Wednesday, June 29, 2016

Megabot Scambot

MegaBot ScamBot
Watak BoBoiBoy
Megabot Scambot-0.png
Penampilan
sulung
"Pertarungan di Bulan"
MegaBot ScamBot ialah watak dan mecha dari BoBoiBoy. Ini adalah robot yang asalnya 5 buah jentera terbang sebelum bergabung menjadi robot gergasi yang dipandu oleh 5 Panglima Scammer.

Sejarah

Asalnya kemunculan mecha ini hanyalah sebagai beberapa jentera terbang yang muncul pada Musim 3, Episod 8. Tujuan jentera ini digunakan oleh 5 Panglima Scammer untuk membalas dendam kepada Adu Du dan Probe yang telah menipu adik-beradik tersebut lalu, mendapat arahan daripada Tom dan lima beradik itu mula menyerang bumi kerana kengganan Adu Du meminta maaf sehinggakan berlakunya situasi kejar-mengejar antara 5 Panglima Scammer dengan Kapal Angkasa Adu Du yang dibantu oleh BoBoiBoy dan rakan-rakannya sehingga berakhir di bulan.
Pada episod Pertarungan di Bulan, 5 Panglima Scammer bersatu lalu menghasilkan MegaBot ScamBot dan bermulalh pertarungan diantaranya bersama dengan SampahBot milik Adu Du tetapi perbezaan taraf Kapal Angkasa mereka membuatkan MegaBot Scambot lebih utuh dan memudahkan dia mengalahkan robot Adu Du,tetapi pengunaan kuasa BoBoiBoy dan rakan-rakannya menjadikan pertarungan mereka sengit namun, akhirnya kerana ketamakan adik-beradik tersebut menyebabkan mereka kalah dengan kelicikan BoBoiBoy dan 5 beradik tersebut penyek dipijak oleh robot mereka sendiri yang dikawal oleh Adu Du serta mengakhiri kemunculannya dengan kerosakan yang teruk sehingga mereka terdampar di bulan.

Kuasa dan Senjata

Walaupun, tidak mempunyai kuasa tetapi MegaBot Scambot banyak mempuyai banyak senjata dan beberapa pelancar roket untuk menyerang musuh daripada jauh.
  • Peluru Berpandu Laser Kebabooooom: Menyerang lawan dalam mod jentera terbang dengan peluru berpandu secara bertalu-talu oleh kelima-lima jentera.
  • Mod Hyperspeed :Kelima-lima jentera terbang dalam kelajuan yang sungguh pantas.
  • Serangan Peluru Berpandu Bersepadu: Kelima-lima jentera menyerang lawannya dengan peluru berpandu secara serentak dan bertalu-talu

Mod MegaBot Scambot:

  • Tumbukan Apungan/UppercutMenyerang lawannya dengan penumbuk yang kuat dan padu sehinggakan melayang ke angkasa lepas.
  • Tembakan XYZ3000: Menghasilkan tembakan laser yang kuat daripada tangganya untuk menyerang lawannya.
  • Tongkat Teknoajaib: Senjata khusus baginya yang boleh menyebabkan letupan kuat terhadap musuhnya jika terkena,
  • Serangan/Gerakan Bertongkat: Teknik serangan MegaBot yang menggunakan Tongkat Teknoajaib untuk menyerang musuhnya.
  • Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung: Dengan mengarahkan kedua-dua tangganya kearah musuh,Megabot mampu menghasilkan tembakan meriam laser yang kuat.

Burgerman

Burgerman
Watak BoBoiBoy
Vlcsnap-2012-09-07-19h32m23s188.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 1 & 2"
Pelakon
suara
Nizam Razak (Musim 1)
Anas Abdul Aziz (Musim 2)
Burgerman ialah salah seorang penduduk yang menetap di Pulau Rintis.

Rupa

Burgerman walaupun umurnya sudah lanjut seperti Tok Aba, tetapi dia masih boleh berkerja kuat untuk menampung kewangannya seperti Tok Aba.

