Gaga Naz Watak BoBoiBoy | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "BoBoiBoy: The Movie" | ||||||||||||||
Pelakon suara | Mohammad Azmir Selamat (AG) (Bahasa Malaysia) | ||||||||||||||
|
Gaga Naz merupakan alien yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga. Dia merupakan salah satu ahli pasukan yang terkuat dalam pasukan Tengkotak. Dia telah membuat kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
Latar Belakang
Gaga Naz merupakan orang kuat dalam pasukan Tengkotak dan berkhidmat kepada kumpulan tengkotak sebagai pakar dalam menggunakan bidang senjata. Gaga Naz dilengkapi denganlengan sibernatik yang membolehkannya melancarkan serangan laser yang akan mengikuti gerak-geri musuhnya sehinggalah dapat mencapai sasarannya dan meletup. Gaga Naz juga merupakan ahli pasukan yang paling setia dan dia akan patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh Bora Ra, ketua pasukan Tengkotak sehinggakan dalam keadaan yang terdesak melawan kawan-kawan BoBoiBoy, dia meminta izin untuk "bertukar". Di samping itu, Gaga Naz juga merupakan ahli pasukan yang paling dipercayai oleh Bora Ra kerana dia tidak pernah mengagalkan misinya. Dan akhirnya, Gaga Naz telah bertarung dengan Gopal, Yaya dan Ying. Oleh itu, Gaga Naz bertukar lalu bertarung dengan mereka bertiga. Tetapi mereka bertiga telah mendapat tenaga terakhir Ochobot dan berjaya upgrade lalu membelasah Gaga Naz. Yaya menggunakan Hempasan Graviti Maksima untuk menghempasnya dan Ying menggunakan Kuasa Ulangan Masa sebagai serangan kombo yang mengulang semula serangan mereka sehinggalah Gaga Naz jatuh ke tanah dan akhirnya dia telah kalah.
Kuasa & Kebolehan
- Lengan Sibernatik: Gaga Naz mempunyai lengan sibernatik yang mampu menembak laser yang boleh mengikut ke mana sahaja musuhnya pergi. Lengannya amatlah kuat sehinggakan dapat menghempas dan menangkap musuhnya dengan mudah. Lengan ini boleh dikawal apabila dipakai di belakang badannya.
- Serangan Berlaser: Dengan menggunakan lengan sibernatiknya, Gaga Naz mampu menembak musuhnya dari jarak yang jauh.
- Metamorfosis: Gaga Naz juga boleh berubah bentuk, menjadi lebih besar, kuat dan ganas sama ada dia meminta izin daripada Bora Ra ataupun Bora Ra yang mengarahkannya.
Rup
Gaga Naz merupakan alien yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga yang sangat besar dan gemuk. Dia memakai baju yang berwarna ungu dan dilengkapi dengan tali pinggang di badannya. Dia memakai sarung tangan mekanikal dan mempunyai lengan sibernatik yang terlekat pada belakang badannya yang digunakan sebagai senjata utamanya ketika berlawan dengan musuh.
Apabila bertukar kepada mod yang lebih ganas, Gaga Naz tidak lagi berbadan gempal tetapi menjadi sangat tinggi dan berbadan sasa. Dia tidak mengenakan sebarang baju namun badannya mempunyai tompok-tompok hitam, tetapi dia masih memakai sarung tangan mekanikalnya dan lengan sibernatik yang terlekat pada belakang badannya yang masih juga digunakan sebagai senjata utamanya.
Perwatakan
Gaga Naz juga merupakan seorang ahli pasukan yang paling setia dan dia akan patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh Bora Ra, iaitu ketua pasukan Tengkotak. Di dalam kapal angkasanya, Gaga Naz sering bergaduh dengan Yoyo Oo kerana mereka bersaing untuk menjadi ahli pasukan yang terbaik dalam pasukan Tengkotak.
Trivia
- Nama "Gaga Naz" mungkin diambil daripada perkataan "ganas".
- Kuasa Gaga Naz adalah lengan sibernatik yang terletak pada lengan dan tangannya.
No comments:
Post a Comment