Friday, June 24, 2016

Fang

Fang (Prebet Pang) merupakan salah seorang daripada kawan BoBoiBoy. Dia juga mendapat kuasa daripada Ochobot dan mendapat kuasa upgrade daripadanya di dalam BoBoiBoy: The Movie. Kuasanya adalah Kuasa Memanipulasi Bayang-Bayangdan Kuasa PenembusFang merupakan watak terakhir yang muncul dalam siri BoBoiBoy. Kemunculan Fang adalah untuk memenuhkan peranan sebagai pesaing yang sengit kepada BoBoiBoy. Dia telah melakukan kemunculan sulungnya pada Musim 1, Episod 25 & 26.

Latar Belakang

Fang telah membuat kemunculan sulungnya pada Musim 1, Episod 25 & 26 di mana ketika dia keluar dari keretapi Yong Pin Aetrotrain untuk pindah dan menetap di Pulau Rintis dan ketika BoBoiBoy memasuki ke dalam keretapi untuk pulang semula ke bandar.
Pada Musim 2, Episod 1, dia tiba di Sekolah Rendah Pulau Rintissebagai pelajar baru dan juga muncul sebagai hantu pada Musim 2, Episod 2. Ketika Fang tinggal di Pulau Rintis, dia berasa cemburu dengan BoBoiBoy. Bukan sahaja kerana kehebatan kuasanya, malah juga kerana kepopularitiannya yang semakin meningkat.
Pada Musim 3, Episod 23, Fang dan yang lain telah menjayakan sebuah karnival yang dibuat di sekolahnya, iaitu Karnival Hari Bumi. Ketika dia berada di kelasnya bersama dengan Gopal, Yaya dan Ying serta BoBoiBoy, dia telah mendapat satu mesej pada jam kuasanya. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, dia mengatakan kepada yang lain yang dia mempunyai hal penting. Lalu dia terus berlari dan tiba di rumah latihannya pada waktu malam. Ketika dia di situ, kelihatan sebuah pancaran hologram kapal angkasa Ejo Jo. Fang sedang berdiri di hadapan hologram itu dan berkata "Baik, mesej diterima. Saya akan bersiap sedia." kepada seseorang.
Pada Musim 3, Episod 24, muncul seorang watak baharu iaitu Kapten Kaizo. Dia tiba di Bumi dan memberitahu kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan bahawa Fang adalah perisik dalam pasukannya. Kemudian, Fang memberitahu namanya yang sebenar, iaitu Prebet Pang. Sambung Kapten Kaizo, Fang ini bukan manusia, tetapi dia adalah alien sepertinya. Setelah itu, Fang menyuruh BoBoiBoy supaya memberikan sahaja jam kuasanya. Tetapi, keengganan BoBoiBoy menyebabkan Fang cuba merampasnya sendiri dengan berlawan dengannya. Mereka berdua menyerang antara satu sama lain sehinggalah BoBoiBoy bertukar menjadiBoBoiBoy Gempa dan menjelmakan Golem Tanah lalu cuba menumbuk Fang. Lantas Fang mengaktifkan topengnya dengan menyentuh huruf 'F' pada bingkai cermin matanya. BoBoiBoy dan yang lain berasa terkejut kerana Fang mempunyai kuasa lain. Lalu Fang menyatakan bahawa itulah kuasa asalnya, iaitu Kuasa Penembus. Kemudian, mereka berdua meneruskan adegan menyerang antara satu sama lain. Perlawanan mereka diakhiri dengan Fang yang menggunakan Cakaran Harimau Bayang dan BoBoiBoy Halilintar pula menggunakan Tetakan Dual HalilintarYaya dan Ying cuba menghentikan mereka namun kedua-duanya tidak mempedulikan mereka. Apabila Yaya menjerit "Korang kawan!", BoBoiBoy dan Fang terhenti daripada menyerang dan kelihatan objek di belakang mereka berdua hancur berkecai.
Pada Musim 3, Episod 25, Fang terpaksa mengkhianati kaptennya sendiri kerana meninggalkannya seorang diri di Planet Bumi. Lalu Kapten Kaizo mula menyelesaikan Fang dengan BoBoiBoy. Fang cuba mempertahankan dirinya dengan menyerang balas. Lantas Kapten Kaizo menggunakan Gari Tenaga untuk menggari Fang dan berkata yang dia akan menghukumnya dan menyebut nama "Prebet Pang". Kemudian, BoBoiBoy bangun dan berkata kepadanya yang nama kawannya ialah "Fang" dan bukan "Pang". Setelah hampir di penamatnya, Fang menggunakan Jari Jemari Bayang untuk mengambil jam-jam kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawan lalu memberikannya kepada Kapten Kaizo dan mengaku yang dia silap kerana menyebelahi mereka. Setelah itu, Kaizo dan Lahap bersama dengan Fang kembali ke kapal angkasanya lalu berlepas ke angkasa. Di dalam kapal angkasanya, Kapten Kaizo menyuruh Fang memberikan sekali jam kuasanya kerana dia tidak layak menggunakan dua kuasa sekaligus. Dengan hati yang terpaksa, Fang memberikan jam kuasanya kepada Kapten Kaizo.

