Monday, July 18, 2016

BoBoiBoy Thorn


BoBoiBoy Thorn
Watak BoBoiBoy
BoBoiBoy Thorn.png
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)
BoBoiBoy Thorn (atau BoBoiBoy Duri) merupakan evolusi baru BoBoiBoy. Dia muncul buat pertama kalinya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah Ochobot memberikan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy dan dia akan muncul dalam BoBoiBoy Galaxy.

Latar Belakang 

BoBoiBoy Thorn melakukan kemunculan pertamanya sebagai watak kecil dalam filem BoBoiBoy: The Movie setelah Ochobot memberikan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy. BoBoiBoy Thorn muncul setelah BoBoiBoy menggunakan kuasa terkuatnya yang terbaru, iaitu berpecah menjadi tujuh. Selepas itu, BoBoiBoy Thorn menghasilkan Akar Berduri untuk mengikat Bora Ra secara berbelit-belit sebelum BoBoiBoy Halilintar menikamnya dengan Tombak Halilintar.

Kuasa 

  • Akar Berduri: BoBoiBoy Thorn menghasilkan akar-akar hijau yang panjang dan berduri, kemudian dia mengikat musuhnya secara berbelit-belit. Serangan ini hanya digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.

Kemunculan BoBoiBoy Thorn 

Trivia 

  • BoBoiBoy Thorn merupakan kuasa baru ketiga yang muncul dalam BoBoiBoy: The Movie dan sebagai watak kecil.

Friday, July 1, 2016

Super Makcik Probe

Super Makcik Probe adalah salah satu daripada pertukaran Probe yang lain (lagi satu adalah Robolabolabolabot Super King). Ia hanya membuat kemunculan di dalam Episod 10, setelah dimasukkan koko oleh Adu Du semasa di gerai Tok Aba

Vlcsnap-2012-06-20-18h22m45s198.png
Ia menjadi Super Makcik Probe kerana terbawa-bawa watak mak cik.


Rupa

Super Makcik Probe kelihatan serupa dengan Super Probe kecuali badannya berwarna merah jambu dengan corak polka dot berwarna putih pada bahagian dada. Mukanya kelihatan memakai sebuah cermin mata besar dengan bibirnya mempunyai kesan gincu.

Kuasa

  • Beg Tangan Maut- Dipenuhi dengan pelbagai jenis roket dan peluru berpandu.
  • Serangan Cermin Silau - Menggunakan silauan dari cermin solek untuk membutakan pihak lawan untuk seketika, juga digunakan untuk menangkap BoBoiBoy Petir.
  • Tembakan Pisau Dapur - Menembak pisau dapur ke arah Yaya dan memerangkapnya pada pokok.
  • Penghalang Sudip Penghalang - Digunakan untuk menghalang orang yang berlari laju (terutamanya Ying.
  • Pengadun Roti Menari - Digunakan untuk membunuh Ying tetapi telah ditukarkan menjadi roti panjang (atau boleh dikenali sebagai "Roti Perancis") oleh Gopal.

Trivia

  • Pertukaran Probe ini mungkin adalah pertukaran yang paling bijak kerana dapat mengetahui cara untuk menghalang Ying.

Sekolah Rendah Pulau Rintis

Sekolah Rendah Pulau Rintis ialah sekolah rendah yang terletak di Taman Pulau Rintis. Ia dihadiri oleh
250px-Vlcsnap-2012-07-06-17h55m10s132.png
Sekolah Rendah Pulau Rintis
BoBoiBoy (mulai musim kedua) dan kawan-kawannya.

5 Jujur

Lakaran kelas 5 jujur.jpg
Murid-murid Kelas 5 Jujur.
Antara murid-murid 5 Jujur ialah:
  • Yaya (Presiden Darjah dan Presiden semua klub sekolah)
  • Gopal (Penolong Ketua  Darjah / Penolong Presiden Darjah)
  • Ying (Naib Presiden Darjah)
  • Fang
  • BoBoiBoy
  • Iwan
  • Suzy
  • Siti
  • Amar Deep
  • Amy
  • Nana
  • Stanley
  • Melissa
  • Melody

Cikgu

  • Cikgu Timi
  • Cikgu Papa (Papa Zola)
  • Cikgu Disiplin
  • Pengetua
  • Makcik Kantin
  • Tukang Kebun
  • Makcik Guard

Vasilitas

Kelas 5 JujurPadang
 LapanganTempat Berjalan
KantinStadium Oval
  • Stadium Oval
  • Kelas  5  Jujur
  • Kantin
  • Padang
  • Lapangan
  • Tempat Berjalan
  • Koridor