Perwatakan

Beliau adalah seorang pekerja latihan untuk Burgerriak. Pada musim pertama dia bukan pekerja dan kemudian ia menjadi satu.

Kemunculan

dia adalah peduduk pulau rintis. dia punya kumis putih dan rambut putih dan alisnya juga putih. dia bekerja di burgerriak.
  • Vlcsnap-2012-09-07-19h35m22s185.png
    Bukit itu?

Raksasa Gonohom

Raksasa Gonohom
Watak BoBoiBoy
0310 raksasa gonohom.png
Raksasa Gonohom dari kanan di dalam game Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.
Penampilan
sulung
"Papa Zola & Mama Zila"
Pelakon
suara
Mohammad Muiz Rahimi
Raksasa Gonohom adalah watak antagonis dari episode Papa Zola & Mama Zila dan juga bos dari Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.

Sejarah

Papa Zola & Mama Zila

Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal menghampiri hujung stage pertama, tetapi ketika BoBoiBoy pergi mendekati bendera, dia ditimpa oleh batu bergolek dan hilang satu nyawa. Kemudian mereka bertiga bertembung dengan seekor raksasa gergasi berupa udang karang. Papa Zola menyergah kepada raksasa itu supaya memulangkan "bini kebenaran", maka raksasa itu membalas bahawa mereka harus mengalahkannya sebelum dapat mendapat pulang Mama Zila, iaitu nama buah hati Papa Zola.
Setelah puas bertukar kata cacian dan celaan, Papa Zola mengingatkan raksasa itu bahawa dia pernah sampai ke stage terakhir. Hal itu menyedarkan raksasa itu akan "budak hingusan" (iaitu Kumar) yang berjaya sampai ke tahap itu hingga cemas. Apapun raksasa udang tetap mencabar Papa Zola dan teman-temannya untuk bertarung di ambang stage terakhir, lalu ia melarikan diri.

Munculnya Mama Zila

Kumar, Adu Du dan Ochobot menghabiskan satu siang dengan bermain permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang, masing-masing memandu Papa Zola, Gopal dan BoBoiBoy meredah pelbagai rintangan sambil memungut tingkatan kuasa dan isian nyawa baru hinggalah mereka mencapai stage terakhir iaitu Mahligai Syahdu. Di depan pintu istana itu mereka bertembung semula dengan makhluk udang karang dari awal permainan yang bergelar Raksasa Gonohom. Untuk itu Kumar menukar alat kawalan kepada pistol mainan.
Permainan Kumar rancak sekali, sentiasa melepaskan tembakan yang mengena musuh. Akan tetapi Raksasa Gonohom melepaskan hembusan api yang kencang hingga menyebabkan ketiga-tiga watak permainan banyak kehilangan nyawa. Maka Kumar menggunakan dua pucuk pistol mainan untuk memperhebat serangan hinggalah Gonohom dijatuhkan

Ravi J. Jambul

Ravi J. Jambul
Watak BoBoiBoy
0307 wartawan menemubual sendiri.png
Ravi J. Jambul mewawancarai dirinya
Penampilan
sulung
"Musim 3, Episod 5"
Pelakon
suara
Anas Abdul Aziz
Ravi J. Jambul adalah watak dari BoBoiBoy. Dia adalah wartawan berita waktu ada kejadian.

Penampilan episod

  • Musim 3, Episod 5
  • Musim 3, Episod 7
  • Musim 3, Episod 8
  • Musim 3, Episod 9
  • Bahagia Bersama BoBoiBot

Raksasa Tidur

Raksasa Tidur
Watak BoBoiBoy
Char raksasa tidur.jpg
Penampilan
sulung
"Episod 13"
Pelakon
suara
Muhammad Anas Abdul Aziz

Raksasa Tidur a.k.a. Raksasa T. ialah seekor makhluk jahat yang boleh menyebabkan musuhnya tidur dengan pelbagai jurus. Ia merupakan salah satu musuh Papa Zola di alam cereka dan juga alam nyata.
Setelah diheret ke alam nyata, ia menjadi makhluk suruhan Adu Du untuk menewaskan BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi akhirnya kalah dalam pertarungan antara ia dan BoBoiBoy.