Kuasa

  • Serangan Bayang: Menjelmakan tali bayang-bayang untuk menyerang lawannya daripada jarak yang jauh.
  • Harimau Bayang: Lembaga yang berbentuk harimau serta bermata merah.
  • Cakaran Bayang: Pemakai menggunakannya untuk mencakar musuh.
  • Jari Bayang: Lembaga berbentuk tangan yang diseru dengan kuasa bayangnya yang digunakannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh.
  • Bentuk Bayang: Serangan bayang yang mempunyai pelbagai bentuk bayang.
  • Baham Harimau Bayang: Pemakai menggunakannya untuk membaham musuh.
  • Serangan Jari Bayang: Digunakan untuk memerangkap musuh dengan pantas.
  • Helang Bayang: Lembaga yang berbentuk burung helang untuk menyerang musuh dari udara dan pemakai juga menggunakannya sebagai pengangkutan udara.
  • Tikus Bayang: Lembaga yang berbentuk tikus yang boleh menarik perhatian musuh dengan pantas.
  • Naga Bayang: Kuasa terkuat Fang yang memerlukan dia memfokus sepenuhnya untuk mengumpulkan kuasa magnetik bayang.
  • Sambaran Naga Bayang: Fang menggunakannya untuk menyedut musuh dan menghancurkannya.
  • Kokun Bayang: Pemakai menggunakannya sebagai pelindung dirinya atau untuk melindungi orang lain.
  • Lompatan Bayang: Fang mengumpulkan kuasa bayang di kakinya yang membolehkannya melompat lebih tinggi daripada lompatan manusia normal.
  • Jari Jemari Bayang: Fang menghasilkan gugusan tali bayang pada kakinya dan menggunakannya bagi menyerang musuh mahupun sebagai objek bagi mendapatkan sesuatu yang berfungsi sebagai tangan.
  • Tusukan Bayang: Pemakai mengeluarkan tali bayang yang digunakan untuk menyerang atau menusuk musuhnya.
  • Tusukan Jari Bayang: Teknik serangan jarak jauh yang mengeluarkan bayang berbentuk tangan kemudian bertumpu seperti gerudi untuk menyerang musuh.
  • Lindungan Bayang: Sama seperti Kokun Bayang.
  • Tarikan Bayang: Pemakai menggunakannya untuk menarik musuh.
  • Pengikat Bayang: Teknik menghasilkan tali bayang untuk mengikat musuhnya daripada lari.
  • Tolakan Bayang: Menjelmakan tangan bayang yang digunakan untuk menampar atau menolak musuhnya menjauhi dirinya.
  • Koala Bayang: Lembaga yang berbentuk koala yang digunakan Fang untuk memeluk musuhnya bagi mengalih perhatiannya.
  • Polar Bear Bayang: Lembaga yang berbentuk beruang gergasi yang digunakan oleh Fang bagi menyerang musuhnya secara fizikal.
  • Cakaran Polar Bear Bayang: Menggunakan beruang bayang sebagai medium yang membolehkan Fang untuk menyerang musuhnya dengan serangan bercakar mengikut pergerakan badan Fang.
  • Larian Bayang: Menumpukan kuasa bayang di kaki yang menambahkan kelajuan Fang dalam pergerakan.
  • Cakaran Harimau Bayang: Sama seperti Cakaran Bayang.
  • Separa Garuda Bayang: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Fang boleh bercantum dengan bayangnya. Seekor burung garuda membolehkan Fang menyerang musuhnya daripada atas udara atau langit. Kemunculan kuasa ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Separa Beruang Bayang: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Fang boleh bercantum dengan bayangnya. Seekor beruang yang memberikan kuasa fizikal yang banyak bagi mencakar musuhnya dari jarak dekat. Kemunculan kuasa ini hanya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
Selain mempunyai Kuasa Memanipulasi Bayang-Bayang, Fang juga mempunyai kuasanya yang asal, iaitu Kuasa Penembus yang memerlukan Fang mengaktifkan topengnya dengan menyentuh huruf 'F' pada bingkai cermin matanya.
  • Kuasa Penembus: Fang mengaktifkan topengnya yang mengubah badan Fang menjadi Unjuran Astral yang membolehkannya menembusi objek pepejal.