Kemusnahan

Setelah Ejo Jo tiba ke bumi, dia mengugut BoBoiBoy dan kawan-kawan berkebolehan dia  untuk keluar. Mereka pun keluar, namun tindak-tanduk Ejo Jo telah mengakibatkan kematian satu antagonis kita, Probe. Tambahan pula, sekolah mereka juga musnah apabila diserang dengan serangan maut P.E.T.A.I.. Sementara Papa Zola dan anak-anak muridnya dibantu keluar oleh Ying, Yaya dan Gopal . P.E.T.A.I. mengambil kesempatan dengan menculik semua warga sekolah dan membiarkan BoBoiBoy, Fang, Adu Du dan Ochobot mengundur diri sambil menyaksikan kemusnahan Sekolah Rendah Pulau Rintis.

PeraturanSunting

  • Dilarang membawa kamera ke sekolah.
  • Lewat masa bermakna ponteng sekolah.
  • Dilarang memasuki Bilik Guru.
  • Dilarang Memijak Rumput.
  • Dilarang cakap semasa ujian sedang berlangsung.
  • Dilarang membuat bising.
  • Beratur semasa berada di kantin.
  • Dilarang merosakkan harta benda sekolah.
  • Dilarang bergaduh di sekolah.
  • Kerja sekolah mesti disiapkan.
  • Dilarang berada di kawasan dinding kejayaan.
  • DIlarang membuang sampah.
  • Dilarang berlari.
  • Dilarang keluar dari kelas tanpa kebenaran ataupun pas keluar.

Robolabolabolabolabot Super King


Robolabolabolabolabot Super King
Watak BoBoiBoy
Robolabolabolabolabot Super King!!! (5).png
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 4"
Pelakon
suara
Anas Abdul Aziz
Robolabolabolabolabot Super King adalah versi gabungan antara Probe sendiri dengan kedua-dua Robolabot. Ia membuat kemunculan sulung di dalam Musim 2, Episod 4 setelah disuruh oleh Adu Du untuk mengalahkan pasukan BoBoiBoy dengan bermain kotor.

Rupa

Walaupun Probe kelihatan tidak dinaik taraf ketika transdormasi, dia telah mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki (sebelah berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna kuning) hasil pengabungan dengan kedua-dua Robot Labot. Di bahagian kepala mempunyai plat besi berwarna kuning dan biru di kedua-dua belah dahi dengan duri tajam dicantum bersamanya.

Kebolehan dan Kuasa

Robolabolabolabolabot Super King boleh menyepak bola dengan sungguh kuat sehingga boleh mengoyakkan jaring gawang gol padang Sekolah Rendah Pulau Rintis sambil meninggalkan sedikit bara api padanya.

Trivia

  • Pertukaran ini adalah satu-satunya pertukaran yang tidak memerlukan koko Tok Aba.

Robolabot


Robolabot
Watak BoBoiBoy
Robolabot, keluarlah!.png
Robolabot Kuning (kiri) dan Biru (kanan)
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 4"
Robolabot ialah robot yang digunakan oleh Adu Du dan Probe dalam perlawanan bola sepak bersama Fang menentang Boboiboy dan kawan - kawannya.

Ciri-Ciri

Robolabot ada dua di dalam siri ini. Satu berwarna kuning dan satu berwarna biru. Kedua-duanya mempunyai satu mata. Saiznya agak besar jika dibandingkan dengan Adu Du dan Probe.

Kejadian

  • Robolabot biru mengasari Ying secara tak sengaja menyebabkan ia mendapat kad kuning. Ying juga cedera dan tidak dapat bermain selepas itu.
  • Robolabot biru, kuning dan Probe bergabung untuk menjadi Robolabolabolabolabot Super King.

Raksasa Bawang

Raksasa Bawang
Watak BoBoiBoy
Onion Monster.png
Penampilan
sulung
"Robot Pango & Raksasa Bawang"
Raksasa Bawang merupakan seekor makhluk ciptaan Adu Du yang terhasil daripada penukaran terhadap bawang untuk menentang BoBoiBoy dan kawan-kawan. Ia pertama kali muncul di episod "Robot Pango & Raksasa Bawang" (musim 3, episod 14) di mana ia berpakat dengan pasukan perompak Tiga Rob menjadi Kumpulan Gerombolan Kejahatan.