Sejarah

Raksasa merupakan watak dalam Tv siri Papa Zola yang berasal daripada angkasa lepas.Dia menjadi watak sampingan pada Musim 1, Episod 13 & 14 dalam sebuah rancangan TV yang dia sedang berlawan dengan musuh ketatnya di tengah kota Kuala Lumpur sebelum ditutup oleh BoBoiBoy.
Pada Musim 1, Episod 15 & 16 dia membuat kemunculan sulungnya di dalam kapal angkasa Adu Du setelah diserap keluar oleh Komputer. Kemudian Raksasa Tidur menjadi geng Adu Du setelah mensahihkan keperkasaan Adu Du yang sebenarnya ditipu oleh Probe . Dia bersama Adu Du dan Probe menyerang hendap BoBoiBoy dan rakan-rakannya di kediaman Tok Aba sebelum Raksasa Tidur membawa mereka ke dunia mimpi.Di Dunia mimpi, dirinya dan Papa Zola menjadi besar dan di cabar oleh geng BoBoiBoy untuk berlawan dalam permainan dam haji, Raksasa Tidur terima dengan rela hati.
Pada Musim 1, Episod 17 & 18 dia kelihatan sedang bermain dam haji bersama dengan Papa Zola akan tetapi dia terkilan dengan gaya Papa Zola yang tidak pandai bermain dam haji sehingga mendapat kemenangan yang pertama. Seterusnya, Papa Zola yang tidak pandai bemain dam haji mendapat kebenaran untuk menukar pemain dan diganti dengan Tok Aba dan kalah dalam pusingan seterusnya. Pada Pusingan akhir, Raksasa Tidur bermain dalam keadaan yang tertekan sehingga dunia mimpi mula hancur apabila dia kalah, keputusan itu dibantah dan mula menggamuk sehingga dikalahkan oleh serangan kombo BoBoiBoy sehingga tawanannya kembali kedunia nyata dan mengakhiri kemunculannya.

Rupa

Tubuh badan Raksasa Tidur lebih kurang sama bentuknya dengan Tyrannosaurus, iaitu berdiri dengan dua kaki, bermuncung panjang, bergigi tajam dan sebagainya, ditambah dengan sepasang tanduk bermata bebola merah di kepala dan sepasang lagi tanduk berbebola merah di tengkuknya. Sisiknya berwarna merah tua dengan dada putih.

Perwatakan

Raksasa Tidur ini jauh lebih serius pembawaannya berbanding Papa Zola apabila bertarung. Apabila bertenang, ia boleh membuat percaturan dengan teliti, tetapi apabila naik darah, ia menjadi tidak keruan dan kuat mengamuk. Ia tidak suka disuruh-suruh tetapi sanggup bersekongkol dengan penjahat lain demi kepentingan diri. Raksasa Tidur juga amat pantang jika diberi gelaran lain seperti 'Cicak' oleh Ying dan 'Biawak Komodo' oleh Papa Zola.

Kuasa

Keupayaan luar biasa raksasa tidur yang berasal daripada angkasa lepas memberikannya kuasa dalaman yang mampu menyerang lawannya dari jauh yang mengunakan gelombang ajaib menyebabkan musuhnya mengantuk.
  • Gelombang Tidur :Pancaran sinaran dari mulut yang berwarna merah dan boleh menidurkan musuhnya daripada jauh.
  • Pelindung Mengantuk: Medan daya pertahanan yang membuat musuh menjadi mengantuk dan tidur apabila memasukinya
  • Buih-Buih Mimpi: Memerangkap musuh dalam buih kebal yang membuat mereka mengigau
  • Hikmat Tik Tok Tik Tok: Memukau musuh dengan jam gantungnya menyebabkan musuh terasa mengantuk.

Iwan

Iwan
Watak BoBoiBoy
Iwan menawarkan diri.png
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 1"
Pelakon
suara
Nurasyikin Abdul Khalit
Iwan ialah karakter baru yang diperkenalkan dalam BoBoiBoy musim kedua.

