Kiki Ta Watak BoBoiBoy | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan sulung | "BoBoiBoy: The Movie" | ||||||||||||
Pelakon suara | Chan Su Ling (Bahasa Malaysia) | ||||||||||||
|
Kiki Ta merupakan alien yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga. Dia merupakan seorang juruterbang terhebat pasukan Tengkotak. Dia telah melakukan kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie.
Latar Belakang
Kiki Ta adalah seorang juruterbang terhebat pasukan Tengkotak. Kiki Ta merupakan bekas pasukan tentera elit di Planet Ata Ta Tiga yang menjadikan dia seorang pakar dalam bidang senjata dan juga pertahanan diri. Selain daripada mahir dalam mengendalikan kapal angkasa pasukan Tengkotak, Kiki Ta juga adalah seorang pakar dalam bidang menembak dan boleh dikatakan dia adalah seorang penembak yang tepat. Semuanya adalah hasil daripada latihan ketenteraan elit yang diterimanya sebelum dia beralih lalu menyertai pasukan Tengkotak. Di dalam BoBoiBoy: The Movie, Kiki Ta yang mengendalikan kapal angkasa pasukan Tengkotak membawa mereka ke Bumi setelah mereka gagal menangkap Klamkabot yang telah menggunakan Kuasa Teleportasi dengan sisa tenaganya yang ada dan teleport ke Bumi. Di dalam kapal angkasa, Kiki Ta telah diamanahkan oleh Bora Ra untuk menjaga kapal angkasa daripada ancaman dan serangan musuh. Setiap kali ada penceroboh cuba menceroboh kapal angkasa mereka, Kiki Ta akan menggunakan sniper-nya bagi meneutralkan penceroboh itu. Dan akhirnya, Kiki Ta telah kalah apabila dia diikat oleh Adu Du, Probe dan Papa Zola bersama dengan ahli pasukan Tengkotak yang lain.
Kuasa & Kebolehan
Kiki Ta tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi dia dilengkapi dengan sebuah Sniper Raifal yang hebat dan canggih.
- Penembak Tepat: Kiki Ta mempunyai sepasang mata yang tajam yang membolehkannya mengesan musuh dengan pantas dan tanpa masalah serta menembak mereka dengan Tembakan Sniper Raifalnya.
- Sniper Raifal Berteknologi Tinggi: Kiki Ta dilengkapi dengan sebuah Sniper Raifal yang digunakannya untuk menyerang musuhnya.
Rupa
Kiki Ta mempunyai kepala yang berbentuk kubus dan mempunyai sepasang antena di atas kepalanya. Dia memakai baju ala-ala seorang juruterbang yang berwarna merah dan memakai sarung tangan yang berwarna hitam. Dia juga memakai tali pinggang berwarna hitam dan seluar berwarna hijau muda yang bergaris kuning di tepinya dan berkasut but berwarna hitam. Dilengkapi dengan Sniper Raifal yang digunakan untuk menyerang musuhnya.
Perwatakan
Kiki Ta adalah seorang alien perempuan yang akan serius dan tidak terlalu ceria. Di kapal angaksanya, dia akan patuh kepada arahan Bora Ra dan tidak pernah dimarahi oleh Bora Ra kerana kecekapannya membuat tugas.
No comments:
Post a Comment