoy ,Objek misteri muncul di langit yang menyerupai sebuah kapal angkasa dan seseorang muncul daripada kapal tersebut iaitu Kapten Kaizo yang menyebabkan Ejo Jo terpaku. Kemudian, Kapten Kaizo menyerang Ejo Jo sehingga perisainya pecah dan menyebabkan Ejo Jo pengsan. Tanpa arahan Robot tempurnya bertindak menyerang kapten Kaizo dengan serangan laser yang bertalu-talu namun sempat, Kapten Kaizo menyeru Lahap yang menelan semua serangan laser Robot Petai dan menyerang balik yang menyebabkan semua hancur. Ejo Jo diangkat oleh Lahap dan terus masuk ke kapal angkasa Kapten Kaizo.

Rupa

Ejo Jo dikenali dengan badan tinggi dan berwarna hijau memakai baju berwarna merah. Di atas kepalanya yang berbentuk kubus mempunyai sesungut yang besar sama seperti Adu Du. ​Terdapat cap merah memanjang daripada atas matanya ke pipinya dan kelihatan dia memakai sut perisai berwarna merah dan sut dalam berwarna hitam. Semasa berlawan dengan BoBoiBoy, Ejo Jo kelihatan memakai sut perisai tempurnya yang serba merah serta memakai perisai kepala berbentuk kotak dan warna mata yang serba kuning dilengkapi Jam Kuasa dan senjata dalaman.

Kemunculan

Trivia

  • Dia lebih tinggi daripada Adu Du dan Bago Go.
  • Dia mungkin adalah makhluk Ata Tatiga ketiga yang membuat kemunculan sulung dalam siri BoBoiBoy.
  • Dalam Episod 10, Ejo Jo menyatakan bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya mentah kerana tidak dapat menggunakan kuasa Ochobot dengan sebaik-baiknya kerana:
    • BoBoiBoy cuma mampu meningkatkan taraf kepada tahap kedua sahaja.
    • Gopal boleh menukar molekul, tetapi yang difikirnya cuma makanan menyebabkan kuasa dimiliki Gopal di tahap biasa.
  • Kemunculan sulung Ejo Jo yang sebenarnya adalah pada Musim 2, Episod 1. Tetapi, pada ketika itu, muka Ejo Jo tidak kelihatan.
  • Ejo Jo suka mengumpul kapal-kapal angkasa antik.
  • Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Ejo Jo sebenarnya adalah alien kelas kedua iaitu askar pertempuran di Planet Ata Ta Tiga.
  • Ejo Jo diusir oleh planet itu kerana sifatnya yang keras kepala.
  • Ejo Jo adalah jiran sebelah, rakan sekelas dan pembuli sejati Adudu di Planet Ata Ta Tiga sewaktu zaman kecil dahulu.

Galeri

Ingin Melihat galeri Ejo Jo, Klik Di Sini.

Video

Ejo Jo00:51
Ejo Jo

No comments:

Post a Comment