Kelemahan

Fang mempunyai kelemahan yang nyata bagi Kuasa Memanipulasi Bayang-Bayang, iaitu ketiadaan cahaya matahari atau pun cahaya yang terang. Tanpa apa-apa cahaya, Fang tidak boleh menggunakan kuasa bayangnya.
Selain Kuasa Memanipulasi Bayang-Bayang, Fang juga mempunyai kuasa asalnya iaitu Kuasa Penembus. Kelemahan Fang untuk menggunakan kuasa ini amatlah nyata. Dia hanya boleh menggunakan satu kuasa pada satu masa.

Rupa

Fang berambut pacak yang berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta bercermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian kiri dan kanan bingkainya. Dia juga berjaket dan berkasut but.
Pada musim ke-2, Fang berbaju dalam yang berwarna kelabu dan berjaket ungu. Ketika di sekolah, seperti biasa Fang akan berbaju sekolah berlengan pendek dan mengikat jaketnya pada pinggangnya. Baju sukannya pula berwarna putih bercorak ungu dan berlengan pendek serta berseluar yang sederhana.
Pada musim ke-3 pula, Fang memakai baju berwarna kelabu tanpa lengan tetapi berzip dan jaketnya diikat pada pinggangnya serta memakai kasut but yang sama tetapi coraknya berlainan.

Perwatakan

Fang merupakan seorang yang agak sombong, mementingkan diri, tidak suka bersosial dan lebih suka menyendir. Dia adalah seorang manusia yang suka menjaga kebersihan. Semenjak dia berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis, dia menjadi kesukaan ramai, terutamanya murid perempuan kerana kekacakannya, tetapi setiap kali nama BoBoiBoy disebut dan dipuji, murid-murid mudah tertarik kepada kisah BoBoiBoy sehingga membuat Fang berasa cemburu.
Semenjak BoBoiBoy pulang dan menetap di Pulau Rintis, Fang menjadi lawan kepada BoBoiBoy untuk merebut populariti. Pada Musim 2, Episod 9, BoBoiBoy telah berjaya mengalahkan Harimau Kitar, dan sejak daripada peristiwa itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya menyedari bahawa Fang adalah orang yang baik sebenarnya. Jadi, semenjak daripada hari itu mereka mula berkawan dan Fang juga telah menjadi sebahagian daripada geng BoBoiBoy.
Fang
Watak BoBoiBoy
Fang.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 25 & 26"
Pelakon
suara
Wong Wai Kay (Bahasa Malaysia)

No comments:

Post a Comment