Sejarah

Beliau mula dilihat dalam episod 27, dia menawarkan tempat duduknya kepada Tok Aba apabila dia di Sekolah Rendah Pulau Rintis untuk mengiringi BoBoiBoy kerana beliau adalah seorang pelajar baru. Pada keesokan harinya, dia mendengar cerita Gopal yang menceritakan seseorang Rumah Berhantu berhampiran dengan sekolah yang menjadi fobia kepada para pelajar melaluinya. Beliau adalah salah seorang pelajar yang telah terperangkap dalam kapal angkasa Ejo Jo apabila Ejo Jo menangkap mereka dan dijadikan tebusan. Iwan yang baik ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya, dia juga menyertai Pasukan BoBoiBoy dalam permainan bola sepak. Jika bukan kerana dia, mereka mungkin akan kalah dalam permainan.

Rupa

Iwan memakai baju putih berjalur merah di lengan dengan rompi hijau dan tali leher berwarna merah. Rambutnya juga pendek dan lurus menyerupai cendawan. Dia juga memakai kasut hitam, tali pinggang bertulis 'D' terbalik dan seluar berwarna biru. Rupa Iwan menyerupai budak berumur 5 tahun.

Watak

Dia merupakan seorang yang penakut, tapi adakalanya berani. Dia pernah menjadi berani ketika melawan pasukan Adu Du, ketika menjaringkan gol dengan tandukan kepalanya.

Trivia

  • Iwan adalah mungkin disuarakan oleh seorang pelakon wanita kerana kadang-kadang suaranya (termasuk jeritan) bunyi seperti suara seorang gadis.
  • Iwan kadang-kadang pengsan apabila dia terkejut atau takut, yang seperti rujukan yang kepada Ijat, karakter cerita Upin dan Ipin yang kebanyakannya pengsan dalam setiap episod.

Tiga Rob

Tiga Rob
Watak BoBoiBoy
0307 perompak merayu.png
Adakah perompak merayu untuk merompak bank?
Penampilan
sulung
"Rompakan Rob, Robert & Roberto"
Pelakon
suara
Muhammad Anas Abdul Aziz
Tiga Rob, iaitu RobRobert dan Roberto adalah sekumpulan perompak yang terkenal di Pulau Rintis. Mereka sering merompak dan belanja duit itu selepas 2 bulan.

Rupa

Rob

Rob merupakan ahli yang ketiga dalam kumpulan Tiga Rob. DIa seorang yang gemuk, besar. Dia memakai topeng ala-ala topeng ski yang hanya menutupi hidung dan seluruh kepala ( tidak termasuk mata dan mulutnya ). Dia memakai baju berwarna biru tua dan berseluar berwarna hitam serta memakai sarung tangan berwarna hitam.

Robert

Robert merupakan ahli yang kedua dan satu-satunya yang tinggi lampai dalam kumpulan Tiga Rob dan dia memakai topi yang seperti pencuri dan menutupi matanya dengan penutup mata yang ala-ala penutup mata superhero serta berpakaian berbaju kuning kecerahan dan berlengan panjang, berseluar perang dan memakai sarung tangan berwarna perang.

Roberto Santana

Roberto Santana merupakan ketua di pasukan 3 Rob. Dia memakai dalam baju berwarna merah dan vest dan topi berwarna coklat. Dia memakai sarung tangan dan seluar berwarna kelabu tua. Dia memakai topeng muka yang pendek. Dia juga memakai kasut berwarna coklat.

Sejarah

Kemunculan pertama mereka adalah dalam episod "Rompakan Rob, Robert & Roberto" di musim ketiga apabila mereka merancang untuk mencuri meter letak kereta, tetapi disebabkan gangguan polis mereka beralih kepada merompak bank. Mereka tewas kepada kelicikan BoBoiBoy lalu tertangkap oleh polis.
Kemudian di episod "Robot Pango & Raksasa Bawang", mereka dibantu untuk keluar dari penjara oleh Adu Duyang kembali jahat lalu dikurnyai dengan senjata Robot Pango untuk menentang BoBoiBoy dan kawan-kawan dengan berpakat dengan Raksasa Bawang untuk menjadi "Kumpulan Gerombolan Kejahatan".Sementara itu mereka sekali lagi muncul sebagai watak kecil dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai Geng Pencuri Dobi yang menyebabkan berlakunya aksi kejar mengejar antara polis dan perompak namun niat mereka gagal apabila diberkas oleh BoBoiBoy dan pihak polis yang lain.