Rupa

Raksasa Bawang tercipta daripada sebiji bawang melalui mesin penukar yang digunakan oleh Adu Du. Rupanya seperti bawang ungu yang bertalangan leper dan tidak mempunyai jari dengan daun bawang sebagai jambul, mulut yang terjahit, dan tentakel yang boleh dijadikan bebaling untuk terbang.

Perwatakan

Raksasa Bawang ialah seorang yang berani, jahat tetapi pantang jikalau orang mengatakan dia hodoh. Dia seorang yang selalu tersenyum sinis dan gelak dengan jahatnya. Dia seorang juga yang sedikit penakut. Selain daripada memanggil dirinya 'saya' atau 'aku', dia memanggil dirinya 'patik'.

Kelemahan

Raksasa Bawang amat takut mendengar cara manusia menggunakan bawang untuk memasak. Dia gentar dan takut apabila Ying berkata dia selalu memotong bawang dan Yaya selalu melumatkan bawang untuk membuat biskut. Dia juga takut apabila Gopal memanggil Mak Cik Kantin dan beritahu Raksasa Bawang ialah stalkbawang selama setahun.

Kuasa

  • Gelombang Bawang: Melepaskan gelombang asap berwarna ungu yang berbau teramat busuk dan memedihkan mata.
  • Serangan Gegelung Bawang: Menahan, mengikat atau melilit musuh dengan gegelung cahaya berwarna ungu.
  • Aura Bawang: Mengeluarkan aura bauan bawang yang leb ih banyak, lebih busuk dan memedihkan mata.

Mesin Rumput $ 8000


Mesin Rumput S8000
Watak BoBoiBoy
Kambings8000.jpg
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 10"
Pelakon
suara
Suara Kambing
Mesin Rumput S8000 merupakan jenama bagi seekor kambing yang dijual oleh Bago Go kepada Probe yang menanggung bayaran untuknya dengan menggadaikan Markas Kotak. Mesin Rumput S8000 tidak kelihatan melakukan perbuatan yang diharapkan pada mesin rumput memandangkan tiadanya kawasan rumput di sekitar markas; sebaliknya ia hanya pandai memakan dawai-dawai dalam markas dan tiada lagi kebolehan yang amat berguna kepada Adu Du.

Wednesday, June 29, 2016

Megabot Scambot

MegaBot ScamBot
Watak BoBoiBoy
Megabot Scambot-0.png
Penampilan
sulung
"Pertarungan di Bulan"
MegaBot ScamBot ialah watak dan mecha dari BoBoiBoy. Ini adalah robot yang asalnya 5 buah jentera terbang sebelum bergabung menjadi robot gergasi yang dipandu oleh 5 Panglima Scammer.

Sejarah

Asalnya kemunculan mecha ini hanyalah sebagai beberapa jentera terbang yang muncul pada Musim 3, Episod 8. Tujuan jentera ini digunakan oleh 5 Panglima Scammer untuk membalas dendam kepada Adu Du dan Probe yang telah menipu adik-beradik tersebut lalu, mendapat arahan daripada Tom dan lima beradik itu mula menyerang bumi kerana kengganan Adu Du meminta maaf sehinggakan berlakunya situasi kejar-mengejar antara 5 Panglima Scammer dengan Kapal Angkasa Adu Du yang dibantu oleh BoBoiBoy dan rakan-rakannya sehingga berakhir di bulan.
Pada episod Pertarungan di Bulan, 5 Panglima Scammer bersatu lalu menghasilkan MegaBot ScamBot dan bermulalh pertarungan diantaranya bersama dengan SampahBot milik Adu Du tetapi perbezaan taraf Kapal Angkasa mereka membuatkan MegaBot Scambot lebih utuh dan memudahkan dia mengalahkan robot Adu Du,tetapi pengunaan kuasa BoBoiBoy dan rakan-rakannya menjadikan pertarungan mereka sengit namun, akhirnya kerana ketamakan adik-beradik tersebut menyebabkan mereka kalah dengan kelicikan BoBoiBoy dan 5 beradik tersebut penyek dipijak oleh robot mereka sendiri yang dikawal oleh Adu Du serta mengakhiri kemunculannya dengan kerosakan yang teruk sehingga mereka terdampar di bulan.

