Rupa
Super Makcik Probe kelihatan serupa dengan Super Probe kecuali badannya berwarna merah jambu dengan corak polka dot berwarna putih pada bahagian dada. Mukanya kelihatan memakai sebuah cermin mata besar dengan bibirnya mempunyai kesan gincu.
Kuasa
- Beg Tangan Maut- Dipenuhi dengan pelbagai jenis roket dan peluru berpandu.
- Serangan Cermin Silau - Menggunakan silauan dari cermin solek untuk membutakan pihak lawan untuk seketika, juga digunakan untuk menangkap BoBoiBoy Petir.
- Tembakan Pisau Dapur - Menembak pisau dapur ke arah Yaya dan memerangkapnya pada pokok.
- Penghalang Sudip Penghalang - Digunakan untuk menghalang orang yang berlari laju (terutamanya Ying.
- Pengadun Roti Menari - Digunakan untuk membunuh Ying tetapi telah ditukarkan menjadi roti panjang (atau boleh dikenali sebagai "Roti Perancis") oleh Gopal.
Trivia
- Pertukaran Probe ini mungkin adalah pertukaran yang paling bijak kerana dapat mengetahui cara untuk menghalang Ying.
No comments:
Post a Comment