Perwatakan

Rob

Rob seorang yang lembab membuat kerjanya. Dia seorang yang berada di tahap terakhir di dalam kumpulan 3 Rob. Dia susah menjalankan tugasnya dan sering ketakutan. Dan memang sudah jelas dan terang dia juga suka makan. Walapun bosan dengan makanan itu tetapi asalkan ianya sedap.

Robert

Seorang yang senang menjalankan tugas. Dia sentiasa menumpu perhatian dan mengikut arahan dengan cekap. Tetapi, walaupun bergitu, dia seorang yang sedikit lurus bendul. Dia juga seorang yang selalu tidak ada idea.

Roberto Santana

Ketua di dalam kumpulan 3 Rob. Seorang yang selalu menyangkakan ideanya sahaja yang hebat. Dia juga seorang yang garang dan selalu memarahi orang yang tidak menumpu perhatian, berbuat silap atau membantah ideanya. Dia juga dikenali sebagai sumber idea di kumpulan 3 Rob

Trivia

  • 3 Rob adalah kumpulan perompak terkenal di Pulau Rintis.
  • 3 Rob mempunyai tempat persembunyian mereka sendiri.
  • Tagline Robert :" Alamak boss".
  • 3 Rob melarikan diri daripada penjara di atas pertolongan Adudu.
  • 3 Rob dikhianati Adudu di dalam Episod 18 Musim 3
  • Rob dan Robert bukan nama sebenar tetapi sebenarnya nama code yang diberi oleh Roberto Santana.
  • Roberto Santana adalah nama sebenar dia.

Harimau Kitar


Harimau Kitar
Watak BoBoiBoy
Harimaubayanglwnharimaukitar.jpg
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 8"
Penampilan
terakhir
"Musim 2, Episod 9"
Harimau Kitar adalah robot gergasi berbentuk harimau yang diperbuat daripada bahan kitar yang terbuat dan dikawal daripada jauh yang dicipta oleh Adu Du dan Probe bertujuan untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Sejarah

Harimau Kitar muncul pada Musim 2, Episod 8 setelah diarahkan oleh Adu Du untuk mengalahkan BoBoiBoy dan Rakan-rakanny serta menghalang mereka daripada mendapatkan antidot bagi penawar Cecair Emosi Y yang mencelarukan emosi BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
Pada Episod seterusnya, tampak sedia untuk bertarung dan mula membaham BoBoiBoy yang nampak lemah,tetapi sempat di halang oleh Gopal yang gagah berani dan dengan arahan OchobotFang mula menyerang Harimau tersebut dengan Harimau Bayang tetapi hasilnya kecil dan mudah ditewaskan. Akhirnya, dengan kuasa Gopal, Harimau kitar telah ditewaskan dengan menukarkan menjadi makanan.

Rupa

Harimau Kitar sangat serupa dengan harimau biasa tetapi, bezanya diperbuat daripada bahan yang terbuang iaitu besi-besi lama yang menghiasi kepalanya, Silinder Gas di bahagian dadanya dan beberapa perkakas rumah untuk membuat badanya.

Tauke

Tauke
Watak BoBoiBoy
Tauke.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 10"
Pelakon
suara
Anas Abdul Aziz
Tauke adalah watak minor dari siri BoBoiBoy.

Penampilan

Beliau hanya muncul sekali setakat ini. Pada Episode 20.
Probe menyebut salah satu tip majalah Papa Zola, "1001 Kesilapan Temu", dia ditampilkan sejak Papa Zola membuat menemuduga dengannya. Probe mengatakan "Jangan Boskan anda" karena Papa Zola sangat marah dan Tauke mengatakan kePapa Zola "Itu tidak benar".