Kuasa dan Senjata

Walaupun, tidak mempunyai kuasa tetapi MegaBot Scambot banyak mempuyai banyak senjata dan beberapa pelancar roket untuk menyerang musuh daripada jauh.
  • Peluru Berpandu Laser Kebabooooom: Menyerang lawan dalam mod jentera terbang dengan peluru berpandu secara bertalu-talu oleh kelima-lima jentera.
  • Mod Hyperspeed :Kelima-lima jentera terbang dalam kelajuan yang sungguh pantas.
  • Serangan Peluru Berpandu Bersepadu: Kelima-lima jentera menyerang lawannya dengan peluru berpandu secara serentak dan bertalu-talu

Mod MegaBot Scambot:

  • Tumbukan Apungan/UppercutMenyerang lawannya dengan penumbuk yang kuat dan padu sehinggakan melayang ke angkasa lepas.
  • Tembakan XYZ3000: Menghasilkan tembakan laser yang kuat daripada tangganya untuk menyerang lawannya.
  • Tongkat Teknoajaib: Senjata khusus baginya yang boleh menyebabkan letupan kuat terhadap musuhnya jika terkena,
  • Serangan/Gerakan Bertongkat: Teknik serangan MegaBot yang menggunakan Tongkat Teknoajaib untuk menyerang musuhnya.
  • Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung: Dengan mengarahkan kedua-dua tangganya kearah musuh,Megabot mampu menghasilkan tembakan meriam laser yang kuat.

Burgerman

Burgerman
Watak BoBoiBoy
Vlcsnap-2012-09-07-19h32m23s188.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 1 & 2"
Pelakon
suara
Nizam Razak (Musim 1)
Anas Abdul Aziz (Musim 2)
Burgerman ialah salah seorang penduduk yang menetap di Pulau Rintis.

Rupa

Burgerman walaupun umurnya sudah lanjut seperti Tok Aba, tetapi dia masih boleh berkerja kuat untuk menampung kewangannya seperti Tok Aba.

Perwatakan

Beliau adalah seorang pekerja latihan untuk Burgerriak. Pada musim pertama dia bukan pekerja dan kemudian ia menjadi satu.

Kemunculan

dia adalah peduduk pulau rintis. dia punya kumis putih dan rambut putih dan alisnya juga putih. dia bekerja di burgerriak.
  • Vlcsnap-2012-09-07-19h35m22s185.png
    Bukit itu?

Raksasa Gonohom

Raksasa Gonohom
Watak BoBoiBoy
0310 raksasa gonohom.png
Raksasa Gonohom dari kanan di dalam game Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.
Penampilan
sulung
"Papa Zola & Mama Zila"
Pelakon
suara
Mohammad Muiz Rahimi
Raksasa Gonohom adalah watak antagonis dari episode Papa Zola & Mama Zila dan juga bos dari Papa Zola: Kekasih Terang Benderang.

Sejarah

Papa Zola & Mama Zila

Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal menghampiri hujung stage pertama, tetapi ketika BoBoiBoy pergi mendekati bendera, dia ditimpa oleh batu bergolek dan hilang satu nyawa. Kemudian mereka bertiga bertembung dengan seekor raksasa gergasi berupa udang karang. Papa Zola menyergah kepada raksasa itu supaya memulangkan "bini kebenaran", maka raksasa itu membalas bahawa mereka harus mengalahkannya sebelum dapat mendapat pulang Mama Zila, iaitu nama buah hati Papa Zola.
Setelah puas bertukar kata cacian dan celaan, Papa Zola mengingatkan raksasa itu bahawa dia pernah sampai ke stage terakhir. Hal itu menyedarkan raksasa itu akan "budak hingusan" (iaitu Kumar) yang berjaya sampai ke tahap itu hingga cemas. Apapun raksasa udang tetap mencabar Papa Zola dan teman-temannya untuk bertarung di ambang stage terakhir, lalu ia melarikan diri.

Munculnya Mama Zila

Kumar, Adu Du dan Ochobot menghabiskan satu siang dengan bermain permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang, masing-masing memandu Papa Zola, Gopal dan BoBoiBoy meredah pelbagai rintangan sambil memungut tingkatan kuasa dan isian nyawa baru hinggalah mereka mencapai stage terakhir iaitu Mahligai Syahdu. Di depan pintu istana itu mereka bertembung semula dengan makhluk udang karang dari awal permainan yang bergelar Raksasa Gonohom. Untuk itu Kumar menukar alat kawalan kepada pistol mainan.
Permainan Kumar rancak sekali, sentiasa melepaskan tembakan yang mengena musuh. Akan tetapi Raksasa Gonohom melepaskan hembusan api yang kencang hingga menyebabkan ketiga-tiga watak permainan banyak kehilangan nyawa. Maka Kumar menggunakan dua pucuk pistol mainan untuk memperhebat serangan hinggalah Gonohom dijatuhkan